KelabMama

Panduan Solat Jemaah Semasa PKPB

Alhamdulillah pihak JAWI dah bagi kelulusan supaya masjid dapat dibuka tau. Tapi, masjid atau surau terpilih yang berada di zon hijau je lah. Dan sudah semestinya ada garis panduan solat jemaah yang kita kena ikut. Tak boleh sesuka hati kita ye. Ini untuk memastikan kita masih berjaga-jaga dengan wabak yang bila-bila masa je boleh menjangkiti kita.

Mama Siti tahu ramai yang rindu nak solat berjemaah di masjid kan? Terutamanya solat Sunat Aidilfitri. Bagi yang terpilih untuk solat di masjid. Jangan lepaskan peluang ni. Tapi harus diingatkan ada garis panduan yang perlu diikut. Berikut merupakan panduan solat jemaah yang diberikan oleh pihak JAWi berkaitan solat berjemaah sewaktu tempoh PKPB.

Garis Panduan Pelaksanaan Solat Jumaat, Solat Berjemaah, Solat Tarawih Dan Solat Sunat Aidilfitri Di Masjid, Surau Jumaat Dan Surau-Surau Terpilih Di Zon Hijau, Wilayah-Wilayah Persekutuan Dalam Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

Tujuan Garis Panduan Pelaksanaan Solat Ini Dilaksanakan

Jemaah yang dibenarkan untuk sembahyang di masjid mestilah berumur 15 tahun hingga 70 tahun. Bilangan jemaah pula hanya dibenarkan diantara 3 hingga 30 orang saja.

Panduan semasa pelaksanaan sembahyang dan selepas solat yang mesti kita patuhi ketika berada di masjid ataupun surau.

Tarikh kuat kuasa garis panduan ini telah bermula pada 15 Mei 2020 bagi masjid dan surau terpilih di zon-zon hijau seluruh negara.

Diharapkan bagi siapa yang nak pergi berjemaah dekat masjid tu ikut garis panduan yang diberikan ini ya. Kalau sesiapa yang ada simptom COVID-19 tu, tolong jangan ketegaq nak ke masjid juga. Fikirkan orang lain. Semoga kita semua dibawah rahmatNya dan dilindungi oleh Allah SWT.

Sumber: JAWI

Baca Juga: Ujian Swab Covid-19 : Tak Batalkan Puasa

Pesan Mama Siti

Mama Siti harap korang jaga diri baik-baik ya masa nak ke masjid nanti sebab virus COVID-19 ni dia boleh attack sesiapa je. Pastikan korang amal penjarakan sosial ya masa dekat masjid nanti. Kalau boleh, bawa sejadah atau telekung sendiri. Balik rumah, terus basuh tangan dan mandi ye. Doakan juga semoga negara kita bebas sepenuhnya dari virus COVID-19 ni.