KelabMama

Panduan Beli Sayur Buat Suami Masa PKP

Panduan beli sayur untuk suami? Kenapa tidak? Mesti ada para suami dan papa yang panik bila kerajaan mengumumkan hanya ketua keluarga saja yang dibenarkan keluar beli barang keperluan harian sepanjang tempoh PKP ni kan? Mesti ada juga yang risau kena beli barang seorang diri tanpa ‘orang rumah’ disisi. Almaklumlah selalunya ‘orang rumah’ yang pakar dan menjadi ketua bab-bab memilih dan membeli barang keperluan ni terutamanya barang dapur.

Relaks papa, jangan risau jangan panik. Small matter je tu! Mama Siti akan tolong dan guide papa semua macam mana nak beli barang keperluan terutama sayur. Ditambah pula sayur ni ada macam-macam jenis. Warna je sama hijau tapi lain-lain jenis tau! Kita yang perempuan pun kadang kala boleh confuse, inikan pula kaum lelaki.

Mama pun tak terkecuali mesti risau bila nak suruh papa beli barang. Bagi papa yang tahu tu mudahlah kerja mama tapi macam mana bagi yang tak biasa ni? Jadi untuk mengelakkan dari berlakunya tersalah beli nanti, mama kena buat list beli barang tu kena detail dan jangan main agak-agak je tau. Orang lelaki ni kena spesifik baru dia faham nanti apa yang kena beli. Tak adalah ambil masa berjam-jam nanti masa beli barang.

Panduan Beli Sayur Buat Suami

Semoga perkongsian dari Harith Faisal ni dapat membantu para suami dalam membuat pemilihan sayur dan dalam masa yang sama para suami juga dapat belajar kenali jenis-jenis sayur. Kan best tu!

1. Daun Sup & Daun Ketumbar

Daun ketumbar biasanya lebih kembang dan batangnya lebih pendek berbanding daun sup.

Yang Kanan : Daun Sup

Yang Kiri : Daun Ketumbar

2. Halia & Lengkuas

Paling mudah untuk bezakan ialah bau. Tapi kadang2 nasib memang tak menyebelahi kita. So, selain bau, boleh tengok pada urat.

Urat lengkuas lebih jelas, urat halia macam tersorok balik kulit. Lengkuas kembangnya jarak-jarak manakala halia gemuk dan rapat-rapat.

Cara lain nak bezakan ialah tengok pada longgokan. Halia biasanya longgok tinggi sebab demand banyak, lengkuas tak ramai pakai so kedai biasanya jual sikit-sikit.

Kunyit? klu isi kuning oren-oren tu confirm dah kunyit.

Yang Kanan : Halia

Yang Kiri : Lengkuas

3. Bayam Merah & Bayam Hijau

Bayam ada 2 jenis ya, Merah dan Hijau. So, kalau isteri pesan bawak balik bayam, jangan lupa tanya nak merah ke nak hijau. Barulah up sket imej kita ni.

4. Bunga Kubis & Kubis

Kubis pun ada 2 jenis. Bila isteri pesan belikan kubis, follow up dengan soalan, “Nak kubis bunga ke kubis biasa?”

Ataupun kau speaking terus, “Do you want cauliflower or cabbage?”

Yang Kanan : Kubis

Yang Kiri : Bunga Kubis

5. Salad

Jangan salah beli. Salad orang tak buat masak lemak. Kubis orang tak buat sandwich.

6. Cili Benggala

Semua ni sama. Kalau isteri mintak beli cili benggala, jangan blur-blur. Bellpepepe, capsicum, cili benggala sama je.

7. Kailan & Sawi

Bezanya pada batang. Batang kailan keras dan bercabang. Sawi pula batangnya lembut dan bercantum di bawah. Biasanya sawi ni bawa balik, kita patah-patahkan saja batangnya dari stem.

Yang Kanan : Sawi

Yang Kiri : Kailan

8. Kucai dan Daun Bawang

Bezanya pada daun. Kucai halus-halus orang buat masak dengan char kueh teow. Daun bawang ni tebal dan lohong.

Yang Kanan : Kucai

Yang Kiri : Daun Bawang

Senang kan nak pilih sayur ni. Panduan yang dikongsi oleh Harith Faisal sedikit sebanyak dapat membantu para suami membeli barang keperluan memasak. Ingat, masa shopping nanti sentiasa amalkan social distancing dan pakai hand sanitizer. Balik dari shopping, terus mandi dulu sebelum menghampiri isteri dan anak-anak. Oh ya barang-barang yang dibeli pun jangan lupa dibersihkan dulu ye!

Semoga bermanfaat!

Sumber: Harith Faisal

BACA JUGA KETAHUI KHASIAT BUAH-BUAHAN & SAYURAN MENGIKUT WARNA

Pesanan Mama Siti

Mama Siti harap dengan perkongsian ini dapat membuka mata para suami dan papa. Bila dah habis PKP nanti, temanlah isteri bila beli barang dapur. Bawa sekali anak-anak. Pada masa yang sama, kita boleh belajar banyak benda juga. Hal dapur ni, jangan selalu serah bulat-bulat pada isteri je ye.