KelabMama

Penyakit Kawasaki Membahayakan Kanak-Kanak!

penyakit kawasaki

Kredit Foto: Google Images

Seorang bapa mengesyaki anaknya mempunyai simptom COVID-19 kerana demam anaknya berlanjutan lebih daripada 5 hari. Kemudian dia membawanya ke hospital dan doktor mengesahkan anaknya mempunyai penyakit Kawasaki! Penyakit Kawasaki? Penyakit apa tu?

Kawasaki ialah apabila kanak-kanak mengalami demam yang berlangsung lebih daripada 3 hari dan muncul ruam di kulit berwarna merah hampir di seluruh badan! Ia juga menyebabkan keradangan pada dinding salur darah, terutamanya arteri koronari yang membekalkan darah ke otot jantung.

Seorang bapa berkongsi bahawa anaknya pada awalnya diberi antibiotik dan ubat demam tetapi suhunya masih tak turun. Doktor juga pada peringkat awal mengesahkan anaknya menghadapi ‘viral fever’. 

Kredit Foto: Google Images

Tetapi, setelah dimasukkan wad, antibiotik tak menunjukkan respon yang baik terhadap anaknya. Anaknya kelihatan masih lemah dan sampai tak boleh berjalan kerana kakinya bengkak! Setelah beberapa hari, ujian dijalankan terhadap anaknya dan doktor memberitahu bahawa anaknya menghidapi penyakit Kawasaki. 

Haaa! Inilah yang merisaukan kita sebab kita tak dapat nak beza ‘viral fever’ dengan penyakit Kawasaki ni sebab mereka mempunyai simptom yang seakan-akan sama! Jadi, apa yang Mama perlu tahu tentang penyakit Kawasaki ni?

Fakta Tentang Penyakit Kawasaki

Tanda-tanda Penyakit Kawasaki

Apa tanda-tanda yang Mama perlu tahu? Mengikut Doktor, ada tiga fasa ketika kanak-kanak melalui jangkitan penyakit ini. 

Kredit Foto: Google Images

1) Tahap pertama

Tahap pertama terjadi pada minggu ke-1 sampai minggu ke-2. Pada tahap ini, gejala yang boleh dikesan ialah:

2) Tahap kedua

Tanda pada tahap kedua muncul pada minggu ke-2 sampai minggu ke-4. Tanda-tanda pada tahap kedua yaitu:

3) Tahap ketiga

Tahap ketiga terjadi pada minggu ke-4 sampai minggu ke-6.

Bagaimana Penyakit Kawasakit boleh terjadi kepada kanak-kanak?

Kalau Mama nak tahu, penyebab penyakit Kawasaki belum diketahui. Walaupun tanda-tanda dan gejala seperti infection, tetapi pakar masih belum dapat mengetahui penyebab penyakit Kawasaki ini.

Selepas kanak-kanak yang dijangkiti penyakit Kawasaki, apakah cara untuk menyembuhkannya? Ada banyak cara yang doktor akan lakukan. Antaranya ialah:

1) Suntikan ‘immune globulin’ (IVIG)

‘Immune globulin’ (IVIG) adalah ubat yang berisi antibodi dan IVIG bertujuan untuk mengurangi risiko terjadinya komplikasi pada jantung kanak-kanak.

2) Aspirin

Aspirin diberikan untuk meredakan demam dan keradangan, serta mengurangkan rasa sakit. Sebenarnya, Aspirin tak boleh diberi kepada kanak-kanak berumur 16 tahun kerana mempunyai risiko sindrom Reye. 

Tetapi penyakit Kawasaki ini ialah satu pengecualian yang pakar sebutkan. Aspirin juga diberikan selama 6 bulan atau lebih, untuk mencegah penggumpalan darah terhadap kanak-kanak yang dijangkiti. 

Apa akan terjadi kalau penyakit Kawasaki ini tak diubati? 

Kredit Foto: Google Images

Ramai ibu-bapa mesti akan fikir anak mereka hanyalah demam biasa kan? Tapi Mama kena ingat tanda-tanda penyakit Kawasaki ini berbeza dengan demam biasa. Kalau dibiarkan sahaja anak begitu, kemungkinan perkara yang tak diingini akan berlaku. 

Kredit Foto: Google Images

Mama Siti harap perkongsian tentang penyakit ini dapat membantu ibu-bapa di luar sana untuk lebih peka agar kita boleh lakukan tindakan yang pantas. Yelah, tak ramai yang tahu tentang Kawasaki ni! Mama Siti pun sendiri baru tahu selepas baca kisah tentang seorang bapa dengan anaknya yang menghidap penyakit ini.

Semoga bermanfaat!

BACA JUGA KAWASAKI DISEASE – JANTUNG BOLEH BENGKAK

Pesan Mama Siti

Yang pasti, jangan tunggu lama-lama kalau demam anak tak kebah, kena cepat untuk bawa ke klinik atau hospital yang berdekatan! Anak kan amanah dah tanggungjawab kita yang diberi oleh Allah SWT, jadi jangan kita abaikan kesihatan mereka.