KelabMama

Parasailing, Hiking dan Berkelah di 9 Pantai Di Penang

Betul ke pantai di Georgetown penang banyak yang ‘best’?

Yang betulnya, bukan pantai dekat Georgetown saja yang menarik di penang, sebenarnya ada 9 pantai yang boleh Mama lawati sepanjang berada di Pulau Mutiara itu. 

Nak berkelah, parasailing, jet ski dan jungle trekking semuanya boleh di Penang. Ayuh Mama Siti tunjukkan satu persatu pantai terbaik yang ada di sini. 

Senarai Pantai Terbaik Di Penang

#1 Pantai Batu Ferringhi

Kredit gambar: Tripadvisor

Mama tak perlu lagi berfikir-fikir nak buat apa sesampainya disini kerana antara aktiviti yang ditawarkan ialah parasailing dan menaiki jet ski. 

Selain itu, untuk Mama yang gayat atau takut air boleh lah menaiki buggy di kawasan berpasir di kawasan pantai. 

#2 Pantai Monyet

Kredit gambar: ohbulan!

Pulau ini agak terpencil dan Mama perlu menaiki bot dari Batu Ferringhi atau jungle trekking dari pintu masuk Taman Negara Pulau Pinang.

Ya, memang ada monyet-monyet liar disini. Begitu juga dengan haiwan-haiwan lain seperti biawak dan tupai. 

Itu tandanya Mama telah sampai di tempat yang masih terpelihara habitat semula jadi fauna. 

#3 Pantai Pulau Jerejak

Banyak aktiviti yang wajib Mama cuba di Pantai Pulau Jerejak ini. Berkayak, berenang dan bermain polo air adalah yang sering dilakukan oleh para pengunjung yang datang. 

Penginapan resort pula berada berhampiran dengan pantai ini. Jadi, boleh lah Mama lakukan lebih banyak aktiviti termasuklah bergambar, ‘paintball’ dan berbasikal. 

#4 Pantai Teluk Duyung

Kredit gambar: Facebook

Keindahan pantai ini jelas terlihat daripada paduan air yang berwarna hijau kebiru-biruan dan dihiasi pula dengan bukit menghijau di sekelilingnya. 

Mama perlu menaiki bot selama 20 minit dari Batu Ferringhi atau melalui jalan hutan yang mengambil masa 2 jam perjalanan. 

#5 Pantai Teluk Bahang

Kredit gambar: Agoda.com

Boleh katakan ianya tempat ‘healing’ untuk warga setempat dan pengunjung dari luar. Aktiviti bermandi-manda bukanlah fokus utama disini. 

Bahkan ianya dinasihatkan untuk tidak berenang di pantai ini kerana terdapat obor-obor yang mungkin boleh menyengat. 

#6 Pantai Kerachut

Kredit gambar: Tripadvisor

Uniknya disini terdapat tasik meromiktik iaitu tempat pertemuan air masin dan air tawar bertembung tetapi tidak saling bercampur.

Setiap bulan September hingga Februari, pantai ini menjadi lokasi tumpuan penyu hijau, penyu sisik dan penyu lipas membina sarangnya.  

#7 Pantai Teluk Kampi

Kredit gambar: Astro Awani

Pantai ini terletak di kawasan teluk iaitu bahagian laut yang menganjur masuk ke darat dan termasuk dalam Taman Negara Pulau Pinang. 

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan ialah melihat penyu bertelur dan juga melihat anak penyu menetas dan kembali ke lautan. Pengalaman yang sukar dijumpai di tempat lain. 

#8 Pantai Pasir Panjang

Kredit gambar: Petit Go

Satu lagi pantai ‘best’ di Pulau Pinang ialah Pantai Pasir Panjang yang merupakan sebuah pantai terbaik untuk bersiar-siar di gigi air. 

Bayangkan, pasir memutih di pantai diapit dengan bukit menghijau. Ditambah pula dengan pokok-pokok palma yang rendang menjadikannya ianya tempat melihat matahari terbenam yang indah sekali.  

#9 Pantai Tanjung Asam

Kredit gambar: Round Penang

Merupakan sebuah pantai perkelahan yang popular di negeri Pulau Pinang. Sambil Mama dan anak-anak berkelah, Papa pula boleh ambil peluang untuk memancing kerana disini ialah lubuk emas kaki joran. 

Ianya sebuah lokasi yang sesuai untuk menghabiskan masa bersama keluarga tersayang di waktu petang dan hujung minggu.  

Kredit gambar: Galapagos Traveller

Wah, betul lah bukan setakat boleh berkelah sahaja. Kita pun boleh ajak anak-anak dan pasangan cuba aktiviti sukan air dan hutan. 

Rugi betul kalau sia-siakan masa kalau dah datang ke Pulau Pinang. Boleh kata pantai yang ‘full package’ lah. 


Ada perancangan ke tempat lain di Malaysia? Klik SINI untuk rujukan Mama.