KelabMama

Pastikan Pelitup Muka Anda Menjadi Pelindung Terbaik di Waktu Pandemik Ini

Kita masih lagi belum bebas sepenuhnya daripada pandemik COVID-19.  Malah kehadiran kluster baru selepas PKP ini agak membimbangkan.Selain daripada menjaga dan mengekalkan penjarakan fizikal, kerajaan juga mensyaratkan penggunaan pelitup muka apabila berada di tempat awam yang sesak. 

Mama Siti yakin pasti ada Mama yang diluar sana agak keberatan hendak menggunakan pelitup muka. Walaupun ia bertindak sebagai pelindung, ia membataskan pernafasan kita. Bagi Mama yang berkulit sensitif, mungkin ada yang menghadapi masalah kulit pada bahagian yang ditutup dengan pelitup muka ini. Tetapi, Mama tidak boleh mengendahkan syarat yang telah ditetapkan.         

Bagi memastikan pelitup muka yang digunakan melakukan tugas terbaik, Mama harus faham apa yang Mama perlukan dalam memilih pelitup muka yang sesuai. 

Ramai Mama di luar sana lebih selesa menggunakan pelitup muka fabrik. Pastikan pelitup muka fabrik pilihan Mama:

Atas dasar prihatin dan memahami kehendak semasa, Sunway Malls telah menghasilkan pelitup muka ‘Mask-On’ edisi terhad hanya untuk pelanggan yang dikasihi. 

3 Sebab Mama Perlu Dapatkan Pelitup Muka ‘Mask-On’

Komited untuk memastikan keselamatan semua pengunjungnya, kempen ‘Mask-On’ Sunway Malls ini bukan sahaja memperkenalkan pelitup muka fabrik berkualiti dan selamat, tetapi juga selesa dan bergaya.

1. Perlindungan efektif dan mesra alam

Pelitup muka “Mask-On” ini berkualiti tinggi dan diperbuat daripada fabrik anti-mikrob yang mampu menghalang 99.94% mikrob. Ia mendapat pengiktirafan dari pihak pemeriksaan ternama atas keberkesanannya sebagai anti-bakteria dan anti-bau yang sangat efektif.

Selain itu, pelitup muka “Mask-On” ini juga mesra alam serta melindungi diri Mama dan keluarga daripada virus dan bakteria yang merebak.  Mama boleh menggunakannya berulang kali dan mengelakkan pembaziran. Tapi Mama dinasihatkan untuk mencuci selepas menggunakannya. 

2. Selesa dan selamat 

Bagi Mama yang mempunyai kulit yang sensitif, pelitup muka “Mask-On” ini direka khas untuk Mama. Direka khas untuk keselesaan, ia dapat menghilangkan atau mengurangkan kerengsaan kepada pemakainya. 

Pelitup muka ini diperbuat daripada fabrik khas yang boleh dibasuh tanpa rosak. Lapisan dalam pelitup muka diperbuat dari kain kapas lembut yang boleh menyerap haba yang keluar daripada badan. Ini memberikan kemudahan pengudaraan yang baik ketika menggunakannya. 

Tali lubang telinganya yang boleh diubah menjadikannya mudah dibentuk mengikut keselesaan dan kesesuaian pemakainya. Pelitup muka ini juga didatangi dengan slot filter di dalamnya sebagai pelindung tambahan. 

3. Unik, bergaya dan trendy

Kempen “Mask-On” ini tercetus untuk ketenangan para pengunjung Sunway Malls apabila berada ditempat awam terutamanya di kesemua mall Sunway. 

Ketua Operasi Sunway Malls, Kevin Tan, menekankan betapa pentingnya keselamatan dan keselesaan pengunjung dilindungi, tambahan pula pada musim wabak COVID-19.

