KelabMama

Pengembaraan Gabby’s Dollhouse Bermula di Sunway Pyramid Cuti Sekolah Ini!

Gabby Dollhouse Sunway Pyramid

“Meow, meow, meow… hey, Gabby!” Kalau lagu ni automatik terngiang-ngiang dalam kepala Mama, maksudnya Mama memang dah ready untuk masuk ke dunia magik Gabby’s Dollhouse!

Bayangkan Mama dan anak-anak melangkah masuk ke dunia penuh warna pastel, bilik magik, kucing comel yang boleh bercakap, dan macam-macam kejutan menarik.

Bermula 11 hingga 28 September 2025, Gabby’s Dollhouse The Movie akan menjadi realiti di mata kita semua, di Sunway Pyramid LG2 Blue Concourse. Tempat tu akan bertukar jadi playland sebenar yang sama charming seperti dalam siri tersebut!

Dengan filemnya akan ditayangkan pada 25 September 2025, dan cuti sekolah (15–19 September) pun dah dekat, memang inilah masa paling sesuai untuk bawa anak-anak keluar bermain dan ‘mengembara’.

Dan ini berita paling best — inilah aktiviti Gabby’s Dollhouse pertama kali di Malaysia!

Tak kisah Mama datang untuk anak-anak, atau sebenarnya nak lepaskan inner child Mama sendiri, pengembaraan dollhouse kali ni pasti akan meninggalkan memori yang penuh keceriaan.

Pasport Mama & Anak Untuk Dunia Purr-some!

Sampai je dekat concourse, jangan lupa tebus Pasport Aktiviti Rasmi Gabby’s Dollhouse.

Pasport ni adalah ‘tiket emas’ untuk 4 stesen aktiviti utama. Setiap stesen ada cop comel untuk dikumpul:

  1. Queen Kitty Fairy’s Crystal Palace: Lempar dadu, padankan karakter magik, dan tolong pulihkan dinding kristal yang berkilau.
  2. MerCat’s Colourful Kitty Aquarium: Terjun dalam ball pit ekor duyung gergasi & padankan haiwan laut dengan kad imbas.
  3. DJ Catnip’s Dance Floor: Ikut lampu, gerakkan badan ikut rentak, dan menari sampai dapat cop!
  4. Cakey’s Sweet Treat Mountain: Cedok cupcake dengan penyodok berbentuk kucing – cukup jumlahnya, terus dapat ganjarannya.

Apabila cukup kesemua empat cop, Mama boleh tebus Gabby Creative Pack yang mengandungi sticker dan notepad.

Stok terhad ya Mama, jadi jangan terlambat!

Dan jangan lupa, Mama & anak juga boleh jumpa Gabby Girl sendiri semasa sesi Meet & Greet!

Berikut merupakan tarikh dan masa meet & greet bersama Gabby Girl sepanjang kempen berlangsung:

Slot kena tempah melalui Sunway Malls App – supaya memori mama & anak dirakam dengan sempurna!

Aktiviti Craft untuk Anak-Anak Kreatif

Kalau anak-anak Mama ingin berehat sekejap daripada semua aktiviti fizikal tersebut, anda boleh singgah ke Friendship & Craft Stations (buka sepanjang hari) dan sertai bengkel berikut:

Dan kalau mama shopping minimum RM500 (maksimum dalam 3 resit) di Sunway Pyramid, Mama boleh tebus Gabby’s Dollhouse Cat Ear Headband eksklusif.

Aksesori yang sangat sesuai apabila bergambar dan dijadikan kenangan istimewa daripada dollhouse! Stok pun terhad tau Mama – siapa cepat dia dapat!

Setiap Sudut Ada Kejutan Tersendiri

Cuti sekolah memang waktu paling meriah! Jadi, tempah slot Mama dan anak-anak dengan lebih awal-awal melalui Sunway Malls App.

Lepas tu, siap sedia untuk sehari penuh magik — setiap sudut rasa macam masuk dollhouse sebenar. Anak-anak pasti gembira apabila dapat habiskan setiap cabaran, sampai Mama pun mungkin join sekali!

Ditambah pula dengan Sunway Pyramid yang sangat family-friendly, waktu playtime anak-anak menjadi masa berharga bersama seisi keluarga.

Disini, anak-anak mudah untuk menggunakan Leo’s Junior Kids Toilet & Baby Room yang lengkap dengan fasiliti kanak-kanak, bilik menyusu & ruang berwarna-warni untuk anak-anak kecil.

Para pengunjung juga boleh menyewa stroller dan berehat di ruang mesra kelyarga. Pendek kata, memang senang dan selesa nak luangkan masa bersama seisi keluarga seharian di sini.

Sebelum Mama ‘Pasang’ Telinga Kucing, Ini Yang Mama Perlu Take Note

Jumpa Mama di Dollhouse!

Jadi Mama, dah bersedia ke nak pakai cat ears, bawa bersama sense of wonder dan alami sendiri dunia magik Gabby?

Sama ada mama buat gelang friendship, menari dengan DJ Catnip, atau cedok cupcake untuk Cakey, Mama & anak pasti pulang dengan pasport penuh, hati gembira, dan memori yang tak ternilai!