KelabMama

Nikmati Penjimatan Berganda dengan Kadar Tambang Kanak-kanak Terbaru KLIA Ekspres

Bersempena dengan musim cuti akhir tahun Disember ini, jadual Mama dan Papa pasti padat dengan percutian dan aktiviti bersama keluarga bukan? Inilah peluang terbaik untuk meluangkan masa bersama anak-anak. Orang kata ‘quality family time’ gitu. Tak kisahlah Mama sekeluarga akan bercuti di luar mahupun dalam negara, kini, Mama dan seisi keluarga boleh menikmati penjimatan yang lebih banyak disamping pelbagai faktor yang menyeronokkan untuk anak-anak ketika dalam perjalanan ke lapangan terbang! Menakjubkan bukan?! 

Lebih Banyak Peluang untuk Perjalanan Seisi Keluarga dengan Jarak Tambang Kanak-kanak Yang Terbaru!

Mama dan Papa, ini merupakan cara bagaimana anda boleh melakukannya. Baru-baru ini, KLIA Ekspres telah mengumumkan kadar tambang perjalanan baru bagi kumpulan umur kanak-kanak – dimana, kanak-kanak di bawah usia 6 tahun kini boleh menggunakan perkhidmatan KLIA Ekspres dengan PERCUMA! Bestnya! Dalam masa yang sama, semakan tambang terbaru itu juga memberi manfaat buat anak-anak berumur 6-15 tahun, kerana mereka berada dalam tambang kategori Kanak-kanak. Sebelum ini, tambang kategori Dewasa telah dikenakan buat kanak-kanak berumur 13 tahun dan ke atas. 

Dengan semakan tambang yang terbaru ini, mereka yang berkeluarga dan anak-anak muda boleh menikmati pelbagai faedah menarik apabila menggunakan khidmat KLIA Ekspres dan KLIA Transit. 

Dalam pada Mama dan Papa tersenyum gembira dengan kadar tambang baru yang lebih menjimatkan, anak-anak pula pasti akan bergembira dan tak sabar untuk menaiki kereta api laju yang sangat menyeronokkan tersebut. Perhatikan bagaimana bunyi swooshing dan wooshing kereta api laju memberi kegembiraan pada anak-anak Mama. Bukankah itu merupakan satu perkara asas ketika berada dalam perjalanan, dimana kita berpeluang untuk meneroka dan merasai pengalaman baru dimana sahaja kita berada?

Menyemai semangat suka mengembara dan mencipta kenangan sepanjang hayat semuanya terhasil daripada imaginasi dan satu keajaiban. Dan yang paling best adalah, kini Mama masih dapat berjimat, tak perlu ‘break the bank’ hanya untuk memberikan pengalaman terbaik buat anak-anak. Ianya lebih bernilai dan bermakna buat Mama dan Papa!

Lebih banyak masa bersama, lebih seronok!

Kini dengan pemindahan lapangan terbang terpantas di Kuala Lumpur – hanya 28 minit dari KL Sentral ke KLIA – Mama sekeluarga boleh rancang jadual perjalanan anda dengan lebih sistematik tanpa perlu memikirkan tentang keadaan lalu lintas. Garis panduan kadar tambang baharu ini telah diterapkan di kedua-dua perkhidmatan KLIA Ekspres dan KLIA Transit, dimana ana-anak Mama juga boleh berjalan dengan penjimatan yang lebih besar pada ibu bapa!

Tiket tambang Dewasa kini boleh dibeli melalui laman rasmi www.KLIAekspres.com dan tiket tambang Kanak-kanak percuma pula boleh ditebus di Kaunter Tiket. Satu perkara yang Mama harus ambil perhatian ialah, satu tiket Single-Adult Fare One Way boleh menebus maksimum TIGA tiket tambang Kanak-kanak, untuk perjalanan sehala sehaja. Oleh itu, jika Mama dan Papa telah membeli sepasang tiket ‘Return’, jangan lupa untuk menebus tiket kanak-kanak yang percuma sebelum perjalanan balik anda. 

Jangan lupa untuk tunjukkan bukti umur anak-anak dengan mempamerkan MyKid atau pasport mereka ketika di kaunter. Untuk pengetahuan Mama, semua tiket kanak-kanak yang percuma hanya sah selama 10 minit dari masa ia diterbitkan, jadi pastikan Mama hanya menebus tiket tersebut apabila anda betul-betul sudah bersedia untuk menaiki tren KLIA Ekspres mahupun KLIA Transit.

Kini, tiket dewasa sehala boleh didapati dengan harga RM55, manakala kanak-kanak berumur 6-15 tahun boleh mendapatkan tiket Kanak-kanak pada harga RM25 sahaja! Yang lebih menarik, Mama juga boleh berjimat sehingga 10% lagi apabila membeli tiket secara online di www.KLIAekspres.com atau melalui aplikasi KLIA Ekspres. 

Tambah lebih banyak keseronokan sepanjang perjalanan anda dengan KLIA Ekspres hari ini!

Walaupun Mama tidak mempunyai perancangan untuk melancong ke luar negara yang memerlukan satu perjalanan ke lapangan terbang, apa kata Mama bawa anak-anak keluar bersiar-siar di bandaraya Kuala Lumpur dengan menggunakan pelbagai tren keretapi laju yang berpusat di KL Sentral? Kemudian Mama boleh bawa anak-anak merasai pengalaman menaiki tren KLIA Ekspres untuk ke KLIA dan melihat pesawat terbang mahupun mendarat, dengan kadar tambang PERCUMA bagi kanak-kanak bawah umur 6 tahun? Ia pasti akan memberikan pengalaman baru dan lebih menyeronokkan buat anak-anak Mama! 

Lagipun, satu pengembaraan dan pengalaman baru boleh diperoleh melalui setiap perjalanan bukan? Tak kisah samada perjalanan yang jauh mahupun dekat. 

Impikan perjalanan dengan penjimatan yang lebih banyak dan nilai yang lebih besar? Dapatkan sekarang hanya di KLIA Ekspres