KelabMama

Influenza Sering Berlaku Sepanjang Tahun! Panduan Penuh Untuk Menghadapi Influenza

Nampak gayanya semua orang tengah sakit kan, Mama? Jiran ke, rakan sekerja dan anak kita sendiri! Sekarang memang musim penyakit lah Mama. Sebab itulah kita kena sentiasa berhati-hati, jaga kebersihan dan makan makanan yang berkhasiat.

Nasib baik Mama terjumpa aartikel ini! Ikuti perkongsian daripada Dr Siti Sarah Aishah, seorang Pakar Kanak-Kanak dan Pensyarah Perubatan di USIM Nilai dan Hospital Ampang. Di Twitter beliau ada kongsikan apa sebenarnya Influenza, macam mana nak cegah dan siapa yang berisiko.

Jom baca dengan lebih lanjut~

Wad Penuh Dengan Pesakit Influenza

Wad kanak-kanak di hospital kerajaan atau hospital swasta tengah penuh dengan penyakit simptom ILI (influenza like illness). Kebanyakan datang dengan penyakit akut pernafasan seperti pneumonia, bronchiolitis, viral induced wheeze, asthma attack ataupun demam sakit tekak dengan kekeringan (dehydrated).

Kredit gambar: Institusi Kesihatan Negara

Kebanyakan kanak-kanak mendapat penyakit pernafasan akut disebabkan virus Influenza ataupun RSV. Virus Influenza ni ada vaksin dan mampu dibayar oleh rakyat. RSV virus ada vaksin tapi tersangatlah mahal harganya.

Gejala Influenza

Kredit gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Secara kebiasaannya, gejala Influenza bermula 1 atau 2 hari selepas dijangkiti, dan ianya meliputi:

Bagaimana Cara Penularan Influenza?

Kredit gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Ia merebak melalui titisan salur pernafasan (respiratory droplets) apabila bercakap, batuk atau bersin. Titisan ini boleh mencemari permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada sesiapa yang memegang permukaan sebab tu kena ada etika bersin.

Kredit gambar: BBC

Golongan Berisiko Tinggi

Kredit gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Cara mencegah dengan setiap tahun vaksinasi diri anda serta anak-anak anda.

Kredit gambar: CDC

Rawatan Yang Khusus Bagi Influenza?

Ada dengan menggunakan ubat anti-viral; iaitu tertakluk kepada hasil pemeriksaan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan yang merawat. Rawatan segera adalah amat penting bagi mengelakkan komplikasi penyakit.

Kredit gambar: Kementerian Kesihatan Malaysia

Jika Mama nak baca dengan lebih lanjut tentang post ini boleh klik di link di bawah.

Aduiiii! Banyak betul penyakit yang harus kita hati-hati. Terima kasih, Dr Sarah atas semua maklumat yang telah dikongsikan! Harap-harap dengan post beliau, Mama dapat serba sedikit info tentang penyakit Influenza dan seangkatan. Itulah, Mama Siti pun cemas tengok ramai orang sakit, nak cakap COVID-19, ramai dah vaksin, harap-harap tidak berpanjangan lah sakit ni ya~

Semoga bermanfaat dan sentiasa berhati-hati!

Kredit: Twitter Siti Sarah Aishah