Zaman sekarang ni, hidup makin sibuk. Mak-mak lah paling banyak peranan jadi chef, cleaner, nurse, cikgu anak, PA suami, semua serba boleh. Jadi bila ada apa-apa yang boleh mudahkan kerja harian kita, memang rasa macam jatuh cinta terus!
Lagi-lagi bab air minum tak kira siang atau malam, air mesti cukup untuk semua. Nak bancuh susu, nak masak, nak buat air sejuk, semua guna air. Tapi bukan sebarang air ya. Kita nak air bersih, selamat dan cepat dapat.
Dulu-dulu Mama Siti pernah juga pakai penapis air jenis besar yang kena panggil orang datang servis, kena tunggu air panas lama, tangki pun makan ruang. Letih tau! Tapi sekarang, Mama Siti dah jumpa penapis air yang memang faham keperluan mak-mak moden dengan Acerpure Aqua Hot & Cold RO Water Purifier.
Kalau nak tahu kenapa Mama Siti rasa ini antara penapis air terbaik untuk mak-mak zaman sekarang, jom Mama Siti cerita satu-satu. Memang tak menyesal!
Kenapa Acerpure Aqua Hot & Cold RO Water Purifier Lain Dari yang Lain?
1. Air Panas dalam 3 Saat
Satu benda yang Mama paling suka pasal Acerpure Aqua Hot & Cold RO Water Purifier ni adalah dia faham sangat keperluan kita sebagai mak-mak terutama bab air untuk anak-anak. Penapis air ni bukan sekadar bagi air bersih, tapi dia juga bagi air pada suhu dan kuantiti yang tepat, ikut apa yang kita perlukan.
Contohnya, kalau Mama nak buat susu anak tengah malam, tak payah dah susah-susah bancuh air panas dan sejuk asing-asing. Mama cuma pilih je suhu yang sesuai ada pilihan dari 45°C hingga 85°C untuk air suam, atau kalau nak air panas betul, boleh terus ambil pada suhu 86°C hingga 95°C.
Nak buat kopi untuk diri sendiri pun senang, tak perlu tunggu kettle mendidih. Nak minum air sejuk pun ada pilihan terus pada suhu 5°C memang segar lepas balik dari luar dengan cuaca yang panas.
Bukan setakat suhu, kuantiti air pun Mama boleh pilih siap-siap. Kadang kita nak sukat air untuk botol susu, kadang nak isi cawan, kadang nak penuhkan botol air besar semua boleh set ikut keperluan.
2. Botol Air Boleh Tanggal – Ini yang Buat Mama Menjerit “YES!”
Biasanya penapis air kena tunggu air keluar perlahan-lahan, tapi dengan Acerpure Aqua ni, siap ada dua pure water jug yang boleh ditanggalkan.
Ciri ini memang Mama Siti paling suka. Mama tak payah susah payah angkut air pakai jag banyak kali, atau bawa seluruh penapis air ke sinki.
- Nak isi air? Cabut je tangki, bawa ke paip.
- Nak air sejuk? Isi air, letak dalam peti ais dulu, lepas tu cucuk semula kat mesin.
- Nak bawa tangki tu terus ke meja makan pun boleh!
Lagi satu, tangki air dia pun besar 5 liter! Memang cukup untuk kegunaan sekeluarga. Fleksibiliti ni yang mak-mak perlukan, terutama kalau dapur kecil atau kita jenis suka ubah susun atur dapur.
Kadang ada masanya kita buat kerja di ruang tamu tangki tu pun boleh kita cabut, letak atas meja dan guna kat situ. Tak perlu paip langsung. Tak perlu pasang sambungan air.
Comel, praktikal, dan tak perlu beli botol asing, tak perlu cuci banyak barang. Siapa je tak suka kan?
3. Penapis Air yang Independent – Cuci Pun Tak Menyusahkan Mama
Nak air bersih untuk keluarga tersayang tak semestinya rumit, Mama! Dengan Acerpure Aqua Hot & Cold RO Water Purifier ni, semua jadi mudah dan tenang.
Bayangkan, penapis air ni datang lengkap dengan 6-Step RO dan Double UV Filtration System yang bukan biasa-biasa dengan pengiktirafan dari NSF dan SGS, dia boleh tapis segala bendasing sekecil 0.0001μm dan bunuh 99.9% bakteria!
Setiap kali Mama tekan air, memang confirm bersih dan selamat. Tambah lagi dengan TDS Water Quality Monitor, Mama boleh tengok terus tahap kebersihan air tu kat skrin. Tak cukup dengan tu, rekabentuk dia pun memang cantik moden, plug and play je tak perlu pening panggil orang pasang.
Saiz dia pun compact, senang letak mana-mana dalam rumah tanpa makan ruang. Dan yang penting, antibakteria 99.9%! Penjagaan pun senang sebab ada Smart Wash Technology yang automatik mencuci saluran dan penapis dalaman.
Nak tukar penapis pun tak leceh, ada penunjuk status dan filter boleh tahan sampai 12 bulan. Inilah penapis air yang Mama Siti rasa semua mak-mak patut ada senang, bersih, dan memang fikir semua untuk kita.
4. Tak Perlu Pemasangan, Tak Perlu Paip
Reka bentuk dia pun compact, bergaya, warna minimalis memang sedap mata tengok bila letak atas meja dapur. Nak bawa ke bilik tidur, ruang tamu atau rumah mak pun senang. Tak berat, tak makan ruang. Mak-mak yang tinggal di rumah sewa pun sesuai sangat!
Acerpure Aqua tak perlukan paip langsung. Tak payah tunggu technician datang, tak perlu tebuk dinding dapur, tak perlu nak pasang macam-macam kepala paip.
Hanya:
- Keluarkan dari kotak
- Isi air dalam tangki
- Cucuk plug
- Terus guna!
Mudah gila. Kalau Mama nak bawa balik kampung pun boleh. Atau nak letak kat pejabat untuk buat air sendiri sesuai sangat.
Kadang-kadang, benda kecil macam penapis air ni boleh buat perbezaan besar dalam hidup kita sebagai mak. Acerpure Aqua bukan sekadar penapis air biasa.
Ia adalah ‘pembantu senyap’ kat dapur yang memudahkan banyak urusan dari penyediaan susu anak, bancuh minuman untuk keluarga, sampailah ke penyediaan air bersih untuk kesihatan seisi rumah.
Kalau Mama tengah pertimbangkan nak beli penapis air yang praktikal, selamat, dan jimat ruang, Mama Siti sangat syorkan Acerpure Aqua ni. Tak rugi, malah rasa berbaloi gila dengan apa yang kita dapat.
Nak tahu lebih banyak pasal fungsi dan reka bentuk dia yang praktikal ni, Mama boleh layari laman acerpure.com untuk maklumat lanjut.