KelabMama

Nama Anak Lelaki Inspirasi Dari Nama Anak Selebriti Bersama Maksudnya

Bila nak terima kehadiran orang baru, mama & papa lah yang paling excited sekali nak pilih nama anak. Apatah lagi bila dah tahu jantina anak, hari-hari cari nama yang best untuk anakkan? Kejap nama ni, kejap nama tu. Sampai tak tahu nak pilih nama mana satu hehe.

Tapi nak pilih nama anak kenalah berhati-hati. Pilihlah nama yang membawa maksud yang baik sebab nama itulah yang anak akan bawa bersama sampai bila-bila.

Buat mama yang masih tercari-cari nama anak lelaki yang sesuai untuk bakal si manja, ni Mama Siti kongsikan dengan mama & papa 10 nama anak lelaki pilihan selebriti sekali dengan maksudnya. Manalah tahu boleh jadi inspirasi untuk nama anak mama nanti.

#1 Yusuf Iskandar

Dari baby sampailah besar maintain comel je si Yusuf Iskandar ni. Siapa tak kenal dengan anak selebriti sama cantik sama padan, Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ni kan. Kalau mama nak tahu follower dia je dah cecah 2.7 juta orang tau termasuklah Mama Siti hehe.

Nama Yusuf Iskandar ni dipilih sempena nama Nabi Yusuf manakala Iskandar pula membawa maksud seorang raja.

#2 Arrian Shah Akid dan Andra Shah Iman

Keletah dua beradik ni pun boleh tahan mencuit hati. Mama Siti selalu tengok video dua beradik ni. Comel betul! Disebabkan Mama Siti suka Arrian ni jadi Mama Siti pun pilih nama Arrian juga untuk anak Mama Siti tapi ejaan berbeza, Aryan dan maksudnya masih sama.

Maksud nama Arrian Shah Akid adalah dihormati, yang teguh dan kuat manakala nama Andra Andrashah Iman pula bermaksud yang benar, keimanan.

#3 Aqeef Anaqi

Si comel pipi gebu anak kepada pelakon berbakat besar Amyra Rosli dan Amar Baharin ni pun apa kurangnya. Mempunyai follower seramai 663 ribu orang. Sama hensem sama kacak macam papanya.

Nama Aqeef Anaqi membawa maksud keindahanku yang menawan hati. Seindah nama dan rupanya kan?

#4 Mohamed Neyqayl Nedim

Dulu anak Nora Danish dan Nedim Nazri ni pernah dilanda kontroversi kerana rupa parasnya tapi Mama Siti rasa Neyqayl ni boleh tahan comelnya. Makin besar makin comel tau!

Maksud namanya juga bukan calang-calang tau. Mohamed Neyqayl bermaksud yang terpuji, yang dirahmati.

#5 Nadi Anaqi

Anak kepada pasangan selebriti Zahiril Adzim dan Sheera Ayob ni memang stylo betul, gaya rambut tu paling mahal sesuai sangat dengan wajahnya yang cute!

Nama Nadi Anaqi sendiri mempunyai maksud yang baik iaitu tempat pertemuan, keindahanku yang menawan hati.

#6 Arif Jiwa

Anak kepada Asyraf Khalid dan pelakon dari Indonesia, Tya Arifin memilih nama Arif Jiwa bersempena nama bapa Tya iaitu Arifin manakala nama Jiwa pula diambil daripada nama arwah datuk Asyraf.

Arif membawa maksud yang bijak, mengetahui, terpelajar, berwibawa.

#7 Syeriv Samheizy

Syeriv Samheizy, anak kepada pelakon popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin mempunyai nama yang agak unik tapi sedap didengar.

Kata mereka, nama Syeriv Samheizy bermaksud yang mulia tapi ejaannya diubah sikit untuk kelainan.

#8 Ungku Arsalan Haq

Wajah anak pelakon dan pelawak, Jihan Muse dan Ungku Hariz ni saling tak tumpah macam muka mama papanya.

Nama yang dipilih Ungku Arsalam Haq bermaksud nama seorang tokoh Islam, kebenaran.

#9 Aisy Mateen

Aisy Mateen merupakan putera kepada pelakon dan pengacara cantik, Yana Samsudin dan suami, Fadzil Zahari. Kedua-dua mereka memilih untuk memulakan nama anak mereka dengan huruf A walaupun nama mereka tak bermula dengan huruf A.

Aisy membawa maksud mewah, kaya raya, kemakmuran hidup manakala Mateen pula dipilih berasaskan 99 nama Allah.

#10 Ahmad Fakhruddin Attar

Kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan? Tengok wajah si anak pun dah tahu persis papa dan mamanya. Mix habis! Itulah anak kepada pelakon terkenal Aeril Zafril dan Wawa Zainal yang diberi nama Ahmad Fakhruddin Attar.

Nama yang dipilih ini membawa maksud terpuji, kebanggaan agama, murni, suci dan bersih.

Sedap dan unik nama anak-anak zaman sekarang kan. Sedap macam mana pun nama yang kita pilih kalau tak ada maksud yang baik tak bagus juga kan. Jadi mama dan papa kenalah bijak memilih nama yang baik dan sesuai dengan anak. Sebab tak semua nama yang sesuai dan boleh dibawa oleh anak.

BACA JUGA IDEA NAMA BAYI LELAKI MUSLIM

Pesan Mama Siti

Semoga nama-nama yang Mama Siti sharekan dengan mama semua ni dapat memberi inspirasi dan rujukan kepada mama untuk memilih nama bakal si manja nanti.