KelabMama

Pelbagai Penyakit Muncul Sejurus Berhenti Merokok? MITOS!

Lapan jam selepas seseorang berhenti merokok, paras nikotin dan kandungan karbon monoksida di dalam darahnya turun mendadak sehingga separuh dan kandungan oksigen kembali ke paras normal. Dalam tempoh 24 jam selepas itu pula, karbon monoksida yang juga ‘racun jangka’ kepada paru-paru disingkirkan daripada tubuh bersama mukus. Kandungan lain dalam rokok pula mula dikeluarkan dari organ pernafasan itu. Malah hanya dalam tempoh dua hari, tiada lagi kandungan nikotin dalam badan selain keupayaan deria rasa dan bau pulih seperti sedia kala. Ini kerana merokok menyebabkan lidah menjadi kebas. Begitulah betapa pantasnya tubuh membersihkan dirinya sebaik seseorang membuat keputusan untuk menghentikan tabiat merokok yang mendedahkan mereka kepada 7,000 jenis racun merbahaya yang menyumbang kepada penyakit kanser.

APA ITU NIKOTIN?

Nikotin merupakan salah satu bahan kimia utama di dalam tembakau. Ia merupakan kompaun yang mendatangkan kesan yang cepat ke atas badan disebabkan ia cepat diserap oleh paru-paru. Darah yang mengalir daripada paru-paru akan terus dipam ke dalam jantung kemudian ke otak. Salah satu fungsi nikotin adalah memberi kita ‘hadiah’ dalam bentuk perasaan gembira, seronok dan juga ghairah. Ini akan membuatkan sesorang itu dapat lebih fokus dalam melakukan sesuatu perkerjaan dan lebih kuat ingatannya.

 

BAGAIMANA OTAK BERFUNGSI?

Otak kita mempunyai satu sistem yang dikenali sebagai ‘Reward Pathway’. Reward pathway merupakan salah satu litar di dalam otak yang berfungsi untuk memberikan perasaan puas dan gembira pada manusia. Bukan itu sahaja, kelakuan kita juga akan bergantung kepada keadaan ‘Reward Pathway’ tersebut. Sebagai contoh, ada seseorang yang asyik makan coklat dan dia merasa gembira setiap kali makan coklat. Kita akan dapat lihat tindak tanduknya selalu akan mencari coklat. Jika dia tidak dapat coklat tersebut dia akan merasa murung, sedih dan tidak dapat menumpukan perhatian kepada kerjanya. Jika dia dapat coklatnya, dia akan berasa gembira, lebih fokus dan mampu membuat kerja dengan baik.

Begitu juga kepada perokok. Cuba tanya kepada perokok tegar, apakah yang mereka rasa setelah merokok? Sudah tentu mereka akan rasa gembira. Tanya lagi sekali. Apakah perasaan mereka jika tidak dibenarkan merokok untuk seharian? Sudah tentu mereka akan kemurungan, sedih, tidak dapat fokus dan tidak dapat buat kerja. Tanya lagi. Apakah perasaan mereka apabila dapat merokok selepas seharian tidak dibenarkan merokok? Sudah tentu hembusan mereka akan merasa sangatlah gembira selepas beberapa hembusan yang pertama. Kerana otak mereka sudah dipenuhi dengan nikotin yang akan menyebabkan reward pathway memberi perasaan gembira kepada si perokok. Inilah namanya ketagihan.

 

BAGAIMANA KETAGIHAN NIKOTIN BERLAKU?

 

KETAGIHAN NIKOTIN AKAN MEMBAWA KEPADA KETAGIHAN DADAH LAIN

Akan sampai suatu tahap dimana nikotin tidak mampu memberi perasaan puas yang dikehendaki oleh seseorang penghisap rokok. Tanyalah kepada penagih dadah. Majoritinya sudah tentu akan cakap dia bermula dengan merokok. Kerana disinilah punca penagihan dadah berlaku. Ketika mana nikotin dalam rokok tidak mampu memberi rasa puas seperti yang otak kita ingini, maka otak kita sendiri akan menyuruh untuk mencari sesuatu yang dapat memberi kepuasan yang lebih kepada badan kita. Penghisap rokok itu akan mula mencuba jenis dadah untuk mencapai tahap kepuasan yang diingini. Akhirnya, perokok bertukar arah mencuba bahan-bahan terlarang bagi memenuhi kehendak ‘reward pathway’nya. Sebab itu ROKOK merupakan permulaan kepada penagihan dadah. Oleh itu, sepatutnya seseorang itu perlu mengelakkan diri daripada mula merokok. Sesiapa yang sudah lama merokok itu, cubalah untuk berhenti merokok

 

KERAGUAN DAN MITOS KETIKA HENDAK BERHENTI MEROKOK

Terdapat banyak keraguan dan mitos-mitos yang berlaku jika kita hendak berhenti merokok:

Memang tidak dinafikan bahawa ramai daripada perokok yang berhenti merokok akan bertambah berat badan. Ia bukanlah kesalahan berhenti merokok itu sendiri. Ini merupakan salah satu tindak balas badan untuk memenuhi ‘Reward Pathway’ tersebut kerana sebelum ini ia telah dibanjiri dengan dopamine. Maka perasaan puas dan gembira bila merokok perlu ditukarkan kepada cara yang lain. Dan selalunya bekas perokok akan menjadikan ‘tabiat makan banyak’ sebagai tabiat baru untuk menggantikan rokok dan perbuatan ini tidak diiringi dengan peningkatan aktiviti fizikal. Ini menyebabkan berat badan mereka bertambah.

