KelabMama

Teroka dan Rasai Sendiri Pengalaman Salji Sebenar Sepanjang Krismas di Sunway Pyramid

My Christmas Story di Sunway Pyramid 2023

Tup tap tup tap, ehhh dah nak hujung tahun! Mama Siti je ke atau tahun ni cepatnya lain macam?

Mama Siti pada awalnya macam tak percaya bahawa akhir tahun 2023 hampir tiba. 

Sehinggalah Mama Siti melangkah masuk ke Sunway Pyramid dan terpegun indah melihat lampu-lampu cantik digantung tinggi, pokok Krismas yang dihias indah dengan dekorasi merah putih dan penuh magik! 

Rupanya Sunway Pyramid sedang menganjurkan kempen My Christmas Story bermula 24 November 2023 hingga 1 Januari 2024. Rasa seperti di alam fantasi! Tapi, hakikatnya, hujung tahun dan Krismas hampir tiba. 

Oh, satu perkara lagi yang Mama Siti sangat nanti-nantikan adalah promosi hujung tahun! YES its the YES (Year End Sale)! 

Bagi yang menyambut Krismas dan tahun baru, dalam anda sedang sibuk menyediakan sambutan tersebut bersama keluarga, inilah masa yang sesuai untuk mendapatkan hadiah atau cenderahati untuk yang tersayang. 

My Christmas Story ini diinspirasikan daripada sebuah kartun semasa zaman kanak-kanak Mama Siti dahulu yang bertajuk The Mountain’s Gift: A Snowman’s Christmas Tale. Mama semua ingat lagi tak?

Sejurus Mama melangkah masuk ke ruang acara di LG2 Blue Concourse, Mama akan disambut oleh snowman gergasi yang diperbuat daripada buku dengan sebuah bilik ajaib musim sejuk, Snowy’s Winter Wonderland

Haa dekat sinilah Mama berpeluang merasai pengalaman salji sebenar sepanjang acara berlangsung. Jadi, make sure Mama sekeluarga memakai baju yang bersesuaian. Kalau tak, takut sejuk beku nanti!

Selesai bergambar dan merasai kesejukan salji sebenar, Mama akan diberikan card sleeve yang direka bentuk seperti sebuah buku untuk menghias dan membuat cerita Krismas anda yang tersendiri di ruang My Story Book Card Decorating

Si cilik Mama dan para pengunjung juga berpeluang untuk menunjukkan kreativiti tersendiri di Snowman Origami. Gunakan masa ini untuk mengasah bakat seni anak-anak dan jadikan ia satu peluang untuk mengeratkan hubungan antara Mama, Papa dan seisi keluarga. 

Sekiranya anak Mama ingin berjumpa dengan ‘pak cik’ Santa, Mama boleh bawa mereka ke My Christmas Story pada hari minggu yang tertentu, iaitu hari Ahad 3, 10, 17 dan 24 Disember, dan juga semasa Hari Natal itu sendiri, pada jam 3pm dan 5pm*. 

Pada hari Sabtu 2, 9, 16 dan 23 Disember, para pengunjung berpeluang untuk menonton pelbagai persembahan menarik pada waktu yang sama – 3pm dan 5pm*. 

Nanti Dulu! Check Resit & Redeem Hadiah-hadiah Menarik! 

Selesai Mama menghiburkan diri di ruang My Christmas Story dan membeli-belah di Sunway Pyramid, jangan terus balik tau! 

Mama periksa resit perbelanjaan Mama terlebih dahulu. Sekiranya Mama membelanjakan RM600 dan ke atas (RM500 untuk pemegang kad UOB) dalam dua resit*, Mama boleh mendapatkan Glade Aromatherapy Reed Diffuser di kaunter penebusan. 

Bagi perbelanjaan minima RM1,200 (RM1,100 untuk pemegang kad UOB) dalam dua resit* pula, anda dapat menebus NEOFLAM Glass Container Set. 

Sekiranya anda berbelanja RM5,000 dan ke atas (RM4,900 untuk pemegang kad UOB) dalam dua resit* URBANlite 24” Trapez Luggage.

Yang menariknya lagi di Sunway Pyramid adalah terdapat pelbagai jenama kedai dan barangan serta restoran untuk para pengunjung. Kemudahan dan fasiliti yang disediakan pun memang top-notch

Selain parking biasa, di Sunway Pyramid ada Parking Khas dan Family Parking di B1. Pihak Sunway Pyramid juga menyediakan wristlinks, mobile walkers, power strollers, dan kerusi roda yang boleh disewa. Sekiranya memerlukan, Mama boleh ke Kaunter Concierge di aras G/LG2. 

Surau dan bilik bayi di Sunway Pyramid juga lengkap dengan pelbagai kemudahan dan keperluan para pengunjung. Selain dihias cantik dan kemas, bilik bayi juga ada menyediakan bangku yang mesra kanak-kanak dan tandas khas untuk kanak-kanak.

Sebelum pulang, Mama jangan lupa untuk rasai pengalaman salji yang turun di dalam Sunway Pyramid dan bergambar bersama pokok Krismas gergasi yang tingginya sehingga 30 kaki di Orange Entrance! Nantikan pada setiap Jumaat, Sabtu, dan Ahad; jam 7pm, 8pm, dan 9pm. 

Jadi, jom tetapkan dalam kalendar Mama untuk membawa anak-anak bergembira dan menikmati pelbagai promosi menarik di My Christmas Story Sunway Pyramid bermula 24 November 2023 hingga 1 Januari 2024 ini. 

Layari laman rasmi, Facebook dan akaun Instagram Sunway Pyramid untuk maklumat lanjut.