KelabMama

Pelajar Bakal Menikmati Sarapan Percuma Di Sekolah Mulai Tahun 2020

Pasti mama dan papa rasa lega dengan berita ni kan? Bermula tahun 2020 nanti pelajar bakal menikmati sarapan percuma di sekolah. Lepas ni tak adalah mama rushing siapkan bekal anak pagi-pagi lagi.

Dengarnya program ini untuk memberi kualiti sarapan terbaik kepada para pelajar dan untuk merealisasikan program ini kerajaan akan menggunakan hasil daripada cukai gula yang dikenakan.

Makan percuma

Kementerian Pendidikan akan memastikan setiap pelajar yang hadir ke sekolah pada tahun hadapan akan menikmati makanan percuma sebelum sesi pembelajaran bermula.

Menterinya, Dr Maszlee Malik, berkata langkah itu dibuat kerana di sebalik makanan percuma itu, berlaku perkara penting iaitu proses pendidikan sivik dan disiplin dapat diterapkan dalam kalangan pelajar.

“Kita bukan sahaja memberi makanan berkhasiat dalam membentuk generasi baharu yang sihat, malah mendidik anak-anak mengenai sivik dan disiplin.

“Sebelum makan basuh tangan, lepas makan kena kemas. Mereka semua ini akan makan bersama guru,”

katanya ketika ditemui selepas melawat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merbok semalam.

Semua pelajar dapat

Ditanya sama ada pelajar dari keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40) sahaja yang akan diberikan makanan percuma, Maszlee menjelaskan makanan itu untuk semua pelajar.

“Semua pelajar akan dapat. Pelajar sesi pagi akan menikmati sarapan, begitu juga pelajar sesi petang,”

katanya.

Dapat sambutan orang ramai

Sumber : Berita Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia

BACA JUGA ANAK ANDA SUDAH BERSARAPAN? INI YANG BERLAKU KEPADA SI MANJA, JIKA MAMA TIDAK SEDIAKAN SARAPAN

Pesan Mama Siti

Syukurlah anak-anak dapat sarapan di sekolah dengan percuma. Mama Siti harap program sebegini sedikit sebanyak membantu meringankan tugas ibu bapa mana nak rushing ke pejabat dan juga dapat membantu mereka yang tak berkemampuan.