KelabMama

NAMA BAYI LELAKI – GABUNGAN NAMA MODEN & KLASIK

'it's a boy' card

Antara part yang paling seronok masa mengandung ni adalah part nak pilih nama anak yang sedap dan memberi maksud yang baik. Post kali ni Mama Siti buat khas untuk mama yang tengah cari nama bayi lelaki. Bukan nama biasa-biasa tau tapi nama bayi lelaki yang baik dalam Islam serta gabungan nama yang moden dan klasik.

Gabungan Nama Lelaki Moden & Klasik:

 

5 TIPS PENTING UNTUK PILIH NAMA ANAK:

1. NAMA SATU DOA

Nama tu satu doa. Jadi, mama boleh pilih nama yang baik-baik je. Nama yang mempunyai maksud yang sempurna. Bukan terikut-ikut dengan nama ‘glamour’ yang tak tahu maksudnya.

 

2. JANGAN PANJANG SANGAT

Nama anak-anak sekarang memang panjang. Jenuh juga cikgu kat sekolah nak tulis dan sebut hehe. Ia juga menjadi masalah semasa mengisi borang. Nama anak terlalu panjang, ditambah pula dengan nama bapa yang tak kurang panjangnya. Penuh borang hanya dengan nama je. Bagi anak perempuan, bakal pengantin lelaki susah nak sebut kalau nama panjang sangat. Jadi, mama pilih nama yang pendek dan mudah je.

 

3. MEMPUNYAI CIRI ISLAMIK

Bagi umat Islam, seeloknya letakkan nama yang mempunyai ciri-ciri Islamik. Bagi anak lelaki, letakkan di awalnya Muhammad. Jika tidak pun, ambillah nama tokoh-tokoh pejuang Islam semoga sifat keperibadian mereka juga dapat ditonjolkan dalam diri anak mama nanti.

 

4. EJAAN YANG BETUL

Mama digalakkan untuk mengeja nama anak dengan ejaan yang betul. Seeloknya, boleh dieja dengan betul dalam ejaan jawi yang membawa maksud yang sempurna. Kebanyakan nama anak-anak zaman sekarang, lebih kepada populariti menyebabkan nama mereka sukar dieja dalam ejaan jawi. Jika tak boleh dieja dalam tulisan jawi, bagaimana nak tahu maksudnya??

 

5. PILIH HARI KETIGA ATAU KETUJUH

Seeloknya berikanlah nama bayi pada hari ketiga atau hari ketujuh. Tapi tak ada larangan untuk memberi nama lebih awal daripada itu.
Walau apa pun nama yang mama/papa pilih pastikan ia dianjurkan oleh Islam dan pilihlah yang mempunyai maksud yang baik. 

Tiba-tiba Mama Siti rasa macam nak beranak lagi sekali pula haha.
Semoga bermanfaat!