KelabMama

Kenapa Penyakit Gout Sering Menyerang Kaum Lelaki Daripada Wanita?

Gout merupakan sejenis penyakit yang menyerang sendi. Serangan tersebut boleh berlaku secara akut atau kronik iaitu kesakitan yang berulang-ulang.  Gout yang boleh mengganggu rutin harian penghidapnya berlaku apabila garam asid urik yang berlebihan dalam badan membentuk kristal seperti jarum di sendi-sendi tubuh. Bahagian-bahagian sendi yang biasa terbabit ialah sendi di bahagian ibu jari kaki, lutut dan buku lali. Pengumpulan jarum kristal ini mengakibatkan seseorang pesakit mengalami radang sendi dengan gejala-gejala tertentu. Ini termasuklah pembengkakan, merah, panas, sakit dan kaku pada bahagian sendi terbabit. Selain itu ia juga boleh membabitkan bahagian-bahagian tertentu tubuh seperti tapak kaki, jari, siku dan cuping telinga di mana asid urik boleh terkumpul.

PROSES TERJADI

PUNCA GOUT

PENCEGAHAN

MASALAH BUAH PINGGANG

Asid urik ialah bahan hasil daripada pemecahan sel-sel matang asid ribonukleik (RNA) dan asid deoksiribonukleik (DNA) yang mati dalam hati. Ia terhasil daripada pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein purina. Protein tersebut akan diuraikan menjadi asid amino dan sebahagian lebihan asid amino pula diuraikan menjadi asid urik. Gout bukan saja berlaku dalam kalangan lelaki yang mengalami masalah buah pinggang. Gout juga menyebabkan seseorang itu berisiko mengalami kerosakan buah pinggang pada kemudian hari. Apabila buah pinggang gagal berfungsi, ia menyukarkan sistem perkumuhan asid urik yang lazimnya disingkirkan melalui najis dan air kencing. Kesannya, lebihan asid urik yang terperangkap di dalam darah akan berkumpul di buah pinggang sekali gus membentuk hablur garam. Hablur-hablur itulah yang akan merosak dan mengecutkan buah pinggang sehingga seseorang itu mendapat gout, batu karang dan hipertensi.

TRIVIA PENYAKIT GOUT!

Dahulu, penyakit gout dikenali penyakit raja dan orang-orang kaya kerana ia kerap menyerang golongan berkenaan. Barangkali pada masa itu, golongan tersebut mampu menikmati makanan yang mahal seperti daging, hidupan laut ataupun minuman keras. Hari ini, gout boleh menyerang sesiapa saja tanpa mengira umur, bangsa dan jantina. Penyakit ini mula dikenali sejak empayar Rom. Ramai penghidapnya terdiri daripada kalangan pemimpin ketika itu kerana pengambilan alkohol dan makanan yang cukup mewah.

 

 

 

 

Sumber: Internet /Kosmo / Utusan