Ramai daripada bekas perokok menyalahkan perbuatan berhenti merokok sebagai penyebab naiknya berat badan mereka. Malah, ada yang mula merokok balik supaya berat badannya berkurangan. Diingatkan lagi sekali. Ia bukan salah berhenti merokok. Ia adalah tindak balas badan untuk memenuhi kehendak ‘reward pathway’ tersebut yang sudah lama dibanjiri dengan dopamine.

Oleh itu, cara permakanan yang betul mestilah diamalkan. Sedikit nasihat berkenaan permakanan. Kurangkan gula ringkas terutamanya minuman berkarbonat, minuman 3 dalam satu, minuman yang mempunyai susu pekat manis. Sederhanakan pengambilan nasi, bihun, mee, tosai, rotai canai dan yang berasaskan tepung. Ini kerana semua ini akan diuraikan menjadi gula. Banyakkan mengambil sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai gula kompleks seperti oat. Perlu diingatkan bahawa gula yang berlebihan di dalam badan akan ditukarkan kepada lemak. Mengurangkan pengambilan gula juga sebenarnya dapat mengurangkan penghasilan lemak. Banyakkan makanan yang mempunyai serat yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan. Ini akan membantu anda kenyang tanpa mengambil nasi ataupun jenis makanan lain yang berkarbohidrat. Selain daripada itu, aktiviti fizikal juga diperlukan untuk membakar lemak hasil daripada apa yang kita makan.

 

Perlu diketahui bahawa merokok itu sendiri adalah salah satu faktor penyebab sakit jantung. Bukan setakat itu, statistik menunjukkan kadar pesakit jantung semakin meningkat bagi pesakit yang baru berumur 30 an. Maksudnya disini semakin ramai orang muda yang terkena sakit jantung. Seperti yang kita tahu selalunya mereka yang mempunyai sakit jantung ini berumur 50 lebih dan mempunyai penyakit lain seperti kencing manis dan darah tinggi. Jadi kenapa trend sakit jantung ini semakin meningkat di kalangan orang muda. Jawapannya adalah sebab mereka MEROKOK. Satu kajian telah dibuat menjurus kepada orang muda yang merokok. Kajian itu mendapati orang muda yang merokok lebih daripada 20 batang sehari akan mempunyai risiko 8 kali ganda untuk mendapat serangan sakit jantung berbanding mereka yang tidak merokok. Oleh itu, berhenti merokok bukanlah penyebab kepada serangan sakit jantung. Tetapi puncanya adalah rokok itu sendiri

 

Ramai mengatakan terus berhenti merokok adalah cara yang tidak berkesan jika benar-benar hendak berhenti merokok kerana mereka akan mula merokok balik lepas beberapa hari. Mereka juga mengatakan bahawa mengurangkan bilangan rokok yang dihisap hari demi hari adalah lebih berkesan. Tetapi kajian telah menemui sebaliknya. Mereka yang terus berhenti merokok mempunyai peratusan yang tinggi untuk berterusan tidak merokok jika dibandingkan dengan mereka yang cuba mengurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit dengan tujuan untuk berhenti merokok.

Satu kajian telah dibuat di England daripada tahun 2009 ke 2011 melibatkan 697 orang perserta. Ia dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertama adalah yang terus berhenti merokok dan kumpulan kedua adalah yang cuba berhenti merokok dengan mengurangkan pengambilan rokok sedikit demi sedikit. Di dalam kajian itu mendapati, terus berhenti merokok mempunyai peratusan yang lebih tinggi untuk berjaya berhenti merokok sepenuhnya.

 

Selain daripada berat badan yang meningkat, orang yang cuba berhenti merokok juga akan mengadu batuk-batuk ketika dalam proses berhenti merokok. Perlu diketahui bahawa asap rokok akan merosakkan saluran pernafasan dan membuatkan ia sentiasa kering. Ketika mana sesorang itu berhenti merokok, saluran pernafasannya akan cuba diperbaiki oleh badan dan kadang-kadang mengalami proses KERADANGAN(INLAMMATION). Ini menyebabkan kahak terhasil daripada saluran pernafasan. Kahak ini akan menyebabkan tekak terasa gatal dan pesakit tersebut akan batuk untuk mengeluarkan kahak tersebut. Selain daripada itu penghasilan kahak ini juga berfungsi untuk mengeluarkan bahan kimia rokok daripada paru-paru. . Oleh itu jangan risau, badan anda sedang membersihkan paru-paru dengan efisien.

 

BAGAIMANA HENDAK BERHENTI MEROKOK?

Kementerian Kesihatan Sendiri telah mengadakan program ‘Klinik Berhenti Merokok’ untuk seluruh warganegara Malaysia. Di Klinik ini anda akan diberi kaunseling dan pemeriksaan berkala. Di sini juga menyediakan intervensi perubatan yang akan membantu mereka yang ingin berhenti merokok.

 

FAKTA

 

 

 

Sumber: rootofscience.com & klik4kesihatan.com