KelabMama

ATV, Parasailing, dan Memancing Antara Aktiviti Menarik Yang Ada di 15 Pantai Terbaik di Johor

senarai pantai best di Johor

Sekali-sekala nak lah juga ‘healing‘ dekat tepi pantai kan? Kalau Mama dah alang-alang meronda di pelbagai tempat menarik di Johor tu, kita singgah sekejap lah pantai di Johor kan.

Aktiviti menarik yang ada di pantai-pantai sekitar negeri Johor ialah mandi-manda, memancing, menaiki ATV, parasailing dan berkelah.

Jom, Mama Siti tunjukkan pantai di negeri Darul Takzim ini.

15 Pantai Yang Menjadi Tarikan Pelancong di Johor

#1 Pantai Teluk Ramunia (Kota Tinggi)

@ladolceaini

Nak picnic sini ada sediakan homestay utk sehari ya . Balik hari RM50 je gais . Mlm stay RM120 location Pengerang Teluk Ramunia ?

♬ original sound – Ladolceaini – Ladolceaini

Pantai ini terletak di kawasan perkampungan orang Melayu. Beberapa buah resort dan chalet ada di sini yang boleh dipilih sebagai tempat penginapan semasa bercuti. 

Aktiviti berkelah, memancing, sukan pantai dan sukan air antara aktiviti yang boleh dilakukan di Pantai Teluk Ramunia. 

Alamat: Pantai Teluk Ramunia, Kota Tinggi, Johor

#2 Pantai Teluk Punggai (Kota Tinggi)

Kredit gambar: Facebook

Sebuah pantai landai yang sesuai untuk bermandi-manda. Selain itu, Mama juga boleh melakukan aktiviti berkhemah, memancing dan barbeku sambil menikmati keindahan air laut bersama-sama hembusan angin yang mendamaikan. 

Alamat: Tanjung Punggai, Pengerang, Johor

#3 Pantai Batu Layar (Kota Tinggi)

Kredit gambar: Facebook

Lokasi pantai ini menjadi tumpuan pengunjung pada setiap hujung minggu. Hamparan pasir yang memutih sangat sesuai untuk Mama dan anak-anak membina istana pasir ataupun melakukan aktiviti ‘earthing’.

Alamat: Jalan Desaru- Pungai, Kota Tinggi

#4 Pantai Teluk Buih (Mersing)

Pantai Teluk Buih merupakan sebuah lokasi tersembunyi yang sesuai untuk Mama yang inginkan privasi dalam percutian. 

Walaupun ianya sebuah pantai yang tersembunyi, pelbagai kemudahan ada disini termasuklah resort, restoran dan sewaan bot memancing. 

Alamat: Pantai Teluk Buih, Mersing, Johor 

#5 Pantai Tanjung Leman (Mersing)

Kredit gambar: Orangmuo

Sepanjang minggu kita dedikasikan masa bekerja. Walaupun begitu, setiap keluarga wajib menyediakan hari bersama keluarga contohnya berkelah di Pantai Tanjung Leman. 

Airnya cetek sesuai untuk Mama dan anak-anak bermandi-manda. Ditambah pula dengan keindahan alam semula jadi menyegarkan pandangan mata. 

Alamat: Pantai Tanjung Leman, Mersing, Johor

#6 Pantai Air Papan (Mersing)

Kredit gambar: Berita Harian

Tak semua pantai ada pemandangan bukit-bukau yang menghijau. Warna airnya yang jernih dan pantainya yang landai sesuai untuk bermandi-manda dan berenang. 

Berhampiran pantai ini juga terdapat restoran makanan laut dan beberapa gerai makanan ringan yang boleh dinikmati sambil di tepi pantai. 

Alamat: Pantai Air Papan, Mersing, Johor 

#7 Pantai Teluk Mahkota (Kota Tinggi)

Kredit gambar: Kaiba Matsu

Pantai ini juga turut mendapat julukan Jason’s Bay suatu masa dahulu iaitu ketika era penjajahan. Nama pantai ini memang tidak asing lagi pada penduduk tempatan kerana ianya berhadapan dengan Laut China Selatan. 

Alamat: Sedili, Kota Tinggi

#8 Pantai Tanjung Balau

Kredit gambar: Lembaga Kemajuan Johor Tenggara

Perjalanan dari bandar Kota Tinggi ke pantai ini ialah kira-kira 49 km. Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan di Pantai Tanjung Balau termasuklah bilik mandi, surau dan chalet untuk memudahkan pengunjung yang ingin bermandi-manda. 

