KelabMama

Pelakon Drama Qalesya Kongsi Detik Bahagia Lahirkan Anak Sulung

Pelakon Drama Qalesya Kongsi Detik Bahagia Lahirkan Anak Sulung

Alhamdulillah, 1 Oktober 2019 yang lalu, netizen sekali dengan Mama Siti dikejutkan dengan perkongsian terbaru Elfira Loy. Lama netizen tunggu akhirnya, Elfira dah lahirkan anak sulung dia!

Elfira selamat lahirkan seorang anak lelaki dengan berat 3.68 kg pada jam 5.40 petang di Andorra Women & Children Hospital, Seri Kembangan. Muhammad Rayyan Khalaf, nama indah diberi buat anak lelaki sulungnya itu. Cantiknya nama, dahla nama syurga pula tu!

Baru dua hari kelahiran tapi bayi comel ni dah mula dapat perhatian ramai. Gambar yang dimuat naik dalam Instagram dah pun terima lebih 300,000 likes serta dihujani dengan ucapan tahniah daripada rakan artis dan pengikutnya di laman sosial itu. Wow!

Semalam tidur bagai dibuai mimpi , every minutes in the labour room , every pain , ever moments i went through dia recap balik.  Ya Allah macam tak percaya. Terima kasih Ya Allah, terima kasih keluarga, terima kasih sahabat, terima kasih semua yang mendoakan kami.

ITS A BABY BOY..
Muhamad Rayyan Khalaf bin Muhamad Faris. 

Born yesterday, the 1st of October 2019 at 5.40pm weighing 3.68kg. Secara normal. Alhamdulillah syukur we are so greateful for our healthy little boy. Our world feels complete and our hearts are full with unconditional love. Love you my babyboi.

Muhammad Rayyan Khalaf nama diberi buat bayi yang lahir pada 1 Oktober 2019.

Menerusi aplikasi media sosial itu, Elfira mengimbau semula pengalaman kali pertama melalui proses kelahiran dan bergelar ibu. Dia turut berterima kasih kepada semua yang mendoakan dia dan anak lelakinya itu. Elfira turut kongsi jantina serta nama pilihan buat cahaya matanya untuk tatapan peminat-peminatnya di laman Instagram.

Sahabat karib Elfira, Syahirah Kasim berkongsi saat bahagia apabila melawatnya di hospital.

Sumber: Elfira Loy, ohbulan

BACA JUGA SENARAI BARANG BAYI YANG ‘GOOD INVESTMENT’ UNTUK SI MANJA ANDA

Pesan Mama Siti:

Tahniah Elfira dikurniakan dengan baby boy. Comel macam mak ayah dia. Mama Siti tumpang happy dengan rezeki yang Allah SWT bagi dekat keluarga Elfira ni. Masa Mama Siti pregnant anak mama yang sulung tu pun bukan main happy kita rasa. Apa-apa pun Mama Siti nak ucapkan kepada Elfira, selamat menempuh perjalanan sebagai ibu dan selamat berpantang!