KelabMama

Novartis Malaysia dan Rakan Kerjasama Memperkenalkan Buku dan Aplikasi untuk Menjadikan Penjagaan Kanser Payudara Lebih Mesra Pesakit

Majlis Pelancaran buku Living Well, Living Longer oleh Novartis Malaysia dan rakan kolaborasi 2025

Sempena Pinktober, Novartis Malaysia bersama komuniti pesakit dan pakar kesihatan memperkenalkan buku Living Well, Living Longer. Buku ini menghimpunkan kisah pesakit, penjaga, anggota kesihatan, dan pejuang advokasi untuk memberi semangat serta memupuk sokongan kepada komuniti kanser payudara di Malaysia.

Lebih Daripada Rawatan: Menangani Jurang Dalam Penjagaan Kanser Payudara

[Dari kiri ke kanan] Puan Kim Lim, Presiden Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Encik Sanjeev Balachandran, Presiden Negara Novartis Malaysia, Brunei dan Pasaran Asia yang Sedang Membangun (AEM) Puan Mahani Kassim, Presiden Pink Unity, di bawah Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) bersama-sama merasmikan pelancaran Living Well, Living Longer, sebuah buku meja kopi yang menghimpunkan kisah pesakit, penjaga, dan advokat bagi menonjolkan perjalanan bersama komuniti kanser payudara di Malaysia.

Sebagai tambahan, Novartis memperkenalkan Aplikasi ICanCare, platform digital yang dibangunkan bersama kumpulan advokasi pesakit. Aplikasi percuma ini boleh dimuat turun dari App Store dan Google Play untuk membantu pesakit dan penjaga dengan maklumat rawatan, bimbingan emosi, dan perkhidmatan kaunseling.

Mengapa ia Penting

Kanser payudara merupakan isu kesihatan yang signifikan di Malaysia, dengan sebilangan pesakit mendapatkan rawatan pada peringkat lanjutan penyakit serta menghadapi cabaran dalam mendapat diagnosis awal dan akses yang seragam kepada sokongan menyeluruh.

Berdasarkan kadar kelangsungan hidup lima tahun untuk kanser payudara di Malaysia adalah dianggarkan sekitar 67 peratus[1] sahaja, berbanding lebih 80 hingga 90 peratus di beberapa negara maju.

Gabungan penceritaan secara analog dan sokongan digital ini bertujuan untuk merapatkan jurang, meningkatkan kesedaran, menyokong kesejahteraan emosi, serta menyediakan pesakit dan penjaga dengan sumber yang boleh dipercayai dan mudah difahami.

Inisiatif ini, yang merangkumi pelbagai peringkat daripada rawatan sehingga fasa kelangsungan hidup, merupakan komponen penting dalam sokongan berterusan Novartis terhadap matlamat Pelan Strategik Kebangsaan bagi Program Kawalan Kanser[2].

Membina Ekosistem Penyokong

[Dari kiri ke kanan] Dr. Mastura Md Yusof, Pakar Onkologi Klinikal, Hospital Picaso & Penasihat Teknikal, Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), Dr. Vignesvari Subramaniam, Timbalan Pengarah, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM) Melissa Hon, Ketua Komunikasi & Advokasi Pesakit, Novartis Malaysia dan Brunei (moderator), ketika sesi Navigating Breast Cancer: Healing, Hope and Action, perbincangan terbuka yang meneliti pandangan klinikal, perspektif advokasi, dan pendekatan berpusatkan pesakit dalam menangani cabaran kanser payudara di Malaysia serta membina sistem penjagaan kanser yang lebih bersepadu.
Encik Sanjeev Balachandran, Presiden Negara Novartis Malaysia, Brunei dan Pasaran Asia yang Sedang Membangun (AEM), menyampaikan ucapan alu-aluan sambil menegaskan peranan Novartis Malaysia sebagai rakan dipercayai dalam ekosistem penjagaan kanser payudara.

“Terpahat di sanubari misi kami ialah komitmen yang teguh untuk memperbaiki dan memanjangkan hayat rakyat Malaysia,” Kata Sanjeev Balachandran, Country President of Novartis Malaysia, Brunei and Asia Emerging Markets (AEM).

