KelabMama

PENTING ATAU TIDAK SUNTIKAN PNEUMOKOKAL KEPADA SI MANJA ANDA?

Perlu atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal diberikan pada anak anda? Sebagai ibu bapa, kita mahukan yang terbaik untuk setiap anak-anak terutamanya kesihatan mereka. Jadi, penting atau tidak suntikan vaksin Pneumococcal ini kepada anak anda? Mari kita baca selanjutnya tentang vaksin Pneumococcal dan penyakit berkaitannya.

 

BAGAIMANA VAKSIN PNEUMOKOKAL BERTINDAK?

 

BAGAIMANA VAKSIN DIANGGAP SELAMAT SEKIRANYA DIHASILKAN DARIPADA BAKTERIA?

Vaksin dibuat sama ada daripada sebahagian atau seluruh bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Oleh kerana ia mengandungi bentuk bakteria yang tidak aktif, maka ia tidak akan dapat menyebabkan penyakit.

 

VAKSIN PNEUMOKOKAL YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Sehingga kini terdapat dua jenis vaksin pneumokokal : vaksin polisakarida pneumokokal dan vaksin konjugat pneumokokal. Vaksin ini memberi perlindungan terhadap strain Streptococcus pneumoniae yang terkandung didalamnya yang merupakan strain-strain yang paling penting dan yang paling mungkin menyebabkan penyakit yang serius. Pelalian bagi golongan dewasa dan kanak-kanak adalah mengikut jadual yang disyorkan untuk kumpulan umur mereka. Seperti dengan vaksin lain, adalah penting untuk sedar bahawa vaksin pneumokokal in tidak akan melindungi semua individu yang menerima vaksin ini secara keseluruhannya. Ini adalah kerana imunisasi dengan vaksin ini hanya menawarkan pencegahan terhadap penyakit pneumokokal yang disebabkan oleh strain Streptococcus pneumoniae ( serotaip ) yang terkandung dalam vaksin tersebut.

 

 

Sumber:  myhealth.gov.my / momma-nutrition.com