KelabMama

PELUANG UNTUK HAMIL SETIAP WANITA BERBEZA. JANGAN PUTUS ASA YA!

Enam bulan meniti usia perkahwinan tanpa sebarang tanda kehamilan mungkin boleh mendorong rasa panik, gusar, bimbang dan pelbagai tanggapan tidak menyenangkan. Bagi pasangan muda, mungkin kehamilan tidak menjadi fokus pada tahun pertama bergelar suami isteri. Namun untuk mereka yang berkahwin pada usia 30-an, berita kehamilan biasanya dinanti sebaik saja melangkah ke alam rumah tangga. Ketika ini, ramai wanita mula membuat persediaan dari sudut mental dan fizikal. Banyak perkara difikirkan untuk perancangan masa depan. Majoriti wanita percaya diri mereka mampu mendapat zuriat asalkan memiliki tubuh badan sihat. Malah, tidak keterlaluan jika ada yang menganggap boleh hamil bila-bila masa selepas mengadakan hubungan kelamin bersama suami. Realitinya, peluang untuk hamil adalah berbeza bagi setiap wanita. Ia mungkin mudah untuk sesetengah orang, namun boleh jadi sukar atau hampir mustahil bagi sebilangan wanita lain.

 

APA ANDA PERLU LAKUKAN JIKA INGIN HAMIL?

 

KENALI TANDA OVULASI

 

DAPATKAN RAWATAN

Pengesanan folikel ovari ini biasanya dilakukan kepada wanita yang mengalami kitaran haid yang panjang atau tidak teratur. Ujian akan dilakukan pada hari kedua kitaran haid. Pada waktu ini, kantung biasanya bersaiz kurang 10 milimeter (mm). Kemudian, kami akan lakukan imbasan sekali lagi pada hari ke 12, sehingga mendapati saiz kantung mencecah 18 mm ke atas. Ujian ovulasi juga akan dibuat untuk mengesahkan waktu subur. Jika semua ujian lancar dan keputusan diperoleh positif, kami akan cadangkan mereka untuk bersama. Bagaimanapun, ada juga ujian ovulasi yang memberikan keputusan negatif. Bagi kes sebegini, kami nasihatkan mereka mendapatkan suntikan untuk merangsang ovulasi.

 

KAEDAH INI TIDAK SESUAI UNTUK ANDA YANG MERANCANG KELUARGA

Walaupun kaedah ini boleh membantu ramai wanita merancang kehamilan, namun diigingatkan kiraan kitaran haid tidak boleh sama sekali digunakan untuk mereka yang merancang jumlah anak dalam keluarga. Wanita perlu jelas dengan perkara ini. Ramai yang menyangka mereka boleh merancang dengan mengetahui kitaran subur. Sebenarnya ia langsung tidak boleh diguna pakai, melainkan jika wanita terbabit mengalami kitaran haid yang teratur iaitu antara 28 hingga 30 hari. Mungkin pada 12 hari pertama mereka selamat, tetapi selepas tempoh itu, risiko hamil masih tinggi. Kita perlu ingat sperma mampu bertahan selama tujuh hari. Bayangkan jika mereka bersama pada hari ke 12, peluang hamil tetap ada. Tambahan kalau wanita itu dipengaruhi tekanan, kenaikan berat badan, kurang tidur, mengambil antibiotik, mengalami demam atau batuk, tempoh ovulasi mungkin berlaku agak lewat daripada kebiasaan. Jadi, suka atau tidak, wanita yang mahu mengelak kehamilan perlu mengamalkan kaedah pencegahan sesuai. Usah ambil risiko dengan merancang menggunakan aplikasi kalendar kesuburan dan sebagainya. Semua aplikasi kesuburan atas talian direka khusus untuk mereka yang mahu hamil. Ia bukan untuk merancang jumlah kehamilan dalam keluarga kerana peratusan gagal boleh mencecah sehingga 90 peratus.

 

 

 

 

 

Sumber:  Pakar Kesuburan, Perbidanan dan Sakit Puan (O&G) Pusat Perubatan Tropicana Dr Nurhazinat Mohamed Yunus  & Harian Metro