KelabMama

Mulakan Pembelajaran Pertama Anak Dengan Flashcard

belajar flashcards

Tujuan utama mengajar bayi membaca adalah menjadikannya seronok dengan aktiviti tersebut. Bukanlah ingin mencapai tahap-tahap tertentu. Cuba bayangkan jika bayi tidak diajar membaca sejak kecil, adakah sewaktu besarnya, dia akan menjadikan membaca sebagai hobinya?

Bayi yang didedahkan dengan teknik pembacaan yang betul akan mula menyukai proses membaca sehingga aktiviti tersebut menjadi rutin bagi bayi dan mereka amat menyukainya. Jadi, adakah anda akan merasakan bahawa bayi anda akan mengalami masalah dalam proses pembelajarannya atau mula tidak menunjukkan minatnya untuk belajar membaca ketika ke pra sekolah kelak? Teknik yang paling sesuai untuk bayi adalah mengajarkan perkataan-perkataan yang mudah baginya. Satu demi satu perkataan.  Dan perkataan tersebut adalah perkataan yang difahaminya.

Itulah langkah awal dalam proses menggunakan flashcard kepada bayi. Glenn Doman, pelopor Institutes for the Achievement of Human Potential(IAHP) berkata: “Bayi sangat bijak dalam bidang linguistik (bahasa)” Hal ini kerana beliau sendiri telah membuktikan bahawa bayi yang diajar bahasa kedua, ketiga dan seterusnya dapat menguasai semua bahasa tersebut tanpa mengabaikan bahasa pertama mereka. Kajian ini dijalankan di Philadelphia. Dalam proses pengajaran kepada bayi, Doman menegaskan 3 syarat utama yang perlu diberi perhatian. Kuat, jelas dan berulang-ulang.  Alasannya adalah, bayi tidak belajar bahasa melalui mata kemudian ke otak, akan tetapi, ia melalui telinga dan terus ke otak.  Oleh sebab itu, sebutannya perlulah kuat, jelas dan berulang-ulang.

Penggunaan flashcard dalam mendidik si kecil memahirkan diri dalam pelajaran adalah satu kaedah yang mudah dan murah. Pelbagai aktiviti yang ibu bapa boleh lakukan dengan flashcard dan ianya bolah dibahagikan mengikut fungsi aktiviti itu samaada untuk melatih memori, latih tubi, mengenalpasti objek dan aktiviti. Cuba aktiviti ini:

UJIAN MEMORI

AKTIVITI LATIHTUBI – KAD GHAIB

DEDAHKAN PERKATAAN ITU

Sumber: Knowledge Centre

Dapatkan pelbagai flashcard dan barangan keperluan bayi yang menarik di Motherhood.com.my!