“Dalam tempoh tiga tahun ini, kerjasama ini telah menyantuni lebih 2,000 pesakit dan penjaga, tetapi masih ramai yang perlukan bantuan. Melalui buku meja kopi Living Well, Living Longer serta Aplikasi ICanCare, kami berusaha memajukan penjagaan kanser payudara secara holistik dengan meningkatkan kesedaran masyarakat dan menyediakan akses kepada sokongan emosi, maklumat penyakit yang relevan mengikut lokaliti, serta pelbagai sumber rujukan.

Inisiatif ini bertujuan memastikan setiap pesakit kanser payudara memperoleh sokongan menyeluruh untuk membantu mereka menjalani kehidupan yang lebih baik dan sejahtera.

Antara ciri utama Aplikasi ICanCare ini ialah pilihan kaunseling psikososial, yang disediakan oleh Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (National Cancer Society Malaysia, NCSM).

Kol.Bersekutu (PA) Prof Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Urusan NCSM, menjelaskan: “Sokongan emosi boleh jadi sama penting dengan rawatan perubatan kerana ia turut membentuk perjalanan pemulihan pesakit. Pemerkasaan ini bermula dengan empati – mendengar, memahami, dan menemani perjalanan hidup pesakit mengharungi cabaran. Alat seperti buku eksklusif ini dan eAplikasi ICanCare menjadi jambatan yang menghubungkan pesakit dengan ilmu, sokongan, dan harapan.”

Selain manfaat kepada pesakit dan penjaga, penyelesaian yang mampan juga perlu mengambil kira cabaran yang dihadapi oleh anggota penjagaan kesihatan.

Pameran seni yang dipamerkan, In Her Shoes: A Reflective Welcome Experience, menggambarkan perjalanan emosi para pejuang kanser payudara — daripada perasaan takut, bimbang, dan kesunyian kepada rasa syukur, harapan, dan pemerkasaan.

“Kami terus melihat ramai pesakit kanser payudara di Malaysia hadir dengan kanser payudara peringkat lewat disebabkan kurangnya kesedaran, akses terhad kepada pengesanan awal, serta cabaran untuk pesakit menavigasi sistem penjagaan kesihatan yang kompleks,” kata Dr. Mastura Md Yusof, Pakar Perunding Onkologi Klinikal di Hospital Picaso dan Penasihat Teknikal bagi Breast Cancer Welfare Association (BCWA) Malaysia, pada majlis tersebut.

“Namun, disebabkan kekangan masa dan sumber, adalah sangat sukar bagi pakar onkologi untuk menyokong pesakit melebihi diagnosis dan terapi. Platform perkongsian pengalaman seperti Living Well, Living Longer serta sumber maklumat yang boleh dipercayai seperti Aplikasi ICanCare menjadi semakin penting.

Satu gerakan berterusan, bukan untuk seketika Pelancaran itu melanjutkan inisiatif berasaskan kerjasama seperti Gift of Time, siri program berfokuskan pesakit yang meraikan semangat juang dan ketahanan emosi mereka.

Novartis Malaysia mengalu-alukan lebih ramai rakan seperjuangan dalam ekosistem ini untuk bersama-sama membina pendekatan penjagaan kanser payudara yang lebih bersepadu, penyayang dan berteraskan pesakit.

Wakil daripada Novartis Malaysia, Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), Persatuan Kebajikan Kanser Payudara Malaysia (BCWA), para advokat kanser payudara, profesional kesihatan serta para pesakit kanser payudara yang telah sembuh hadir ke pelancaran Living Well, Living Longer, meraikan suara dan kisah daripada seluruh komuniti kanser payudara.

Mengenai buku Living Well, Living Longer dan Aplikasi ICanCare

Rujukan

  1. Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS). (2023). IDEAS report on breast cancer care urges the government to address gaps in detection, diagnosis and treatment to urgently save lives. https://www.ideas.org.my/ideas-report-on-breast-cancer-care-urges-the-government-to-address-gaps-in-detection-diagnosis-and-treatment-to-urgently-save-lives/
  2. Ministry of Health Malaysia. (2021). National Strategic Plan For Cancer Control Programme. National_Strategic_Plan_for_Cancer_Control_Programme_2021-2025.pdf

Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian pakar yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Masih banyak lagi info kesihatan yang Mama Papa boleh explore, di SINI.