KelabMama

PENYEBAB KANAK-KANAK KERAP SAKIT MATA

Ramai kanak-kanak dan remaja yang mengalami penyakit alergi (alahan) mata. Kanak-kanak kerap kali mengalami keadaan mata merah dan mengadu keadaan mata yang tidak selesa. Dalam bahasa perubatan, penyakit ini dikenali sebagai allergic conjunctivitis. Keadaan ini menyebabkan mereka kerap tidak menghadiri persekolahan dan menimbulkan keresahan para ibu bapa. Terdapat ramai juga di kalangan ibu bapa dan para guru yang kurang memahami tentang penyakit alergi mata ini dan menyangka keadaan ini boleh berjangkit kepada pelajar-pelajar lain. Atas alasan tersebut, kanak-kanak dan remaja yang mengalami penyakit alergi mata dilarang menghadiri sesi persekolahan dan boleh menyebabkan mereka ketinggalan dalam pelajaran.

 

PUNCA SAKIT MATA

Penyakit ini berlaku disebabkan tindak balas alahan pada struktur konjunktiva mata. Tindakbalas alergi ini boleh disebabkan oleh pendedahan kepada:

 

Penyakit ini bukanlah disebabkan oleh jangkitan kuman. Pesakit yang mengalami masalah alergi mata kerap kali turut mengalami penyakit-penyakit alergi lain seperti asma, rhinitis (resdung) dan penyakit alergi kulit. Kebanyakan pesakit-pesakit juga turut mempunyai sejarah keluarga atau ahli keluarga yang lain turut mengalami penyakit-penyakit alergi seperti yang dinyatakan di atas.

 

 GEJALA KLINIKAL

 

Penyakit ini biasanya berlaku pada kedua-dua belah mata. Pesakit biasanya mengadu mata merah, gatal pada mata dan mata berair. Kelopak mata pesakit juga kadang-kala turut membengkak sedikit. Penyakit ini biasanya tidak mengganggu ketajaman penglihatan kecuali dalam kes-kes yang teruk dan serius. Tanda-tanda klinikal ini kerap kali berlaku dan biasanya mengambil masa selama tujuh hingga 10 hari untuk pulih. Ia juga boleh berulang pada bila-bila masa sahaja dan biasanya agak kerap berlaku dalam kes-kes yang serius. Bagi kes yang serius, pesakit boleh mengalami keadaan mata yang sangat merah dan tidak selesa terutamanya apabila terkena cahaya matahari. Lapisan konjunktiva pada kelopak mata biasanya membengkak (giant papillae). Keadaan ini sekiranya berterusan boleh menyebabkan luka pada lapisan kornea mata (shield ulcer). Luka pada lapisan kornea akan menyebabkan pesakit berasa sangat tidak selesa, mata berair dan berasa lebih selesa apabila memejam mata. Luka ini perlu mendapat rawatan yang sewajarnya bagi mengelakkan berlakunya jangkitan kuman pada mata.

 

PENCEGAHAN DAN RAWATAN

 

 

 

 

 

Sumber: Internet