KelabMama

7,000 Ibu Malaysia Bersuara, 100 Jenama Ibu Bapa Terpilih: Nuren Group Menghargai Pemenang di Motherhood Choice Awards 2023

motherhood choice award 2023

Motherhood.com.my, platform keibubapaan utama Malaysia di bawah Nuren Group, telah meraikan lebih daripada 100 jenama terbaik di Motherhood Choice Awards 2023 yang telah diadakan di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur pada September lalu.

Majlis anugerah ini telah diadakan khas untuk memberi penghormatan kepada jenama-jenama ibu dan bayi yang paling selamat dan inovatif yang berada dalam pasaran Malaysia. Majlis ini turut diadakan dengan kerjasama PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur sebagai Rakan Perkongsian Tempat Acara, Castle Kitchen sebagai penaja cenderamata dan BloomThis pula sebagai Penaja Sokongan sepanjang acara berlangsung.

Mengiktiraf jenama yang telah memberi sumbangan besar dalam menyokong ibu dan wanita sepanjang perjalanan keibuan, anugerah tahun ini menampilkan pencalonan merentasi pelbagai kategori termasuk penjagaan bayi, pendidikan anak-anak, dan keluarga.

Fasa pengundian yang berlangsung selama sebulan dari Mac hingga April 2023, menyaksikan penyertaan lebih 7,000 pengundi dari seluruh negara, memberikan undian mereka pada jenama yang paling dipercayai dan digemari.

Dengan lebih daripada 130,000 undian, Motherhood Choice Awards 2023 dengan bangganya menyaksikan jenama seperti PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur, Zinus, LG PuriCare, CK Bidan, Molfix Malaysia, Bmama, Fisher-Price, CryoCord, BiO-LIFE, Seriously Addictive Mathematics Babylove, Bio-oil, Blackmores, FiFFY, Coby UV, Corvan, Shapee, Panasonic dan banyak lagi, telah memenangi sebagai jenama terbaik tahun ini.

Jenama-jenama ini telah memberikan sumbangan penting kepada dunia keibubapaan, menawarkan produk dan perkhidmatan berharga yang memenuhi keperluan dan cabaran unik dalam membesarkan anak.

CEO Nuren Group, Petrina Goh merasmikan Motherhood Choice Awards 2023 dengan ucapan penghargaan.

Petrina Goh, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Nuren Group, turut mengucapkan tahniah kepada para pemenang Motherhood Choice Awards 2023 ketika acara berlangsung dan menyatakan, “Menjadi ibu bapa adalah perjalanan luar biasa yang dipenuhi dengan cabaran, memerlukan komitmen yang tidak berbelah bahagi dan keputusan yang berterusan untuk kesejahteraan anak anda. Dalam ekosistem keibubapaan yang bertenaga di Malaysia, di mana tidak ada manual arahan, sumber yang dipercayai dan produk inovatif memainkan peranan penting dalam melicinkan perjalanan ini. Ia menggembirakan melihat jenama-jenama yang berdedikasi komited untuk menyokong ibu bapa dan menjadikan perjalanan ini lebih memuaskan”.

Melangkah Dengan Lebih Baik untuk Keluarga Malaysia

Pada majlis tersebut, tiga jenama diiktiraf sebagai pemenang kehormat Anugerah Pilihan Motherhood 2022. PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur memenangi anugerah untuk Best Urban Family Hotel kerana atas dedikasinya dalam memberikan pengalaman keluarga yang luar biasa, dengan menghasilkan kenangan berharga dan berkekalan.

“Dengan rasa syukur yang tidak terhingga kami menerima Motherhood Choice Award yang terkemuka untuk Best Urban Family Hotel. Penghargaan ini mengukuhkan dedikasi kami untuk mencipta pengalaman keluarga yang luar biasa di PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur. Kami mengucapkan terima kasih yang tulus kepada Motherhood Choice Awards kerana mengiktiraf usaha kami. Anugerah ini adalah bukti komitmen kami yang tidak berbelah bahagi untuk menyediakan keluarga dengan kenangan berharga di tengah-tengah Kuala Lumpur. Kami berharap dapat meneruskan perjalanan ini dalam mencipta kenangan yang tak dapat dilupakan oleh semua tetamu kami,” kata Encik Cristian Nannucci, Pengurus Besar Kompleks PARKROYAL COLLECTION Kuala Lumpur.

