KelabMama

Pemberian Vaksin Pneumokokal Mulai 1 Disember

Semalam, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memaklumkan mengenai pelaksanaan pemberian vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan untuk kanak-kanak yang akan dilaksanakan di semua Klinik Kesihatan KKM di seluruh negara bermula bulan depan, 1 Disember.

Apakah Vaksin Pneumokokal?

Vaksin Pneumokokal Konjugat (pneumococcal conjugate vaccine, PCV)  diberikan untuk mencegah penyakit yang disebabkan oleh jangkitan bakteria Streptococcus pneumoniae yang juga dikenali sebagai pneumokokus.

Antara penyakit yang disebabkan oleh bakteria Streptococcus pneumoniae ini adalah radang paru-paru (pneumonia), radang sinus (sinusitis), jangkitan telinga tengah (otitis media), radang selaput otak dan saraf tunjang (meningitis) serta jangkitan bakteria dalam darah (septicaemia).

Komplikasi penyakit pneumokokal ni pula termasuklah cacat pendengaran, kecacatan otak dan kematian.

Pemberian vaksin pneumokokal kepada kanak-kanak bertujuan untuk mengurangkan kadar morbiditi dan mortaliti akibat penyakit pneumokokal di kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. Ini seterusnya dapat mengurangkan kos rawatan penyakit pneumokokal dan komplikasinya.

Walaupun penyakit pneumokokal boleh dirawat dengan pemberian antibiotik, namun terdapat beberapa strain bakteria pneumococcus yang mempunyai kerintangan terhadap antibiotik. Pemberian vaksin pneumokokal adalah kaedah paling berkesan untuk menghalang jangkitan bakteria pneumokokus dan secara tak langsung mengurangkan kerintangan terhadap antibiotik.

Pelaksanaan Pemberian Vaksin Pneumokokal Bermula 1 Disember 2020

Pemberian vaksin pneumokokal konjugat (PCV) di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak di fasiliti kesihatan KKM akan bermula pada 1 Disember 2020.

Vaksin pneumokokal akan diberikan sebanyak tiga (3) dos :

Kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya adalah layak menerima suntikan vaksin pneumokokal di klinik kesihatan KKM. 

Mama Papa perlu membuat temujanji dengan klinik kesihatan KKM terlebih dulu bagi mengelakkan kesesakan dan memastikan kepatuhan kepada normal baharu dalam usaha mencegah penularan penyakit COVID-19.

Susulan penambahan vaksin pneumokokal di bawah Program Imunisasi Kebangsaan bagi kanak-kanak, jadual imunisasi yang terkini adalah seperti di Lampiran A.

Bagi kanak-kanak yang lahir pada 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah berumur 5 bulan atau lebih, jadual imunisasi pneumokokal akan disesuaikan mengikut umur oleh fasiliti kesihatan KKM.  

Vaksin pneumokokal yang akan digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan untuk tempoh dua (2) tahun pertama pelaksanaan adalah vaksin PCV-10 (Synflorix) yang memberi perlindungan terhadap sepuluh (10) serotype bakteria pneumokokus, merangkumi serotype 1, 4, 5, 6B, 7F, 9V, 14, 18C, 19F dan 23F. Vaksin ini juga memberi perlindungan cross-reactivity terhadap serotype 19A.

Take Note Mama Papa!

Mama Papa yang mempunyai anak yang lahir bermula 1 Januari 2020 dan seterusnya yang telah mengambil 1 atau 2 dos suntikan vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta boleh memilih untuk melengkapkan jadual imunisasi pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta atau di klinik kesihatan KKM.

Pemberian vaksin pneumokokal di fasiliti kesihatan swasta adalah tertakluk kepada caj yang dikenakan oleh fasiliti kesihatan swasta tersebut.

Mama Papa yang memilih untuk melengkapkan imunisasi pneumokokal anak mereka di klinik kesihatan KKM dinasihatkan untuk membawa bersama rekod imunisasi anak mereka, bagi memudahkan urusan penjadualan imunisasi oleh anggota kesihatan di klinik kesihatan KKM.

BACA JUGA IMUNISASI BAYI PENTING. JANGAN SKIP JADUAL!