KelabMama

Berseronok Bersama ‘Slime’ di Nickelodeon Slime Time @ Sunway Pyramid

Akhirnya cuti sekolah untuk penggal pertama 2019 bakal tiba! Dalam keadaan cuaca yang panas sejak akhir-akhir ini, KelabMama nasihatkan ibu bapa luangkan masa bersama anak-anak di kawasan yang tertutup sahaja. Bermula cuti sekolah ini, anak-anak anda boleh merasai pengalaman baru yang menyeronokkan di Nickelodeon Slime Time yang bakal berlangsung di Sunway Pyramid Shopping Centre!

Buat julung kalinya di Malaysia, Sunway Pyramid bakal merealisasikan impian si kecil anda dengan mengadakan acara Slime yang unik dan interaktif! Nickelodeon Slime Time bakal memberikan pengalaman baru anak-anak! Anak-anak anda boleh bermain dan melalui pelbagai pengalaman baru dengan menyertai pelbagai akviti menarik yang telah disediakan.

Acara Nickelodeon Slime Time yang pertama menanti semua peminat slime di luar sana!

Dengan menggunakan Slime sebagai tema acara ini, anak-anak anda bakal bermain pelbagai aktiviti dalam dua jenis keadaan – bersih dan kering, atau lasak tetapi dilumuri Slime! Di Nickelodeon Slime Time, anak-anak anda boleh mencuba pelbagai jenis aktiviti – ‘Slime Shower’, ‘Slime Escape Room’, ‘Slime Blaster’, ‘Slime Workshop’, dan ‘Slime Slide’.

#Slime Shower

Penuhi diri anda dengan lumuran slime, simbol perdana bagi saluran televisyen kanak-kanak yang terbesar di dunia.
Lumuri diri anda dengan slime di Slime Shower!

Untuk merasai pengalaman slime yang sebenar, daftarkan anak anda untuk bersuka ria di acara Slime Shower! Hanya enam peserta yang dibenarkan masuk pada masa yang sama, jadi anda dinasihatkan untuk daftar anak anda terlebih dahulu. Dengar nama pun dah boleh bayangkan bagaimana keadaan si kecil anda semasa acara ini bukan? Para peserta digalakkan untuk menanggalkan kasut sebelum acara ini berlangsung. Oh, jangan lupa untuk bawa pakaian salinan ya!

#Slime Escape Room

Selain itu, cabar diri anda di Slime Escape Room. Para peserta perlu selesaikan klu-klu yang disediakan dan mencari kunci istimewa untuk melepaskan diri dalam masa satu (1) minit sahaja! Sekiranya anda berjaya menyelesaikan cabaran-cabaran Slime Escape Room dalam masa yang ditetapkan, ada hadiah istimewa menanti anda!

#Slime Blaster

Berbeza dengan yang lain namun lebih menyeronokkan, Slime Blaster memberi peluang untuk anak-anak anda belajar membidik. Jangan risau, permainan ini tidak membahayakan. Dengan hanya menggunakan ‘Nickelodeon Hyper Blaster’, para peserta harus membidik untuk memenangi hadiah-hadiah yang menarik.

#Slime Workshop

Di Bengkel Slime atau Slime Workshop pula, para peserta berpeluang untuk menghasilkan slime mereka yang tersendiri! Slime Workshop ini sangat sesuai untuk anak-anak anda yang sangat gemar bermain slime ketika di rumah. Mungkin ianya bukanlah sesuatu yang digemari ramai ibu bapa, tetapi bermain dengan slime merupakan satu aktiviti yang terapeutik untuk anak-anak! Slime Workshop hanya akan diadakan pada hujung minggu, jadi pastikan anda membuat prapendaftaran terlebih dahulu. Siapa cepat, dia dapat!

Anak-anak kecil pula boleh bermain di Slime Slide yang dibuka untuk kanak-kanak daripada pelbagai lapisan umur.

Kanak-kanak dan ibu bapa juga boleh berehat sementara sambil meningkatkan daya kreativiti masing-masing di ruang mural yang kompleks dengan pelbagai grafik menarik. Anda hanya perlu mengambil dakwat berwarna yang disediakan dan warnakan mural tersebut mengikut kreativiti masing-masing.

Berseronok dengan seisi keluarga sempena musim cuti ini di Sunway Pyramid, sebuah pusat beli-belah bertemakan gaya hidup yang unik untuk semua!

“Kami berasa teruja untuk menghoskan acara Nickelodeon Slime Time yang pertama di Malaysia, sementara kami meneruskan inisiatif untuk membawa pengalaman gaya hidup yang unik ke pusat beli-belah kami untuk memberikan para pengunjung sesuatu yang menarik. Acara ini merupakan tarikan bagi pelanggan muda yang gemar untuk bermain dengan slime dan kami berharap pengalaman yang menyeronokkan ini akan memberikan kegembiraan kepada para keluarga sempena cuti sekolah yang bakal tiba.”

Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Beli-belah dan Taman Tema Sunway, H.C Chan

“Slime merupakan lambang Nickelodeon yang bebas dan merangkumi semangat bersuka ria dan tidak konvensional. Kami mengharapkan agar ‘Slime Time’ dapat memberi peluang bagi kanak-kanak dan para keluarga untuk bersifat sahaja dan gembira selaras dengan kewujudan Nickelodeon!”

Puan Syahrizan Mansor, Naib Presiden, Nickelodeon Asia, Viacom International Media Networks.

Sebagai sebuah pusat beli-belah yang terkenal, Sunway Pyramid sentiasa memberikan khidmat yang terbaik kepada para pengunjung. Sunway Pyramid telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk para pengunjung daripada pelbagai lingkungan umur dan latar belakang – bilik bayi, stroller, pemanas susu, dan yang paling best adalah ruang parkir khas untuk keluarga!

Sekiranya anda risaukan keselamatan anak-anak, Sunway Pyramid menyediakan ‘kit keselamatan’ untuk si kecil anda. Anda boleh dapatkan gelang tangan kanak-kanak, rantai gelang tangan, mahupun tatu talian kecemasan.

Luangkan masa cuti sekolah ini bersama anak-anak anda di Nickelodeon Slime Time, eksklusif di Sunway Pyramid!  Untuk maklumat lanjut, layari Nickelodeon Slime Time hari ini!

Facebook: @SunwayPyramid

Instagram – @Sunway_Pyramid

Aplikasi Mobile: Sunway Pyramid on Appstore and Playstore.