KelabMama

Novo Nordisk Lancar Ubat Obesiti Wegovy® (Semaglutide 2.4mg) (MAL24126014AZ) di Malaysia: Kemajuan Penting dalam Usaha Tangani Obesiti dan Individu Menghidapi Berat Badan Berlebihan

Novo Nordisk Malaysia

Novo Nordisk hari ini mengumumkan ketersediaan Wegovy® (semaglutide 2.4 mg) (MAL24126014AZ) di Malaysia, iaitu pilihan rawatan tambahan bagi dewasa yang menghidapi obesiti dan berat badan berlebihan serta mempunyai sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan dengan berat badan. Pelancaran ini dibuat berlandaskan kebimbangan yang kian meningkat dari sudut kesihatan, dengan data terkini daripada Tinjauan Kebangsaan Morbiditi dan Kesihatan (National Health and Morbidity Survey, NHMS) 2023 mendedahkan bahawa hampir 54.4% orang dewasa di Malaysia dikategorikan mempunyai berat badan berlebihan atau obesiti. 1

Obesiti ialah penyakit yang dikaitkan dengan lebih 200 potensi komplikasi kesihatan, menjadikannya penyakit ‘pintu masuk’ kepada penyakit yang lebih serius seperti diabetes tahap 2 dan penyakit kardiovaskular. 2 Keadaan-keadaan ini memberikan kesan yang besar terhadap jangka hayat serta kualiti hidup seseorang. 2,3  

Wegovy® (semaglutide 2.4 mg) ialah ubat suntikan mingguan yang berfungsi dengan meniru hormon semula jadi GLP-1 yang dilepaskan oleh usus selepas makan. Mekanisme ini menyasarkan bahagian tertentu dalam otak yang mengawal rasa lapar dan keinginan untuk makan, sekali gus menjadi pilihan rawatan berkesan bagi individu yang berdepan dengan kesukaran mengawal berat badan4. Rawatan ini ditunjukkan sebagai tambahan kepada diet rendah kalori dan peningkatan aktiviti fizikal untuk pengurusan berat badan, termasuk penurunan berat badan dan pengekalan berat badan pada orang dewasa yang mempunyai Indeks Jisim Tubuh (BMI) ≥30 kg/m2 atau ≥27 kg/m2 hingga <30 kg/m2 dengan kehadiran sekurang-kurangnya satu komorbiditi berkaitan berat badan seperti disglisemia (pradiabetes atau diabetes mellitus jenis 2), hipertensi, dislipidemia, apnea tidur obstruktif atau penyakit kardiovaskular. 5,6,7,8 Wegovy® membantu individu yang hidup dengan obesiti mencapai penurunan berat badan ≥20%. Selain itu, rawatan dengan semaglutide menunjukkan pengurangan jisim lemak yang lebih besar berbanding jisim tanpa lemak sekali gus membolehkan penurunan berat badan yang berkualiti.

Dr. Praful Chakkarwar, Pengurus Besar Novo Nordisk Malaysia, berkata, “Hari ini menandakan detik penting dalam komitmen kami untuk memacu transformasi landskap penjagaan kesihatan di Malaysia. Dengan Wegovy®, kami akan memperkenalkan satu ubat penurunan berat badan yang berkesan untuk menyokong pesakit dalam perjalanan kesihatan mereka. Rawatan inovatif ini bertujuan untuk mentakrif semula pendekatan kami terhadap pengurusan obesiti dan terletak di tengah-tengah strategi jangka panjang yang lebih luas: penyelidikan klinikal tempatan, kerjasama korporat, set alat komuniti, inisiatif dalaman dan platform awam seperti Truth About Weight.”

Profesor Dr. Rohana Abdul Ghani, Pakar Perundingan Endokrinologi dan Presiden Persatuan Obesiti Malaysia (MYOS), menekankan bahawa obesiti adalah satu kondisi yang kompleks, dan jauh lebih daripada sekadar isu kemahuan diri atau pilihan gaya hidup. “Obesiti merupakan keadaan biologi, tingkah laku dan persekitaran, serta bukan sekadar akibat kekurangan disiplin atau pilihan gaya hidup yang buruk. Malangnya, ia sering disalahertikan, menyebabkan rasa bersalah dan stigma dalam kalangan mereka yang terjejas. Halangan emosi dan sosial ini boleh menjadikan pengurusan berat badan yang berkesan semakin mencabar. Dengan menggabungkan terapi perubatan dengan pendidikan, empati dan penjagaan multidisiplin, kita dapat menggalakkan pendekatan holistik — iaitu pendekatan yang membina ketahanan, mengurangkan stigma, dan menggalakkan individu untuk mencapai peningkatan kesihatan yang berterusan.”  

