KelabMama

Paksa Anak Duduk Dalam Car Seat Demi Keselamatan

Saban tahun kita pernah mendengar dan membaca tentang tragedi kemalangan kanak-kanak di dalam kereta, sama ada terbunuh atau cedera akibat kurang pengawasan ibu bapa atas sebab langkah-langkah keselamatan yang longgar. Tidak hanya itu, kadangkala kita juga mendengar tentang kematian kanak-kanak yang diakibatkan oleh beg udara yang menggelembung akibat hentaman kuat berlaku pada kereta. Sudah sedia maklum, kanak-kanak yang berada di dalam kereta amat terdedah kepada kecederaan apabila berlaku kemalangan sekiranya keselamatan mereka tidak dititikberatkan.

 

KERUSI KESELAMATAN ANAK PENTING!

Statistik yang diperoleh daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), menunjukkan kematian kanak-kanak boleh dikurangkan sehingga 70 peratus (54 peratus bagi kanak-kanak berumur antara satu hingga empat tahun dan 59 peratus bagi kanak-kanak berumur antara empat hingga tujuh) menerusi penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak yang sesuai. Di negara ini biarpun penggunaan kerusi kanak-kanak masih lagi belum ‘diwajibkan’ dan dikuatkuasakan sepenuhnya, namun setakat ini kerusi keselamatan kanak-kanak merupakan cara terbaik untuk melindungi mereka termasuk boleh mengurangkan risiko cedera parah bagi bayi ketika kemalangan berlaku.

 

IKUT KESESUAIAN UMUR

Bagaimanapun, penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak sahaja dilihat tidak memadai jika tidak digunakan dengan cara yang betul. Bagi mendapatkan kerusi keselamatan yang terbaik buat kanak-kanak, ibu bapa perlu mengikuti segala garis panduan yang telah ditetapkan dalam usaha memastikan keselamatan mereka terjamin. Ibu bapa tidak perlu membazirkan duit dengan membeli kerusi keselamatan yang paling mahal hanya untuk mendapatkan yang terbaik.

Kerusi keselamatan perlu bersesuaian dengan anak-anak mengikut:

Kerusi keselamatan kanak-kanak menghadap belakang sememangnya telah direka khas untuk kanak-kanak yang berumur bawah dua tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak berisiko untuk mengalami kecederaan pada bahagian kepala atau saraf tunjang kerana tulang serta ligamen mereka masih di peringkat tumbesaran. Kerusi keselamatan kanak-kanak menghadap belakang biasanya menyokong sepenuhnya bahagian belakang badan, leher, kepala, dan pelvis bayi atau kanak-kanak kecil, memandangkan seluruh bahagian tersebut terdedah kepada kecederaan apabila berlaku kemalangan.

Apabila kanak-kanak didudukkan pada kerusi keselamatan menghadap belakang dan jika kemalangan berlaku, kepala mereka akan bergerak ke kerusi kereta yang boleh menjadi pelindung tambahan perlindungan tambahan daripada bahagian sisi.

 

TIP-TIP PEMILIHAN DAN PENGGUNAAN KERUSI KERETA

 

INFO PENTING TENTANG KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK

 

KANAK-KANAK DI MALAYSIA PERLU MENGGUNAKAN CAR SEAT BERKUAT KUASA 2019

Bagi menggelakkan kanak-kanak itu berasa selamat dan seronok, mereka harus diberi makan dan minum agar mereka kenyang dan berasa selesa terutama untuk kanak-kanak yang baharu diperkenalkan penggunaannya terutama kanak-kanak berusia setahun ke atas.  Ibu bapa perlu berusaha untuk menyediakan kenderaan dengan kerusi kereta agar keselamatan anak-anak lebih terjamin sepanjang perjalanan, selain memberi lebih keselesaan kepada ibu bapa kerana tidak perlu menghadapi kerenah anak-anak yang ‘membuas’ di dalam kenderaan. Penggunaan kerusi kereta juga sebagai langkah bersiap sedia memandangkan kerajaan juga telah berhasrat untuk menguatkuasakan penggunaan tempat duduk khas bagi kanak-kanak dan bayi di dalam kenderaan yang dijangka dilaksanakan pada 2019.

 

 

 

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan