KelabMama

PEDIH ULU HATI KERAP TERJADI KEPADA WANITA HAMIL

Sakit atau rasa tidak selesa adalah lumrah yang harus dialami oleh semua wanita hamil. Alahan, sakit belakang, sembelit, pening kepala dan sebagainya merupakan antara simptom yang tidak boleh dielakkan. Sebutkan saja penyakitnya, ibu hamil pasti akan merasainya.

Meski pun begitu, adalah salah satu tempoh yang cukup menggembirakan buat semua wanita dan mereka akan melupakan semua kesakitan tersebut sejurus melihat wajah comel lahir ke dunia. Semua ketidakselesaan yang dialami adalah disebabkan perubaha dari segi fizikal, hormon dan emosi. Salah satu ketidakselesaan yang banyak dialami oleh wanita hamil adalah masalah pedih ulu hati yang disebabkan peningkatan paras hormon estrogen dan progesteron.

Perubahan hormon ini juga menyebabkan mood berubah terutama ketika trimester pertama dan terakhir. Sebanyak 10 peratus wanita mengandung terdedah kepada kemurungan kehamilan. Simptom termasuk sukar memberi tumpuan dan tidur, letih melampau, cepat marah dan kerisauan. Dalam keadaan ini, wanita hamil memerlukan sokongan daripada suami dan keluarga serta perlu sentiasa positif.

 

APAKAH PEDIH ULU HATI?

75 peratus wanita hamil mengalami pedih ulu hati. Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut. Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus. Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut. Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan

 

Merawat Pedih Ulu Hati

Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon. Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

 

ELAK PEDIH ULU HATI

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Datuk Dr. Nor Ashikin Mokhtar.