Jenama global tilam dan perabot, Zinus, dianugerahkan dengan anugerah Most Comfortable Mattress, menyerlahkan dedikasi mereka dalam memberikan keselesaan dan kualiti yang tiada tandingan dalam dunia tilam.

“Kami sangat berterima kasih atas anugerah ini yang diberikan oleh Motherhood dan kepada ibu bapa yang telah mengundi untuk kami. Sebagai jenama baru di Malaysia, terutamanya dalam pasaran yang sangat kompetitif, kami sentiasa bersemangat untuk memberikan yang terbaik kepada pelanggan kami, menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti; dan memenangi penganugerahan ini memberikan pengesahan terhadap komitmen yang berterusan dalam pasukan kami terhadap kecemerlangan dan usaha untuk mencapai kegemilangan. Ini juga merupakan bukti bahawa jenama kami semakin kukuh setiap hari. Dan ia memberi inspirasi kepada kami untuk terus berusaha untuk kecemerlangan dan komitmen dalam menerobos sempadan dalam memberikan nilai yang luar biasa kepada pelanggan kami dan menjadikan jenama Zinus sebagai nama yang dikenali di Malaysia,” kata Encik Loo Yee Mun, Pengarah Zinus Malaysia.

Barisan penapis air LG Electronics, LG PuriCare, pula dianugerahkan sebagai Best Smart Home-Tankless Water Purifier. 

“Di LG Electronics, kami komited untuk meningkatkan kehidupan keluarga di Malaysia dengan sentiasa menawarkan produk yang paling selamat dan berkualiti tinggi secara konsisten. Kami sangat berterima kasih kerana dipilih oleh ibu bapa Malaysia sebagai penerima anugerah ini untuk rangkaian LG PuriCare kami, yang menekankan komitmen kami untuk menyampaikan penyelesaian termaju yang memberi keutamaan kepada keselamatan dan kesejahteraan pelanggan kami serta keluarga mereka,” kata Puan Sam Hoo, Pengurus Kanan Pemasaran LG PuriCare.

Pempengaruh Supermum 2023 Diiktiraf di Motherhood Choice Awards

20 penerima Supermum Recognition Award di Motherhood Choice Awards 2023.

Selain meraikan jenama-jenama terkemuka, seramai 20 orang momfluencers yang sangat menginspirasi juga diberikan penghormatan di Motherhood Choice Awards 2023, termasuk Yuyu, Wendyiyi Lee, dan Sunn Stephanie.

Supermum influencers  ini adalah daripada komuniti Ibuencer.com di bawah naungan Nuren Group, yang sentiasa berhubung dan memperkasakan ibu-ibu di seluruh Malaysia.

Dengan kehadiran mereka yang sentiasa merancakkan pelbagai platform media sosial, mereka membuka perbincangan tentang topik-topik penting seperti penjagaan diri, keseimbangan kerja-hidup, kesihatan mental dalam kalangan ibu-ibu, dan banyak lagi. 

Dalam majlis ini juga, selebriti terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya dengan bangganya dianugerahkan Super Parents Recognition Award atas sumbangan penting mereka kepada komuniti ibu bapa Motherhood. Mereka telah memberikan contoh yang cemerlang kepada ibu bapa lain, menekankan kepentingan menjaga dan memastikan kesejahteraan anak-anak.

Sesi sidang media bersama Petrina Goh (kiri), pasangan Duta Jenama Molfix, Scha Al-Yahya dan Awal Ashaari (tengah), Joanne Wong dan Connie dari Molfix Malaysia (pertama dan kedua dari kanan).

Acara ini juga memberi penghargaan kepada panel pakar, termasuk pakar kesihatan dan pemakanan dari pelbagai industri, yang telah memainkan peranan penting dalam komuniti Motherhood dengan memberikan pandangan dan sokongan berharga kepada rangkaian ibu bapa yang meluas di Malaysia.

“Saya sangat berbesar hati menerima Motherhood Choice Awards sebagai salah satu Panel of Experts. Perjalanan setiap keluarga adalah unik dan istimewa, dan saya sangat bersyukur atas peluang ini untuk memainkan peranan dalam membentuk pengalaman-pengalaman tersebut. Anugerah ini hanya meningkatkan minat saya untuk terus memberikan panduan pemakanan yang luar biasa untuk menyokong perjalanan indah ibu-bapa,” kata Jayden Lee, Pakar Pemakanan & CEO Verdulife Sdn Bhd.

