KelabMama

“Saya Anak Malaysia!” Tingkatkan Kreativiti & Berpeluang Memenangi Staycation 2H1M di Traders Hotel Dengan Menyertai Peraduan Ini

Bila terkenangkan majlis sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-65 Malaysia baru-baru ini menunjukkan betapa masih utuh semangat patriotisme rakyat Malaysia tak kira peringkat usia, agama, dan bangsa. Semua seronok dan sanggup datang membanjiri Dataran Merdeka seawal 4 pagi dan mewarnai negara dengan kibaran Jalur Gemilang.

Kredit gambar: thesundaily.my

Tak lama lagi, kita akan menyambut Hari Malaysia pula pada 16 September ini. Mama dah ada rancangan istimewa ke pada hari tersebut? Kalau belum, jom jawab soalan-soalan Mama Siti ni!

Adakah anak Mama mempunyai bakat terpendam? Adakah Mama suka rakam telatah si manja? Jika Mama mengatakan ‘Ya’ pada soalan-soalan tersebut, gunakan peluang ini untuk menyertai Peraduan ‘Saya Anak Malaysia’ yang dianjurkan oleh Motherhood.com.my dan KelabMama.

Bersempena dengan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia tahun 2022 ini, Motherhood menganjurkan peraduan menunjukkan bakat si manja melalui rakaman video! Ianya khas untuk Mama dan anak Mama sertai.

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk anak-anak kita menzahirkan rasa cinta mereka kepada negara dalam apa-apa cara yang kreatif, sama ada menyanyi, menari, bermain alat muzik ‘Saya Anak Malaysia’ dan lain-lain. Yang penting – kreatif, menarik, tertarik, dan da bomb!

Apa jenis pertandingan jika tiada hadiah lumayan kan? Haaa, memang betul Motherhood menyediakan 65 hadiah misteri yang Mama perlu miliki. Tetapi Mama juga berpeluang untuk menangi hadiah UTAMA iaitu sebuah ‘staycation’ dua hari satu malam (2H1M) di Traders Hotel Kuala Lumpur, termasuk sarapan pagi yang bernilai RM620. 

Hadiah UTAMA

Traders Hotel Kuala Lumpur oleh Shangri-La terletak di tengah-tengah Pusat Bandar Kuala Lumpur (KLCC) yang menawarkan pemandangan panoramik Menara Berkembar Petronas, Taman KLCC. Selain pandangan yang diidamkan ramai rakyat Malaysia, hotel ini juga berdekatan dengan pusat beli-belah terkemuka seperti Suria KLCC, Bukit Bintang, restoran, bar, kelab, cafe, dan banyak lagi.

Satu malam di Bilik Deluxe Twin Tower akan menawarkan keselesaan dan pelbagai kemudahan untuk memastikan penginapan Mama tenang dan santai dengan pemandangan ikonik Menara Berkembar Petronas di bandaraya Kuala Lumpur yang cantik ini.

Bukan itu sahaja Mama! 65 para peserta yang bertuah berpeluang memenangi pelbagai hadiah menarik yang lain seperti Set Tanamera bernilai RM98, hamper daripada Hoppi bernilai RM80, baucer dan gift box daripada Motherhood.com.my yang bernilai RM65, dan banyak lagi!

Berikut merupakan langkah-langkah simple untuk menyertai peraduan ini:

Cara Penyertaan

LANGKAH 1
Pilih lagu ‘Saya Anak Malaysia’ di TikTok atau IG Reels.

LANGKAH 2
Rakam video si manja menyanyi, menari atau persembahan yang kreatif untuk sekurang-kurangnya selama 15 saat.

LANGKAH 3
Post video tersebut bersama hashtag #SayaAnakMalaysia #HariMalaysia #KelabMama

*Nota: Jangan lupa untuk set akaun ke ‘Public’ ya Mama!

Mudah sahaja kan? Dengan langkah-langkah yang mudah ini, Mama akan berpeluang memiliki hadiah yang lumayan hingga tak terkata! Tunggu apa lagi, serlahkan bakat anak-anak Mama dan rasa cinta pada negara dengan menari, menyanyi, dan aktiviti kreatif lain “Saya Anak Malaysia” sekarang.

Untuk maklumat lanjut, layari Facebook dan Instagram KelabMama atau laman rasmi Facebook dan Instagram Motherhood.com.my hari ini.