KelabMama

Mama Dah Ajar 5 Asas Dalam Pendidikan Seksual Ini Dekat Anak Mama?

Bercakap tentang pendidikan seksual pada anak-anak pada umur yang lebih awal adalah tanda-tanda baik untuk hubungan ibu bapa dan anak.

Walaupun masih menjadi ‘taboo’, namun, mak ayah PERLU dedahkan anak-anak dengan pendidikan seksual ni jauh lebih awal.

Ia penting agar anak-anak kita rasa selamat untuk ceritakan atau menanyakan maklumat yang boleh dipercayai dan benar pada Mama dan Papa.

Lagi pulak, di zaman media sosial ini, anak-anak lebih terdedah dengan info-info yang berbahaya. Lebih baik Mama dan Papa adalah antara orang awal yang didik mereka tenang pendidikan seksual ini.

Ini tips yang Mama dan Papa boleh praktikkan apabila bercakap dengan mereka tentang pendidikan seksual:

5 Asas Dalam Pendidikan Seksual Mak Ayah Harus Ajar Pada Anak-anak

1. Gunakan Nama Betul Untuk Anggota Badan

Sebaiknya Mama dan Papa harus menggunakan nama yang betul bila bercakap tentang alat sulit kita. Mama Siti tak nafikan yang ia mungkin agak kekok, tapi niatkan untuk mengajar anak-anak.

Jangan gunakan nama seperti “bebird”, “bunga” dan sebagainya. Sebaliknya, gunakan nama sebenar seperti zakar, skrotum, vulva, faraj, payudara dan lain-lain.

Ini dapat membantu anak-anak faham yang kita sedang dan boleh bercakap tentang anggota tubuh badan sulit. Dan ia akan menjadi lebih mudah untuk bercakap dengan doktor jika mereka menghidap sesuatu penyakit di alat sulit mereka.

2. Pastikan Ahli Keluarga Juga Tahu

Walaupun mungkin Mama Papa rasakan tak penting, tapi adalah lebih baik untuk saudara mara dan atuk nenek untuk tahu mengenai hal ini.

Ini boleh membantu anak kita berasa selesa bercakap tentang tubuh mereka, bertanggungjawab terhadap perasaan seksual dan berkomunikasi mengenai hubungan intim apabila mereka lebih tua.

Selain itu, dengan memberitahu akan hal ini kepada saudara mara juga boleh mendidik mereka tentang kepentingan pendidikan seksual pada anak-anak.

Abaikan kata-kata sinis itu.

3. Terangkan Dalam Bahasa Mudah

Gunakan bahasa mudah apabila bercakap tentang hal ini. Walaupun ia topik yang besar, namun, kita bercakap tentang hal ini pada anak-anak.

Senang untuk mereka fahami apa yang Mama dan Papa cuba sampaikan. Pastikan penjelasan Mama ringkas, berfakta dan positif.

4. Mulakan Perbualan

Sesetengah kanak-kanak tak banyak bertanya. Jadi sebagai ibu bapa, Mama dan Papa mungkin perlu memulakan perbualan tersebut. Pilih masa yang sesuai untuk bercakap tentang hal ini.

5 . Boleh Beritahu Mereka ‘Tidak Tahu’

Jika soalan anak-anak mungkin lebih susah untuk diterangkan, beritahu mereka yang Mama akan mencari lebih banyak info tentangnya dan akan beritahu semula kepada mereka. Dan pastikan Mama beritahu mereka ataupun Mama boleh mencari jawapan bersama-sama dengan mereka.

Semoga dengan info-info ni, Mama dapat didik anak tentang pendidikan seksual dengan lebih yakin pada masa akan datang. Ini adalah untuk memberi mereka peluang dan ruang yang selamat untuk bertanya dapat membina kepercayaan supaya anak-anak sentiasa boleh jujur dengan Mama.

Selamat mencuba~


Dapatkan lebih banyak tips dan nasihat keibubapaan di SINI.