Acara tersebut menarik lebih daripada 300 tetamu, termasuk wakil-wakil jenama dari pelbagai industri, influencer Supermum, rakan media, dan rakan kongsi Nuren Group. Perhimpunan ini tidak hanya meraikan pencapaian cemerlang tetapi juga memupuk persekitaran rangkaian yang bertenaga, memberikan peluang berharga kepada peserta untuk berhubung dan bekerjasama. Dalam ekosistem keibuan yang berkembang pesat di Malaysia, ia membuka jalan bagi pemimpin industri, wakil-wakil jenama, dan mom influencers untuk menjalin kerjasama baru.

“Pada dasarnya, Motherhood Choice Awards 2023 bukan sekadar majlis dan anugerah; ia mewakili komitmen kami untuk memperkasakan ibu, memberikan mereka suara, dan meraikan pilihan mereka. Di Nuren Group, kami berdedikasi untuk mencapai kecemerlangan dan mendorong sempadan dalam industri yang unik dan berkembang ini,” tambah Petrina.

Menyedari kuasa transformatif keibubapaan, Motherhood berdedikasi untuk menyediakan sokongan, sumber-sumber penting, dan membangunkan komuniti yang penyayang kepada ibu bapa. Dengan menggabungkan pakar, ibu bapa, dan penjaga melalui usaha mereka, Motherhood berharap dapat menggalakkan pertukaran pandangan dan pengetahuan untuk memupuk ekosistem yang lebih kukuh dan penyokong semua ibu bapa.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Motherhood Choice Awards 2023, anda boleh layari https://www.motherhood.com.my/motherhood-award-2023. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Motherhood Parenting SuperApp, sila muat turun SuperApp di sini: http://www.motherhood.com.my/superapp/.

Berikut merupakan senarai pemenang Motherhood Choice Awards 2023:

Senarai Pemenang Motherhood Choice Awards 2023

Jenama/ProdukKategori Anugerah
PARKROYAL COLLECTION Kuala LumpurBest Urban Family Hotel
ZinusMost Comfortable Mattress
LG PuriCareBest Smart Home-Tankless Water Purifier
CK BidanBest Prenatal & Postnatal Wellness Service
Molfix Pull Up DiaperBest Comfort Plus Award
Molfix Tape DiaperUltra-Absorbent Baby Tape Diaper Award
PanasonicBest Anti-microbial Air Purifier System for Odor and Air Quality
FIFFYBest Baby Laundry Detergent
Smart Reader KidsBest Preschool Programme
Bmama MaternityBest Maternity Wear
The Little GymBest Enrichment Centre
CorvanBest Home Cleaning Appliances
Bio-OilBest Scar and Stretch Mark – Natural Product
Seriously Addictive MathematicsBest Math Enrichment Programme
Fisher-Price Baby’s First BlocksBest Baby Developmental Toy
Fisher-Price Deluxe Kick PlayBest Baby Playmat
Natu FoodiesBest Nutritious Baby Rice Puff
Agabom1st Premium Ergonomic Baby Diaper
LufgitterBest Baby Bedding Brand
Coby UVBest LED UV Sterilizer
BlackmoresBest Family Supplement Brand
Shapee iNVI Nursing Air BraBest Support and Comfort Nursing Bra
Genius AuladBest Islamic Early Childhood Education
IDRISS International SchoolBest Private International School
Sekolah TintaBest National Curriculum Private School
CARRIE JuniorBest Kids Hair & Body Wash
CARRIE BacBusterBest Kids Anti-Bacterial Hair & Body Wash
Baby CARRIEBest Baby Head to Toe
BabyloveBest Baby Mattress
BabyloveBest Baby Cot
BiO-LiFE Kid’s Colostrum + Multivitamins & MineralsBest Children’s Supplement
BiO-LiFE A.B. Junior Pre & ProbioticsBest Children’s Probiotics
BiO-LiFE A.B. Adult Gold Pre & ProbioticsBest Adults’ Probiotics
CryoCordBest Stem Cell Bank