Profesor Emeritus Dr. Chan Siew Pheng, Pakar Runding Endokrinologi, menekankan betapa pentingnya pendekatan kolaboratif dalam pengurusan obesiti: “Pengurusan obesiti yang berkesan memerlukan dorongan daripada pasukan multidisiplin profesional penjagaan kesihatan, termasuk doktor, pakar pemakanan, pendidik jururawat, ahli fisioterapi dan profesional kesihatan mental untuk memberikan penjagaan holistik dan bersepadu yang memenuhi pelbagai keperluan individu ini. Adalah penting untuk menangani stereotaip umum iaitu obesiti hanyalah isu gaya hidup, kerana pandangan sedemikian boleh menyebabkan individu yang bergelut dengan isu berat badan menyalahkan diri mereka sendiri. Selain itu, perlu difahami bahawa apabila seseorang menurunkan berat badan, perubahan metabolik akan berlaku dan cenderung menyebabkan peningkatan berat semula, sekali gus menegaskan bahawa perjalanan ini memerlukan pemahaman yang lebih mendalam tentang tindak balas tubuh terhadap penurunan berat badan. Dengan menggabungkan ubat-ubatan dengan pendekatan diet dan gaya hidup yang diperibadikan, kita dapat meningkatkan hasil rawatan dengan ketara serta menyokong individu dalam perjalanan kesihatan mereka. ”

Dato’ Sri Dr. Azhari Rosman, Pakar Perunding Kardiologi Kanan / Pengarah Jabatan Pengalaman Pelanggan menekankan hubungan langsung antara obesiti dan kesihatan kardiovascular dengan berkata, “Hubungan antara obesiti dan penyakit jantung tidak boleh diabaikan. Melaksanakan strategi pengurusan obesiti yang berkesan adalah penting untuk meningkatkan hasil kesihatan secara menyeluruh.”

Novo Nordisk Malaysia kekal komited untuk mengubah kehidupan individu yang terjejas akibat penyakit kronik serta cabaran yang berkait dengannya. Syarikat ini bertekad untuk menggalakkan masa depan yang sihat bagi jutaan rakyat Malaysia dan bekerjasama bagi membuka lembaran baharu dalam penjagaan kesihatan. 

Rujukan

  1. Institute for Public Health, National Institutes of Health, Ministry of Health Malaysia. (2025, March 19). National Health and Morbidity Survey (NHMS) 2023 fact sheet: Non-communicable diseases & healthcare demand [PDF]. https://iku.gov.my/images/nhms2023/fact-sheet-nhms-2023.pdf 
  2. Khunti, K., Schnecke, V., Haase, C. L., Harder-Lauridsen, N. M., Rathor, N., Sommer, K., & Morgen, C. S. (2023). Weight change and risk of obesity‐related complications: A retrospective population‐based cohort study of a UK primary care database. Diabetes, Obesity and Metabolism, 25(9), 2669–2679. https://doi.org/10.1111/dom.15154 
  3. Balasundaram, P., & Daley, S. F. (2025). Public health considerations regarding obesity. In StatPearls. StatPearls Publishing. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK572122/
  4. Novo Nordisk. (2021). Wegovy (semaglutide) injection, for subcutaneous use: Prescribing information. U.S. Food and Drug Administration. https://www.accessdata.fda.gov/drugsatfda_docs/label/2021/215256s000lbl.pdf
  5. Wilding, J. P. H., Batterham, R. L., Calanna, S., Davies, M., Van Gaal, L. F., Lingvay, I., McGowan, B. M., Rosenstock, J., Tran, M. T. D., Wadden, T. A., Wharton, S., Yokote, K., Zeuthen, N., & Kushner, R. F. (2021). Once-weekly semaglutide in adults with overweight or obesity. New England Journal of Medicine, 384(11), 989–1002. https://www.nejm.org/doi/full/10.1056/NEJMoa2032183 
  6. Wadden, T. A., Bailey, T. S., Billings, L. K., Davies, M., Frias, J. P., Koroleva, A., Lingvay, I., O’Neil, P. M., Rubino, D. M., Skovgaard, D., Wallenstein, S. O. R., & Garvey, W. T. (2021). Effect of subcutaneous semaglutide vs placebo as an adjunct to intensive behavioral therapy on body weight in adults with overweight or obesity: The STEP 3 randomized clinical trial. JAMA, 325(14), 1403–1413. https://doi.org/10.1001/jama.2021.1831 
  7. Rubino, D., Abrahamsson, N., Davies, M., Hesse, D., Greenway, F. L., Jensen, C., Lingvay, I., Mosenzon, O., Rosenstock, J., Rubio, M. A., Rudofsky, G., Wadden, T., & Wilding, J. P. H. (2021). Effect of continued weekly subcutaneous semaglutide vs placebo on weight loss maintenance in adults with overweight or obesity: The STEP 4 randomized clinical trial. JAMA, 325(14), 1414–1425. https://jamanetwork.com/journals/jama/fullarticle/2777886  
  8. Novo Nordisk. (2025). Wegovy (semaglutide) injection, for subcutaneous use: Prescribing information. Retrieved from https://www.novo-pi.com/wegovy.pdf 

Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Ketahui lebih banyak acara dan berita trending sekarang untuk Mama Papa DI SINI!