KelabMama

Gatalnya! Hapuskan Pepijat Dengan Cara Ini, Barulah Tidur Mama Seisi Keluarga Lena!

pepijat

Kredit gambar: istockphoto

Nak tidur malam pun tak lena. Dah lah gatal, pedih-pedih juga bila digigit pepijat ni. Rasanya dah kebas-kebas tempat tidur tadi, tapi masih ada.

Haih.. macam mana ni. Tak cukup dengan nyamuk, pepijat pun nak hisap darah juga!

Kenali Serangga Pepijat

Pepijat adalah serangga halus yang tinggal di celah-celah katil, tilam dan juga bantal. Pepijat ni badannya berbentuk bujur dan dengan saiznya yang halus itu, ia boleh menembusi fabrik dan kusyen.

Sebab itulah kalau Mama kebas-kebas je tempat tidur, tak mahu hilangnya!

Dikenali juga sebagai bed bug, ia hidup dengan menghisap darah dan boleh bertahan hampir setahun tau tanpa makanan. Memang Mama kena hapuskan cepat-cepat pepijat ni. Sebabnya, ia boleh bertelur sebanyak 500 biji setiap kali!

Macam Mana Rasanya Digigit Pepijat

Lain serangga, lain gigitannya kan? Kalau digigit pepijat, Mama mungkin akan mengalami gejala-gejala ini:

  1. Ada kesan gigitan dengan biji merah ditengah dan agak cerah di sekelilingnya
  2. Rasa kulit Mama macam terbakar
  3. Ada tompokan darah kecil di kulit kesan dari gigitan pepijat yang dah kering
  4. Timbul bulatan biji merah di kulit Mama yang berbentuk bulat di tengah
Kredit gambar: istockphoto

Cara Hapuskan Pepijat Dengan Berkesan

 Rimas dan geram rasanya digigit pepijat ni, Mama memang kena usahakan cepat-cepat untuk menghapuskannya sebelum ia membiak lagi banyak.

Jom cuba beberapa cara ini:

1. Check semua habitat pepijat di rumah Mama

Kredit gambar: istockphoto

Untuk hapuskan pepijat, Mama mestilah kenal pasti dahulu di mana ia bersarang. Biasanya, tempat tinggal pepijat adalah di mana Mama dan sekeluarga luangkan masa lama dengan berbaring dan duduk-duduk.

Sebagai contoh, di katil, sofa dan perabot-perabot. Antara tanda-tanda yang Mama boleh spot kan adalah:

2. Hapuskan pepijat dengan kaedah semula jadi, guna bahan kimia atau dapatkan khidmat professional

Bila Mama dah pastikan di mana habitat serangga ini, bolehlah mulakan misi penghapusan pepijat. Bergantung kepada preference anda, nak hapuskan secara semula jadi, dengan guna bahan kimia atau dapatkan bantuan dari yang pakar; ikutlah ya.

Tapi kalau Mama nak cuba hapuskan sendiri dahulu, apa kata cuba beberapa tips ini:

Kalau nak guna bahan kimia pula, Mama kena berhati-hati ya. Biasanya boleh je beli online dan di kedai. Asalkan dengan cara yang betul, penggunaan bahan kimia ini memang boleh membantu menghapuskan pepijat dengan telur-telurnya sekali.

Kalau ada bajet lebih sikit dan nak lebih mudah, bolehlah hire khidmat yang pakar. Memanglah mahal sikit tapi keberkesanan tu memang dijamin ya.

Mana-mana kaedah yang Mama rasa sesuai, bolehlah laksanakan untuk hapuskan pepijat di rumah.

Kredit gambar: istockphoto

Tips Mengelakkan Masalah Pepijat

Ada banyak tips yang Mama boleh amalkan untuk mengelakkan masalah pepijat bersarang ni. Dah hapuskan semua, sebaiknya amalkanlah langkah berjaga-jaga supaya ia tidak membiak lagi.

1. Vakum rumah dengan kerap

Bukan sahaja di karpet, seeloknya Mama vakumlah sofa dan tilam dengan kerap. Jangan lupa di celah-celahnya juga ya.

Bila dah siap vakum tu, buanglah terus sampahnya dan ikat dengan kemas. Risau kot-kot ada pepijat atau telurnya.

2. Wapkan sofa dan tilam

Tak semua rumah sesuai untuk dijemur sofa dan tilam. Kadang tu, walaupun ada ruang di halaman, leceh juga nak angkat semua ni dan jemur.

Mama bolehlah gunakan pengewap baju dan wapkan di sofa, tilam dan langsir. Suhunya yang tinggi akan mematikan pepijat ni dan mengelakkan ia bersarang.

Kredit gambar: istockphoto

3. Sentiasa jemur bantal dan sembur pembasmi kuman

Bantal, cadar, selimut; tak bermakna Mama kena tukar hari-hari. Nak senang, pagi-pagi tu bila nak jemur pakaian, jemurkan sekali bantal dan yang lain-lain. Tak sempat lah nak bersarang pepijat tu.

Kalau tak sempat, bolehlah spray kan je semburan serai wangi ke. Asalkan Mama buat semua ni dari masa ke semasa, pepijat tak boleh nak hidup. Rumah pun mesti wangi dan kemas.

4. Sentiasa kemas rumah

Kena sentiasa kemas rumah tau Mama. Buat gotong-royong sekeluarga seminggu sekali ke. Basuh apa yang patut dan bersihkan celah-celah perabot dalam rumah, pepijat susah nak bersarang. Cuba cari masa untuk kemas rumah pada setiap minggu ya?

Tak susah sangat pun nak hapuskan pepijat ni. Cuma kena usaha sikit lah. Bila dah hilang nanti, kena usaha sentiasa jaga di sekeliling dalaman rumah ya. Barulah pepijat tak bersarang dah!

Ayuh baca jenis-jenis kegatalan pada kulit anak anda yang tak patut dibiarkan.


Dapatkan e-baucar istimewa apabila Mama mengundi jenama barangan bayi dan keperluan ibu hamil kegemaran Mama di Motherhood Choice Awards 2022 hari ini!