Diinspirasikan daripada bentuk dan binaan 4 Sunway Malls iaitu Sunway Pyramid, Velocity Mall, Putra Mall, Carnival/Big Box Retail Park/Citrine, pelitup muka “Mask-On” ternyata berbeza dari pelitup muka lain yang ada di pasaran. Reka bentuknya yang unik pasti menambahkan seri dan gaya pemakainya.

Ia juga mempunyai saiz berbeza untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Jadi, Mama bolehlah memilikinya untuk ahli keluarga yang lain. Ingat, pelitup muka yang bagus dan efektif adalah yang bertepatan dengan saiz penggunanya. 

Dapatkan Pelitup Muka ‘Mask-On’ Sebelum Terlambat

Edisi istimewa pelitup muka “Mask-On” ini boleh didapati seperti berikut:

Sunway Pyramid  (Tarikh Promosi: 14 hingga 31 Ogos 2020)

Sunway Velocity Mall (Tarikh Promosi: 27 Ogos hingga 9 September 2020)

Sunway Putra Mall (Tarikh Promosi: 14 hingga 31 Ogos  2020)

Sunway Carnival Mall (Tarikh Promosi: 14 hingga 31 Ogos  2020)

Sunway Big Box Retail Park (Tarikh Promosi: 14 hingga 31 Ogos  2020)

Sunway Citrine (Tarikh Promosi: 30 hingga 31 Ogos  2020)

Jadi Lebih Bergaya dan Trendy dengan “Mask-On” Seperti Influencers Ini!

Lihat bagaimana selebriti dan social media influencers, Nana Mahazan & Atita Haris sekeluarga menggayakan “Mask-On” edisi terhad Sunway Malls ini! Menjadikan #OOTD mereka lebih bergaya, kemas, dan yang lebih penting, melindungi diri disamping memelihara alam sekitar daripada pembuangan face mask pakai buang.

Dengan tawaran yang ada dan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh rangkaian Sunway Malls, Mama pasti akan tenang untuk datang mengunjunginya sambil mendapatkan pelbagai bahan keperluan yang menarik. 

Selari dengan moto Sunway Malls ‘Your Safe Space, Our Safe Space’, pelbagai inisiatif telah diambil oleh pihak Sunway Malls bagi memsatikan pengalaman yang terbaik dan selamat untuk pengunjung-pengunjungnya.

Sebanyak 82 bahagian telah ditempatkan untuk mengukur tahap kebersihan pengunjung, 4,000 kamera CCTV yang mana 12 daripadanya dilengkapi dengan kamera terma berketepatan tinggi dan 30 kamera mampu untuk mengecam bentuk muka bagi menggalakkan penjarakan fizikal. 

Bagi Mama yang ingin membawa anak-anak tercinta juga disediakan pelbagai kemudahan untuk memastikan Mama dan anak-anak selesa apabila berada di Sunway Malls.

Kemudahan-kemudahan yang digunakan oleh orang awam seperti tandas kanak-kanak, bilik bayi, stroller bayi, kereta roda serta tempat permainan kanak-kanak akan diifeksi dan sanitasi setiap 45 minit dengan Nano Coating Technology bagi membunuh virus dan bakteria. 

Wakil dan pegawai-pegawai bertugas juga ditempatkan di merata-rata kawasan mall bagi memantau penjarakan fizikal demi keselamatan orang ramai. 

Jadi, Mama tak perlu risau dan jangan terus berkurung di rumah kerana bimbangkan keselamatan keluarga. Mari berkunjung ke Sunway Mall dan dapatkan hadiah pelitup muka yang ditawarkan sementara stok masih ada. 

Mama juga boleh melayari www.sunwaymalls.com/mask-on atau mana-mana laman media sosial Sunway Malls berkenaan untuk tips penjagaan pelitup muka fabrik bagi memastikan keselamatan Mama, keluarga dan semua pengunjung Sunway Malls berada di tahap maksima. 

Marilah kita sama-sama menjaga kesihatan dan kebersihan diri kita untuk semua. #kitajagakita