KelabMama

Unik Sangat Senarai Nama Anak Lelaki Yang Bermula Dengan Huruf Q Ini

Nama anak lelaki huruf Q

Mama Siti kongsikan senarai nama anak lelaki huruf Q kali ini, memang menarik sungguh kerana senarainya agak terhad. Ini adalah hasil bacaan Mama Siti terutama tentang nama-nama yang diolah bentuk tatabahasa daripada kata akarnya di dalam Al-Quran, untuk membentuk pelbagai nama indah yang tetap membawa maksud yang baik.

Pemilihan Nama yang Baik dalam Islam

Dalam Islam tidak pernah diwajibkan kita memilih nama-nama anak di dalam Bahasa Arab, namun sangat dituntut memilih nama yang baik untuk anak-anak kita. Sheikh Yusuf Al-Qardawi ada memberi nasihat tentang memberi anak nama yang bukan dengan nama Bahasa Arab, asalkan ianya membawa maksud yang baik.

Nabi Muhammad SAW bersabda, “Kamu akan dipanggil pada Hari Kebangkitan dengan namamu dan nama ayahmu, maka milikilah nama yang baik.” (HR Abu Dawud)

Senarai Nama Anak Lelaki Huruf Q

Berikut Mama Siti senaraikan seberapa banyak senarai nama anak lelaki yang bermula huruf Q yang dapat dicari serta dikumpulkan buat pilihan Mama semua.

  1. Qaabil – Penerima, dia yang bersetuju menerima sesuatu
  2. Qaaed – Ketua
  3. Qaabis – Pencari ilmu, dia yang bijaksana dan berilmu
  4. Qa’an – Keadilan
  5. Qablan – Penerima
  6. Qabool – Yang diterima
  7. Qabus – Orang yang gagah, tampan
  8. Qaddar – Penyusun
  9. Qaddas – Suci
  10. Qaddur – Yang mampu, layak dan kuat
  11. Qadeer – Sangat berkemampuan dan layak
  12. Qaadim – Dia yang terkedepan
  13. Qaadimi – Dia yang ke depan, dia yang datang
  14. Qaafiz – Kuda yang laju
  15. Qaasid – Pengutus
  16. Qabbab – Singa
  17. Qadam – Berakhlak mulia
  18. Qadoom – Berani dan tidak gentar
  19. Qadhee – Hakim
  20. Qadirin – Kuat
  21. Qadri – Mampu dan layak
  22. Qadus – Yang lapang hatinya
  23. Qafay – Rendah diri
  24. Qaheer – Yang menang
  25. Qaifaal – Ketua
  26. Qajeer – Rapi, kemas
  27. Qaim – Berdiri kuat
  28. Qa’im – Tegak, kukuh
  29. Qais – Kekasih
  30. Qaiser – Raja
  31. Qalas – Ketinggian
  32. Qaleeb – Sumber air dari dalam tanah, bermanfaat
  33. Qamar – Bulan
  34. Qamari – Bersinar, cantik
  35. Qamaruddeen – Ketua agama yang bijak
  36. Qamarurrahman – Merujuk kepada hamba Allah yang bijaksana
  37. Qamarussalam – Merujuk kepada orang yang membawa keamanan
  38. Qamrani – Disirami cahaya bulan
  39. Qamrash – Bulan yang cantik
  40. Qamrun – Bulan
  41. Qanait – Penyabar
  42. Qani‘ –  Puas
  43. Qaani – Merah
  44. Qandil – Pelita menerangi
  45. Qarar – Ketetapan
  46. Qari – Pembaca Al-Quran
  47. Qarin – Yang dekat, teman
  48. Qasid – Penentu, pembawa berita
  49. Qash – Keberanian
  50. Qashid – Yang menuju pada kemudahan
  51. Qaulalhaq – Perkataan yang benar
  52. Qareeb – Rapat, dekat
  53. Qarhaan – Bersih
  54. Qarni – Tajamnya seperti pedang, cahaya pertama di pagi hari
  55. Qasamat –  Cantik
  56. Qaseit – Dia yang berurusan dengan adil
  57. Qasheeb – Segar dan bersih
  58. Qasim – Pemuran, kacak, sentiasa memberi. Nama salah seorang anak Nabi Muhammad SAW.
  59. Qasimi – Pemberi
  60. Qasimuddin – Pengadil agama, pemurah dan pemberi berdasarkan syariat agama
  61. Qasir -Puitis
  62. Qasmun – Kacak
  63. Qaswar – Lelaki muda yang gagah
  64. Qaswari – Berani seperti singa
  65. Qasy – Tegas
  66. Qatalaq – Diberkati
  67. Qateef – Pemetik buah
  68. Qawiy – Kuat
  69. Qayyam – Dia yang sentiasa beribadah di malam hari
  70. Qayyim – Jujur, sentiasa menyatakan yang benar
  71. Qayyum – Pengawas. Kerana ia nama Allah, digalakkan menambahkan Abdul di hadapan.
  72. Qazafi – Meluas
  73. Qazi – Pejuang keadilan
  74. Qiblah – Arah petunjuk
  75. Qidaaf – Laju
  76. Qindil – Pelita, yang membakar minyak untuk menyalakan cahaya menerangi
  77. Qidwah – Ketua
  78. Qimat – Bernilai
  79. Qiradul – Pemburu
  80. Qirni – Berkemampuan
  81. Qirwah – Air sejuk
  82. Qismat – Keuntungan
  83. Qiyam – Beribadah di malam hari
  84. Qobad – Raja yang disayangi
  85. Qosain – Busur, anak panah
  86. Quaid – Ketua
  87. Quba – Nama tempat pertama masjid dalam Islam dibina
  88. Qudamah – Lama, dahulu
  89. Qudayman – Berani dan tidak gentar
  90. Qudayr – Pengadilan
  91. Quds – Suci
  92. Qubr – Rapat dan dekat
  93. Qurum – Ketua
  94. Qusait – Adil
  95. Qushayyi = Jauh pemikirannya, nama nenek moyang Nabi
  96. Qusayr – Jauh
  97. Qutb – Ketua
  98. Qutbuddeen – Ketua agama
  99. Qutbullah – Ketua di dalam tugas kerana Allah
  100. Quwa – Kuat

Ajaran Akhlak Baik Selari dengan Nama Indah

Selain memilih nama-nama yang baik, kita sertakan bersama ajaran akhlak dan adab yang baik di rumah. Memang sesungguhnya Mama dan Papa di rumah memainkan peranan besar sebagai role model anak-anak.

Mereka lebih melihat tingkah laku kita sesama insan lain, berbading apa yang kita katakan hari-hari. Biarlah mereka menyaksikan usaha kita untuk menjadi lebih baik dari hari ke hari, dan bersama-sama cuba menjadi lebih baik.

Untuk bacaan banyak lagi artikel mengenai nama si manja ini, Mama boleh klik link di sini. Selamat memilih nama ya, Mama!