KelabMama

Nikmati Pelbagai Makanan Kegemaran Anda Dalam Satu Caj Penghantaran Sahaja Dengan “Order and Collect”

Tenang rasa hati apabila keadaan pandemik COVID-19 di negara kita sudah semakin pulih. Walau bagaimanapun, Mama semua harus sentiasa berwaspada dan jangan terlalu ambil mudah kerana virus tersebut sebenarnya masih aktif di sekeliling kita. Adalah lebih baik untuk kita kekal di rumah sekiranya tidak ada perkara penting untuk dilakukan. Lebih-lebih lagi buat Mama yang mempunyai anak kecil atau ibu bapa yang tinggal bersama. 

Sekiranya Mama ingin mendapatkan beberapa barangan keperluan, Mama boleh menggunakan kemudahan perkhidmatan yang ditawarkan terus dari mall untuk seisi keluarga hanya di hujung jari! 

Untuk pengetahuan Mama, Sunway Pyramid baru sahaja menaik taraf kempen “Order and Collect” mereka, dimana para pelanggan boleh menikmati penghantaran makanan dari 40 kedai F&B yang mengambil bahagian di Sunway Pyramid. Apa yang bestnya, anda boleh mendapatkan makanan dan minuman kesukaan anda dalam hanya satu pesanan dan satu caj penghantaran sahaja! 

Dengan kerjasama MatDespatch, Sunway Pyramid kini membantu para pembeli menikmati makanan dari beberapa restoran dalam satu penghantaran untuk kemudahan tambahan.

Dapatkan juadah mi mahupun secawan latte panas bersama sekeping kek, Mama dan seisi keluarga boleh membuat pesanan apa sahaja makanan yang anda teringin dan rindui. Bermula dari 25 Jun hingga 17 Julai 2021, anda boleh memesan pelbagai aneka makanan melalui laman rasmi Sunway Pyramid demi memenuhi keinginan anda!

Antara restoran dan outlet makanan dan minuman yang mengambil bahagian adalah Kenny Rogers, Sunway Resort Hotel & Spa, Salad Atelier, Subway, Dar Al-Arab, Dolly Dim Sum, The Alley, Tiger Sugar, dan banyak lagi. Restoran-restoran ini juga ada menawarkan makanan set kombo/keluarga pada harga yang berpatutan. 

Set ‘Entertaining- Grill & Spice’ (untuk 3-4 orang) di Sunway Resort Hotel & Spa

Bonus Berganda dengan “Order and Collect”

Dalam pada itu, para pengguna yang menggunakan perkhidmatan “Order and Collect” sepanjang bulan pertama boleh menikmati penghantaran percuma bermula 25 Jun hingga 26 Julai 2020 dengan pembelian minimum RM20. Anda juga bakal menerima 5x mata ganjaran Sunway Pals dan kod promo RM5 bagi resit pembelian anda.

Penghantaran Yang Selamat & Bersih oleh MatDespatch 

Penghantaran akan dilakukan di sekitar kawasan Lembah Klang, lengkap dengan caj penghantaran mengikut lokasi.

Mama juga tidak perlu risau dengan sistem penghantaran makanan dan minuman yang telah dipesan. Dengan kerjasama bersama khidmat penghantaran tempatan MatDespatch, semua pesanan para pelanggan akan mengikuti praktis keselamatan dan kebersihan yang ketat, sama seperti yang telah diwartakan untuk makanan dan minuman di setiap restoran.

Buat masa sekarang, penghantaran dilakukan di kawasan sekitar Lembah Klang dan harga penghantaran bermula dari RM7 (bergantung kepada lokasi). Harga penghantaran akan dikira dan dipamerkan semasa Mama hendak membuat pembayaran. 

Untuk memperluas kemudahan ini, pengguna yang menggunakan khidmat ‘Order and Collect’ dalam bulan pertama dapat menikmati penghantaran percuma dari 25 Jun hingga 26 Julai 2020 dengan perbelanjaan minimum RM20, menerima 5X mata ganjaran Sunway Pals dan kod promo RM5 bagi resit pembelian anda.

Kempen “Order and Collect” ini baru pertama kali dilancarkan di Sunway Pyramid, dan dalam perancangan untuk memperkenal inisiatif yang sama di Sunway Malls yang lain sepanjang tahun ini dan 2021. Mama juga boleh mengambil sendiri pesanan anda (seperti ‘drive-thru’) kerana restoran yang terlibat masih aktif menjalankan sistem “Order and Collect”. 

Jadi apa tunggu lagi. Jom penuhi kerinduan dan keinginan Mama sekeluarga dengan memesan makanan dan minuman terus dari restoran kegemaran anda di laman rasmi Sunway Pyramid Mall hari ini.