Alamat: Pantai Tanjung Balau, Desaru, Kota Tinggi, Johor

#9 Pantai Desaru

Buat Mama yang inginkan aktiviti selain mandi-manda dan memancing, Pantai Desaru di Kota Tinggi lah jawapannya. 

Di sini, pengunjung bakal menikmati pengalaman menaiki jet ski, banana bot, luncur angin dan parasailing. Selain itu, ada juga aktiviti go kart, jungle trekking, telematch, golf dan berbasikal.

Alamat: Pantai Desaru, 82200 Kota Tinggi

#10 Pantai Batu Layar (Kota Tinggi)

Rupanya nama Pantai Batu Layar ini diambil disebabkan banyaknya batu yang terdapat di sini. Terdapat banyak pokok-pokok rendang yang sesuai dijadikan lokasi berkelah atau ‘healing’. 

Resort penginapan, bilik seminar, restoran dan tempat barbeku (BBQ) disediakan untuk memudahkan pengunjung yang datang. 

Alamat: PTD 4045 Jalan Batu Layar, Tanjung Setajam Punggai, 81620 Pengerang, Kota Tinggi

#11 Pantai Teluk Gorek (Endau)

Kredit gambar: Facebook

“Bosan lah Mama Siti, asyik mandi laut saja. Nak aktiviti lain.”

Boleh Mama. di Pantai Teluk Gorek Mama boleh menaiki ATV di persisiran pantai. Ada juga pondok-pondok yang disediakan untuk Mama bersantai.    

Alamat: Pantai Teluk Gorek Tanjung Resang Endau Mersing

#12 Pantai Penyabong (Endau)

Kredit gambar: Flickr

Mana lagi nak rasa pantai bak Maldives dekat Malaysia ini? Jawapannya di Pantai Penyabong lah. 

Pertamanya sebab pasir yang memutih. Kedua, air lautnya jernih hingga menampakkan hidupan dalam air dan yang paling ikonik ialah bentuk pantainya yang seperti lagun. 

Tambahan pula, makanan laut yang dijual disini pun masih segar. Lagi-lagi menu ikan celup tepung. 

Alamat: Jalan Kg baru Penyabong, Kampung Penyabong, 86900 Endau, Johor 

#13 Pantai Minyak Beku (Batu Pahat)

Kredit gambar: Tripadvisor

Pantai ini ialah lokasi menarik untuk ‘kaki pancing’ menyerlahkan kemahiran memancing mereka di dalam pertandingan joran. 

Daripada pantai ini juga, Mama boleh melihat perkampungan orang asli dan cara hidup mereka. Satu lagi tarikan disini ialah posisinya yang berhadapan dengan Pulau Sialu. 

Alamat: Jalan Minyak Beku, 83000 Batu Pahat, Johor 

#14 Pantai Rambah (Pontian)

Lokasi Pantai Rambah terletak berhampiran dengan Pulau Pisang dan Kampung Perikanan Kukup iaitu hanya 8 km melalui Pontian Kechil. 

Pantai ini ialah tempat pelbagai jenis burung-burung berkicauan mengalunkan kemerduan suara masing-masing. 

Alamat: Taman Rekreasi Pantai Rambah Pontian, Johor  

#15 Pantai Punggur (Batu Pahat)

Perjalanan dari bandar Batu Pahat hanya 24 km sahaja sahaja manakala daripada Pontian Kechil mengambil jarak 42 km. 

Pantai ini dikhususkan untuk Mama yang ingin menikmati suasana di tepi laut dan bersantai di persisiran pantai di bawah pohon rendang yang ada disini. 

Alamat: Pantai Rekreasi Punggor, Kampung Punggor, 83000 Batu Pahat, Johor. 

Pantai-pantai di negeri Johor menawarkan lebih dari mandi-manda. Ada aktiviti memancing, menaiki ATV, parasailing dan berkelah yang boleh dinikmati.

Kalau macam ni, barulah boleh berehat selepas penat menjalani hidup kan. Semoga Mama dapat menikmati kunjungan di 15 pantai terbaik di negeri Johor.


Jom ke pelbagai tempat menarik di Malaysia dengan klik SINI.