KelabMama

Anak Darjah Satu Guna Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Mama Papa Perlu Lebih Fokus

Sistem Pendidikan Tahap Penguasaan Murid Tahun Satu (TP)

Kredit Gambar: Berita Harian

Lebih seminggu je lagi nak daftar anak masuk darjah satu ni, mesti Mama Papa excited kan. Tapi Mama Papa tahu atau tidak sekarang ada sistem pendidikan baharu iaitu penilaian berdasarkan Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

Kalau dulu ada UPSR jadi yang ada hanya sistem peperiksaan je, tapi sekarang sistem Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) pula.

Mama Papa perlu fokus dan faham bagaimana sistem penilaian ini diambil supaya Mama Papa tak pening dan tertanya-tanya apabila terima report card anak.

Apa Itu Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD)?

Sistem Tahap Penguasaan Pentaksiran Bilik Darjah (TP1-TP6) adalah pendekatan penilaian yang digunakansekarang dalam pendidikan untuk menilai pencapaian anak-anak Mama Papa dalam pelbagai tahap penguasaan kemahiran.

Ini ialahh gambaran ringkas tentang setiap tahap yang anak Mama Papa akan dinilai.

Kredit Gambar: eCentral

Mama Papa perlu faham sistem penilaian TP ni baru Mama Papa dapar tahu dimana tahap penguasaan anak-anak. Penilaian akan dilakukan oleh cikgu berdasarkan respons dan tingkah laku anak-anak semasa di dalam kelas dan luar kelas.

Oh ye, dengan sistem baru ni, Mama Papa pun kena galakkan anak-anak untuk join sukan atau apa-apa kegiatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.

Perkara Penting yang Mama Papa Perlu Lakukan!

Mama Papa perlu memahami beberapa perkara tentang sistem Tahap Penguasaan (TP) untuk membantu mereka memahami pencapaian anak mereka dalam pendidikan.

1. Makna Setiap Tahap untuk PBD

Kredit Gambar: Repictblog

Mama Papa perlu memahami makna setiap tahap mewakili dalam proses pembelajaran mereka. Ini membantu mereka menilai di mana anak mereka berada dalam perjalanan pembelajaran anak-anak.

2. Pentingnya Proses Pembelajaran

TP bukan hanya tentang hasil akhir atau markah, tetapi juga tentang proses pembelajaran. Mama Papa perlu menghargai usaha yang mereka lakukan untuk meningkatkan penguasaan dalam pelbagai aspek pembelajaran.

3. Mama Papa Berkerjasama dengan Guru

Kredit Gambar: Med Malay

Kerjasama antara Mama Papa dan guru adalah penting dalam memahami dan menyokong perkembangan anak untuk tingkatkan TP dan prestasi mereka.

Sekiranya TP anak-anak di tahap yang lemah, Mama Papa bolehlah dapatkan nasihat daripada guru untuk menolong anak-anak di rumah supaya TP mereka ada perubahan walaupun sedikit. Mama Papa jangan push anak-anak tau.

Mama Papa boleh berbincang dengan guru untuk mendapatkan maklum balas dan cadangan untuk membantu anak mereka mencapai matlamat pembelajaran.

4. Mengiktiraf Pelbagai Bakat Anak-anak

TP mengiktiraf pelbagai bakat dan kebolehan pelajar dalam pelbagai bidang. Mama Papa perlu menghargai setiap pencapaian anak mereka, sama ada dalam bidang akademik, seni, sukan, atau lain-lain.

Sistem TP ini bukan saja menilai penilaian subjek mereka malah apa-apa saja acara yang mereka sertai. Jadi, Mama Papa kalau anak-anaksertai apa pertandingan Mama Papa support je sebab ini pun salah satu penilaian yang akan dilakukan oleh guru mereka.

5. Sokongan dan Dorongan daripada Mama Papa

Kredit Gambar: SinarPlus – Sinar Harian

Mama Papa perlu memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak, sama ada mereka berada pada tahap awal pembelajaran atau sudah mencapai tahap penguasaan yang tinggi.

Sokongan ini membantu meningkatkan keyakinan diri dan motivasi anak untuk terus belajar dan bersemangat untuk terus sertai apa-apa pertandingan dan program yang diadakan oleh pihak sekolah.

6. Menilai Kemajuan Penilaian Anak-anak

Kredit Gambar: Harian Metro

Mama Papa perlu melihat TP ni sebagai alat untuk menilai kemajuan mereka dari semasa ke semasa. Ini membantu untuk mengenal pasti kekuatan dan kelemahan anak-anak serta mengambil langkah-langkah yang sesuai untuk menyokong perkembangan mereka.

Dengan memahami dan mengambil berat tentang Tahap Penguasaan anak, Mama Papa dapat mainkan peranan dengan lebih efektif dalam menyokong perkembangan akademik dan perkembangan keseluruhan anak dalam pendidikan mereka.


Mama nak tahu apa persedian untuk anak masuk preschool nanti? Klik di SINI.