SharkNinja Malaysia, sebuah syarikat reka bentuk produk dan teknologi global serta pencipta Ninja CRISPi™, Ninja CREAMi™ dan Ninja SLUSHi™ yang viral, hari ini memperkenalkan Ninja CRISPi Pro Countertop Glass Air Fryer (AS101) — menawarkan pengalaman memasak yang nyata berbeza. Sedia, masak, hidang dan simpan makanan dalam bekas kaca yang sama, sambil memantau proses memasak dari setiap sudut menerusi keterlihatan kaca 360°.
Air fryer memudahkan urusan memasak, namun hasil masakan yang tidak sekata, makanan yang tidak dapat dilihat ketika dimasak serta proses pembersihan yang menyusahkan masih menjadi kekangan. Ninja CRISPi Pro direka khusus untuk mengatasi masalah ini.
Menurut kajian pengguna^, 74% pembelian air fryer didorong terutamanya oleh keinginan menyediakan hidangan dengan lebih cepat, mudah dan sihat. Antara faktor utama yang mempengaruhi keputusan pembelian pula ialah kemudahan penggunaan (53%), saiz/kapasiti (53%), prestasi memasak (42%) dan kemudahan pembersihan (36%).
^Tinjauan Ujian Konsep Ninja CRISPi dijalankan pada Januari 2026 melibatkan 313 responden lelaki dan wanita berumur antara 25 hingga 50 tahun di Malaysia, dengan pendapatan isi rumah bulanan (MHI) ≥ RM14,000 atau pendapatan isi rumah individu bujang ≥ RM9,000.
Teknologi Precision AirFlow untuk Tekstur Rangup dan Isi yang Berjus
Udara panas berkelajuan tinggi beredar secara sekata di dalam bekas untuk hasil masakan yang cepat dan konsisten. Dengan kuasa pemanasan 2050W serta kawalan suhu boleh laras daripada 40°C hingga 240°C, Ninja CRISPi Pro mampu mengendalikan pelbagai kaedah memasak — daripada proses Prove dan Dehydrate pada suhu rendah hinggalah Roast bersuhu tinggi dan Max Crisp.
Ayam goreng menjadi keemasan dan rangup, satay lembut dan karamel, ayam panggang kekal berjus, ikan asam masak sempurna dengan tekstur lembut, manakala kek dibakar sekata dari hujung ke tengah.
Enam Cara Memasak Tanpa Kompromi
Enam fungsi Air Fry, Max Crisp, ReCrisp, Roast, Bake/Prove dan Dehydrate merangkumi pelbagai hidangan, daripada sajian mamak kegemaran ramai dan hidangan Barat hinggalah memanaskan semula makanan lebihan agar kembali rangup.
Tiada prapemanasan diperlukan, jadi proses memasak boleh dimulakan serta-merta. Unit akan berhenti seketika secara automatik apabila bekas kaca dikeluarkan untuk menggaul makanan, kemudian menyambung semula proses memasak sebaik sahaja bekas dipasang kembali dengan kemas.
Satu Bekas Kaca, daripada Penyediaan Hingga Hidangan dan Penyimpanan
Bekas kaca borosilikat CleanCrisp™ yang bebas salutan dan PFAS-free tahan terhadap kejutan haba serta boleh digunakan terus dari peti sejuk beku ke air fryer, kemudian dihidangkan di meja tanpa risau sebab ia menggunakan kaki tapak yang selamat diletakkan di atas kaunter dan pemegang yang mudah digenggam.
Bekas kaca, pinggan crisper dan penutup penyimpanan BPA-free yang tahan kebocoran semuanya selamat dicuci menggunakan mesin pencuci pinggan mangkuk. Kurang pemindahan makanan, kurang peralatan digunakan dan kurang kerja mencuci.
Kapasiti XL dengan Fleksibiliti untuk Kegunaan Harian
Dua bekas kaca CleanCrisp™ yang boleh saling ditukar disertakan: bekas XL 5.7L yang cukup besar untuk memanggang seekor ayam seberat 3.4kg atau membakar kek bersaiz 8 inci, serta bekas 2.3L untuk hidangan kecil dan lauk sampingan.
Tapak modular keluli tahan karat boleh dilaraskan agar sesuai dengan bekas 2.3L, 3.8L dan 5.7L, membolehkan isi rumah menyediakan hidangan untuk seorang mahupun jamuan seisi keluarga menggunakan satu sistem. (Bekas Kaca CleanCrisp™ 3.8L dijual berasingan.)
Direka untuk Memasak Tanpa Bahan Toksik
Semua permukaan yang bersentuhan dengan makanan direka tanpa PFAS dan PTFE. Makanan dimasak di dalam bekas kaca borosilikat, manakala pinggan crisper aluminium menggunakan salutan nano-seramik PFAS-free — menawarkan permukaan memasak daripada kaca, berbeza daripada laci air fryer tradisional yang bersalut.
Gaya yang Melengkapi Dapur Anda
Ninja CRISPi Pro ditawarkan dalam empat warna: Ash Grey, Bone White, Cyberspace dan Rose Quartz.
Kandungan di dalam kotak: unit air fryer 2050W, bekas kaca CleanCrisp™ 5.7L dan 2.3L, dua pinggan crisper tanpa lekat, dua penutup penyimpanan, tapak modular yang boleh dipindahkan dan panduan resipi. Produk ini disertakan waranti selama 1 tahun.
Bagi meraikan pelancaran ini, kempen “Full Flavour. Deliciously Done.” akan berlangsung mulai November 2026 dengan kerjasama 70 pencipta kandungan daripada kategori makro, mid dan mikro. Ikuti @ninjakitchenMY dan hashtag #NinjaCRISPiProMY di Instagram dan TikTok untuk mendapatkan resipi serta inspirasi masakan.
Ninja CRISPi Pro Countertop Glass Air Fryer (AS101) akan mula dijual pada 29 Oktober 2026 pada harga RM1,599 menerusi SharkNinja.my dan peruncit barangan elektrik utama di Malaysia — termasuk Harvey Norman, Best Denki, TBM, ESH, Courts dan XamMax — serta secara dalam talian di Shopee dan Lazada.
TAWARAN PELANCARAN — Percuma Bekas Kaca Ninja CleanCrisp™ 2.3L Medium (bernilai RM149.99) dengan setiap pembelian, sementara stok masih ada.
Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta petua yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Kelab Mama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.
Dapatkan lebih banyak tips tentang keibubapaan untuk Mama Papa DI SINI!
