KelabMama

Panduan Pelan Pendidikan Anak-anak Demi Masa Depan Mereka

“Abang, macam manalah dengan pelajaran anak-anak kita nanti ya. Dengan keadaan ekonomi sekarang, saya risau sangat kalau kita tak mampu berikan yang terbaik untuk diorang.” 

Itu merupakan antara topik perbualan utama saya dan encik suami pada hujung minggu yang lalu. Sedang enak minum petang bersama sambil lihat anak-anak bermain, tiba-tiba risau saya fikirkan masa depan mereka.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi sekarang yang tak menentu, kos sara hidup yang makin tinggi dan kos pendidikan yang semakin mahal dan kian meningkat, membuatkan saya risau dengan masa depan anak-anak.

Sejurus selepas saya suarakan kerisauan saya, terus encik suami tenangkan dan berikan tips bagaimana kami sebagai ibu bapa boleh membantu anak-anak dengan perbelanjaan untuk pendidikan mereka dan Mama Siti ingin kongsikan bersama Mama-mama semua di sini. Semoga bermanfaat ya!

Tips Perbelanjaan Pendidikan Anak-anak di Masa Hadapan

  1. Mulakan sekarang 

Selalunya mak ayah ni lupakan bab pendidikan anak-anak. Maksud Mama Siti, bukanlah Mama dan Papa tidak pentingkan pendidikan mereka, tetapi, disebabkan kita lebih memberi tumpuan pada aspek lain, kita terlupa bahawa pendidikan mereka pada masa hadapan juga penting. 

Oleh itu, apa yang Mama dan Papa boleh lakukan, apabila sudah tersedar bahawa pentingnya peruntukan kewangan untuk pendidikan anak-anak di masa hadapan, Mama dan Papa masih belum terlambat untuk mulakan sekarang.

Walaupun anak-anak masih kecil atau baru lahir, Mama dan Papa boleh mulakan simpanan untuk pendidikan anak-anak dari hari ini. Kalau yang belum mula, jangan risau, anda masih belum terlambat. Serendah RM100* sebulan pun boleh!

*Tertakluk pada terma & syarat

  1. Buat anggaran kos pendidikan anak 

Ini pun penting tau Mama dan Papa. Saya bab kewangan ni kadang-kadang fail sikit. Nasib ada suami yang pandai dalam hal ni. Walaupun anak sulung kami pun baru masuk sekolah rendah, namun, encik suami dah fikirkan anggaran kos pendidikan mereka sampai ke universiti. 

Buat anggaran, dan pilih pelan simpanan atau pelaburan terbaik untuk anak-anak. Nasihat encik suami lagi, kita harus ambil kira kesan inflasi ke atas simpanan atau pelaburan tersebut. Ni yang ramai ibu bapa tak tahu. Hanya buat anggaran dan tidak mengambil kira faktor-faktor lain dan seterusnya mungkin menambahkan kerisauan kita.

  1. Pilih pelan pendidikan Takaful yang betul 

Kebiasaannya, kita hanya tahu atau pernah dengar tentang pelan perlindungan peribadi dan kesihatan sahaja. Tetapi, ada juga pelan perlindungan dari segi pendidikan yang membantu meringankan bebanan kos pendidikan anak-anak. 

Lagi menarik kalau Mama dan Papa memohon pelan pendidikan yang memberikan perlindungan dan juga pelaburan untuk masa depan anak Mama seperti Etiqa Madani.

“Eh, Etiqa Madani? Apa tu?”

Etiqa Madani, Memastikan Masa Hadapan Yang Lebih Cerah Untuk Anak-anak 

Buat Mama dan Papa yang baru pertama kali tahu mengenai Etiqa Madani ini, ia merupakan pelan pendidikan Takaful yang melindungi dan meringankan beban kos pendidikan dengan tawaran* Fast & Easy.

Terdapat banyak manfaat yang anak Mama dan Papa bakal peroleh dengan Etiqa Madani ni. Antaranya: 

  1. Bayaran Education Cash sehingga 10% daripada jumlah yang dilindungi akan dibayar sebanyak dua kali sebelum sijil matang.
  2. Bayaran Education Celebration bernilai RM500 akan dibayar apabila anak Mama menamatkan sama ada pengajian sekolah rendah atau sekolah menengah.
  3. Pada akhir tempoh sijil, anak Mama akan menerima bayaran tunai sebanyak 130% daripada jumlah yang dilindungi dan potensi bayaran tunai pelaburan terkumpul, atau lebih dikenali sebagai Bayaran Matang.
  4. Pelan termasuk bayaran untuk perlindungan kematian atau hilang upaya menyeluruh dan kekal (HUMK).
  5. Mama atau Papa sebagai pemilik sijil juga layak untuk mendapat pelepasan cukai dengan menambah manfaat tambahan pengecualian bayaran (sepertimana diperuntukkan – rujuk LHDN).
  6. Pelan Etiqa Madani ni juga sangat dinamik dengan pilihan manfaat tambahan lain seperti Manfaat Tunai Hospital, Perlindungan Penyakit Kritikal, Kad Perubatan dan tabungan atau simpanan tunai.

Yang lebih menarik, Mama dan Papa diberikan fleksibiliti untuk memilih tempoh pelan pembayaran selama 8, 15, atau 20 tahun dan juga pelbagai pilihan tempoh umur matang iaitu 15, 21 atau 25 tahun. 

*Tertakluk pada terma & syarat 

Bayaran Education Cash, Bayaran Education Celebration & Bayaran Matang untuk perlindungan selama 20 tahun & pembayaran sumbangan hanya 8 tahun.

Kredit gambar: Etiqa Madani

Pelan Etiqa Madani ini tersedia untuk anak-anak yang berumur antara 14 hari hingga 15 tahun. Untuk maklumat lanjut mengenai Etiqa Madani, Mama dan Papa boleh hubungi 1300 13 8888 atau layari www.etiqa.com.my/madani hari ini.

Apa-apa pun, Mama dan Papa masih belum terlambat untuk memastikan masa hadapan anak-anak dari segi pendidikan terjaga. Mulakan simpanan seawal mungkin dan teruskan usaha untuk berikan yang terbaik buat anak-anak.