KelabMama

Tidak Lagi Asing! Ini Pantang Larang WAJIB Semasa Melawat Bayi Baru Lahir

melawat baby

Bayi yang baru lahir ni selalunya akan di sambut meriah bukan ahli keluarga je, malah kawan-kawan pun turut meraikannya. Tapi dalam kegembiraan tu, mesti terselit sedikit kerisauan Mama Papa terhadap kesihatan Mama sendiri dan bayi.

Yelah, kalau datang ramai-ramai nanti Mama pun tak sempat nak berehat sebab kena layan tetamu. Tapi yang paling Mama Papa takutkan ialah kesihatan bayi.

Jadi, kalau nak datang melawat bayi, seharusnya kita perlu tahu pantang larang atau do’s and dont’s demi keselamatan si manja dan juga kesejahteraan ibu yang sedang berpantang.

6 Pantang Larang Semasa Melawat Bayi Baru Lahir

1. Jangan Peluk Cium Baby

Siapa je yang tak geram dengan baby kan? Mama Siti pun kalau boleh nak gomol dan kiss baby ni, tapi kena tahan perasaan geram tu! Sebab apa?

Sebab ada kemungkinan kita boleh sebarkan bakteria kepada baby tau. Kalau tak tahan jugak, boleh lah sekali je kiss sekejap di pipi baby.

Ingat ye jangan sesekali kiss di bibir baby! Kerana sudah ada kes baby dapat penyakit setelah dicium di bibir oleh individu yang datang melawat.

Jangkitan kuman ni jangan di bawak main ye, sudah ada kes baby meninggal disebabkan baby dicium je. Kalau boleh, tahan kan je geram tu ye, ni untuk kesihatan baby jugak tau.

2. Nak Melawat Baby? Telefon Dulu

Nak datang melawat baby, call dulu ye jangan terus datang secara tiba-tiba pulak. Kita kena faham lagi-lagi kalau pergi melawat waktu Mama dalam pantang.

Mama yang dalam pantang ni perlukan berehat yang secukupnya. Tak boleh nak terima melawat terus-menerus tau.

Baby pula perlukan tidur yang secukupnya. Kalau kita datang tanpa bertanya dulu kepada Mama sudah pasti Mama rasa tak selesa nanti. Sekurangnya kita tahu waktu bila yang sesuai dan lapang untuk kita melawat.

3. Jangan Upload Gambar Bayi

Kalau dah jumpa baby, mesti ada ambik gambar kan? Nak ambik gambar boleh, sebagai kenangan tapi jangan sampai upload dalam media sosial pulak ye.

Mama Papa pun belum upload gambar baby lagi tapi anda dah upload dulu. Jadi, kena hormat privasi Mama dan baby tau!

Kalau Mama Papa dah upload gambar baby pun, anda perlu meminta izin dulu daripada Mama Papa sama ada boleh atau tak untuk upload gambar tersebut.

4. Periksa Dahulu Kesihatan Sebelum Melawat Bayi

Kalau anda rasa tak sihat atau demam, Mama Siti nasihatkan tak perlu lah datang melawat baby. Bila demam tu rehat je lah di rumah. Lagi-lagi bila anda selesema, kemungkinan nanti baby jugak akan berjangkit sekali.

Antibody baby masih lemah, jadi kalau baby dijangkiti selsema ambik masa lama untuk sembuh atau baby kemungkinan jugak akan dapat menyakit yang lain.

Kalau boleh nak datang melawat jangan lupa lakukan COVID test ye. Ni sebagai langkah berjaga-jaga jugak tau.

5. Cuci Tangan dengan Bersih

Kredit Gambar: Berita Harian

Sebelum nak sentuh baby, cuci tangan dengan sabun dan sanitize terlebih dahulu. Ni untuk kurangkan risiko jangkitan kuman sebab kebanyakan jangkitan kuman ni berlaku melalui sentuhan ye.

Jadi, sebelum nak sentuh bayi yang baru lahir, basuh tangan dan minta izin mak dan ayahnya terlebih dahulu okay?

6. Alamak, Bayi Menangis! Apa Nak Buat?

Kredit Gambar: SirapLimau

Ada masa baby akan meragam jadi kita sebagai pelawat tak perlu nak dukung baby atau pujuk baby berhenti menangis. Mama Siti faham, kita sebagai Mama sudah semestinya pernah lalui situasi ni kan?

Tapi kita semua kena ingat ye tu bukan baby kita untuk kita dukung, pujuk atau cuba-cuba untuk berikan susu botol. Jadi, jangan memandai ya.

Kalau baby menangis bagi kepada mak atau ayahnya untuk memujuk si manja mereka.

Sebagai pelawat, kita harus hormat pendirian mak ayah kepada bayi yang baru lahir sekiranya mereka tak benarkan itu dan ini.

Kita pun ada anak juga kan sudah pasti kita tahu tujuan kenapa mereka buat sedemikian. Jangan lupa untuk ingat pantang larang time melawat bayi nanti!


Dapatkan lebih banyak info tentang kesihatan bayi di SINI.