Setiap Mama Papa mahu anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Tetapi tahukah Mama Papa, kanak-kanak C-section mengalami ketidakseimbangan bakteria baik? Ini boleh menjejaskan sistem imun kanak-kanak, menjadikan mereka lebih mudah terdedah kepada masalah kesihatan tertentu di usia awal.
Menyedari hakikat ini, Enfagrow A+ MindPro C-Biome telah dirumus khas untuk menyokong imuniti kanak-kanak C-section dan memberikan setiap anak peluang terbaik untuk membesar dengan sihat dan cergas.
Rumusan Baru Diformulasikan untuk Kanak-kanak C-section
Pada asasnya, ia bukan sekadar susu formula biasa.
Dirumuskan khas untuk kanak-kanak C-section, menggabungkan sains dan nutrisi terkini untuk menguatkan imuniti serta menyokong perkembangan minda mereka.
Enfagrow A+ MindPro C-Biome dirumus khas untuk kanak-kanak 1 tahun ke atas dengan:
- Tahap 2’-FL Advance tertinggi*untuk menyokong sistem imun yang lebih kuat dan mengekalkan persekitaran usus yang sihat.
- Prebiotik inulin untuk menggalakkan pertumbuhan bifidobakteria baik dan mengekalkan sistem pencernaan yang sihat.
- Milk Fat Globule Membrane (MFGM) dan tahap DHA yang disyorkan pakar^ untuk menyokong perkembangan minda dan emosi kanak-kanak secara optimum dalam jangka panjang.
Gabungan nutrien ini menyokong kedua-dua aspek imuniti dan perkembangan minda, menjadikannya satu penyelesaian holistik untuk Mama Papa yang ingin menyokong pertumbuhan anak mereka dengan cara yang paling menyeluruh.
Belajar dan Berinteraksi Bersama Mama Papa di Acara Pelancaran
Bagi meraikan pelancaran penting ini, Mama dan Papa telah berkumpul pada 4 September 2025 untuk satu acara yang indah menggabungkan pendidikan dengan pembinaan komuniti.
Acara tersebut bermula dengan pelancaran yang dinanti-nantikan, mewujudkan suasana penuh inspirasi sebelum diteruskan dengan sesi pembelajaran yang menarik tentang imuniti kanak-kanak C-section.
Di sini, Mama Papa berkongsi idea, memperoleh pengetahuan praktikal, dan pulang dengan sokongan komuniti Mama Papa baharu yang berharga untuk diaplikasikan dalam perjalanan keibubapaan mereka.
Sebuah Komuniti yang Terbina Melalui Perjalanan Bersama
Selepas sesi pembelajaran, para ibu dan pengunjung dijemput untuk menikmati kopi dan teh sambil berinteraksi antara satu sama lain.
Mereka bersama-sama meneroka stesen aktiviti yang disediakan – daripada aktiviti menjahit dan booth bergambar hinggalah ke permainan menyeronokkan seperti lontar gelang.
Para Mama yang hadir turut berpeluang menjadi yang terawal untuk merasai sendiri susu Enfagrow A+ MindPro C-Biome.
Di booth livestream pula membawakan acara ini melangkaui ruangnya, apabila Mama-mama berkongsi pandangan mereka secara langsung.
Satu lagi tarikan utama ialah booth pendaftaran affiliate, di mana Mama dan Papa boleh menyertai komuniti Enfagrow A+ MindPro dengan cara yang lebih bermakna.
Dengan hanya perlu mendaftar, mereka diperkenalkan kepada satu program yang membolehkan mereka berkongsi, menjana pendapatan, dan berkembang bersama Enfagrow A+ MindPro C-Biome – menjadikan pengalaman peribadi mereka sebagai peluang untuk menyokong dan memberi inspirasi kepada Mama Papa lain.
Membina Imuniti Lebih Kuat Bersama
Pelancaran Enfagrow A+ MindPro C-Biome merupakan satu langkah penting dalam membantu Mama Papa yang mempunyai kanak-kanak C-section, dengan menawarkan produk yang dirumuskan khas bagi menyokong keperluan unik anak-anak Mama dan Papa.
Ia bukan sekadar melengkapi keperluan nutrisi kanak-kanak yang kurang.
Ia tentang memastikan setiap anak termasuk kanak-kanak C-section, mendapat permulaan yang kukuh dan peluang untuk berkembang sepenuhnya mengikut potensi mereka.
Rujukan:
*2’-FL tertinggi dalam rangkaian Enfagrow A+ MindPro.
^Memenuhi pengambilan harian DHA yang disyorkan oleh pakar dengan 3 hidangan sehari. Perundingan Pakar Bersama FAO/WHO mengenai Lemak dan Asid Lemak dalam Pemakanan Manusia mengesyorkan pengambilan harian DHA sebanyak 10–12mg/kg berat badan untuk kanak-kanak berumur 12–24 bulan atau 100–150mg DHA+EPA untuk kanak-kanak berumur 2–4 tahun. Rujukan: FAO 2010. Fats and fatty acids in human nutrition. Laporan perundingan pakar. FAO Food and Nutrition Paper no. 91. FAO: Rome.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.