KelabMama

Penyakit Cacar Monyet Vs Cacar Air: Apakah Perbezaannya?

Dulu, kita selalu keliru antara cacar air (chickenpox) dengan demam campak (measles), dan sekarang ni ada pulak cacar monyet (monkeypox)! Macam-macam penyakit la zaman sekarang ni!

Mama Papa jangan salah anggap. Penyakit ni bukan zaman sekarang baru ada, tapi dah lama cuma kita je yang tak ambik tahu.

Mama tahu tak cacar monyet? Cacar air dan demam campak, kita memang dah sinonim, namun cacar monyet ni mungkin kita masih belum cukup kenal.

Apa kesannya? Boleh membawa maut ke? dan paling penting sekali apa BEZA antara penyakit cacar monyet dengan cacar air ni?

Orang cakap, kita kena kenali musuh lebih dari kenal kawan. Dan peyakit semestinya merupakan antara musuh utama keluarga Mama Papa. Jadi baca sampai habis untuk kenali penyakit ini dengan lebih terperinci.

Cacar Monyet VS Cacar Air

Cacar monyet / Mpox (monkeypox) adalah penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus monkeypox. Ia boleh menyebabkan ruam yang menyakitkan, nodus limfa yang diperbesar dan demam. Kebanyakan orang pulih sepenuhnya, tetapi ada yang lebih parah, dan tidak mustahil juga untuk membawa maut. Sumber: WHO.int

Cacar air adalah penyakit yang sangat berjangkit yang disebabkan oleh virus varicella-zoster (VZV). Ia boleh menyebabkan ruam gatal, seperti lepuh antara gejala lain. Ruam mula-mula muncul di dada, belakang, dan muka, dan kemudian merebak ke seluruh badan. Sumber: health.ny.gov

Cacar air boleh menjadi serius, terutamanya semasa mengandung, pada bayi, remaja, dewasa, dan orang yang mempunyai sistem imun yang lemah (keupayaan yang lebih rendah untuk melawan kuman dan penyakit).

Penyebab Cacar Monyet VS Cacar Air

Kedua-dua penyakit ini disebabkan oleh virus daripada keluarga yang berlainan.

Cacar air atau chickenpox disebabkan oleh Virus Varicella Zoster (VZV) yang merupakan sebahagian daripada keluarga Herpesvirus.

Cacar monyet atau monkeypox (Mpox) pula termasuk dalam genus Orthopoxvirus dalam keluarga Poxviridae, yang tidak berkaitan dengan VZV. Ia (Mpox) merupakan jenis zoonosis, iaitu penyakit yang biasanya tersebar dari haiwan kepada manusia.

Penyebaran Cacar Air VS Cacar Monyet

Berikut bagaimana kedua-dua cacar ini berjangkit:

Cacar Monyet

Cacar Air

Cacar air tersebar dari individu ke individu lain dengan cara:

Sentuhan langsung dengan lepuhan seseorang yang mengalami penyakit shingles boleh menyebabkan cacar air pada seseorang yang belum pernah mengalami cacar air dan tidak divaksinasi. Lepuhan yang kering dan berkerak tidak lagi boleh menyebarkan cacar air.

Simptom Cacar Monyet VS Cacar Air

Walaupun kedua-dua penyakit ini ada lepuh-lepuh kecil, tapi berbeza dalam jenis ruam dan cara ia merebak pada kulit.

Cacar air beri kesan satu bahagian badan sahaja tapi penyakit cacar monyet boleh merata pada seluruh badan.

Lepuh dari virus Cacar monyet nampak lebih aneh cacar air dan biasanya terdapat leher limfa yang bengkak bewarna putih. Cacar air pula tak menyebabkan bengkak, selalunya bewarna merah sahaja.

Kesan

Luka akibat monkeypox kelihatan secara serentak, sementara cacar air muncul dalam gelombang-gelombang. Cacar air, mungkin menyebabkan beberapa bintik muncul di dada, belakang, dan muka, kemudian anda perasan lengan bawah anda berbintik-bintik, dan mungkin pada kaki anda. Sumber- health.osu.edu

Manakala luka akibat monkeypox akan berkembang pada masa yang sama dan kemudian bertompok-tompok. Biasanya, lepuhan akibat monkeypox sangat sakit dan pedih; luka cacar air hanya gatal (sangat gatal).

Luka dari cacar air biasanya berlangsung selama kira-kira dua minggu; luka akibat monkeypox biasanya berlangsung lebih lama, dua hingga empat minggu.

Pencegahan & Rawatan

Cara terbaik dan paling bagus untuk elak cacar air atau chickenpox ialah dengan dapatkan vaksin cacar air.

Bagi jangkitan cacar monyet di Malaysia, tiada rawatan khas yang disahkan lagi buat masa ini Tapi, ada beberapa langkah anda boleh lakukan untuk cegah jangkitan monkeypox.

Sebagai contoh: Elak bersentuhan secara langsung dengan haiwan yang boleh sebarkan virus, dan elak pegang apa-apa perkara yang boleh menyebabkan anda terkena jangkitan.


Mama Siti kongsikan pelbagai info berkenaan kesihatan di SINI.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.