KelabMama

Koleksi Nama Anak Lelaki Huruf K, Khas untuk Mama & Papa

nama anak lelaki huruf K

Mama Siti kongsikan seratus senarai nama-nama anak lelaki bermula huruf K daripada hasil carian dan pembacaan sebelum ini. Kesemua nama-nama ini adalah berdasarkan daripada perkataan dalam Al-Quran. Nama bermula huruf K untuk nama anak lelaki agak jarang digunakan ramai orang, kan? Kerana asal-asalnya memang tak banyak pilihan yang panjang.

Menggabungkan Dua Nama

Selepas Mama memilih satu-satu nama, buatlah rujukan dengan buku-buku dan juga ahli Bahasa yang lain sebagai penguat. Kerana nama yang baik sangat mempengaruhi peribadi anak kita. Jika Mama berkenan menggabungkan dua nama, Mama cubalah semak semula bersama ustaz atau yang ahli dalam Bahasa Arab supaya gabungan itu membawa maksud yang baik secara gramatisnya.

Seratus Nama Anak Lelaki Yang Bermula Huruf K

Berikut Mama Siti senaraikan keseluruhan nama yang perkataannya ada disebut dalam Al-Quran atau perkataan bahasa Arab yang diolah daripada perkataan akarnya di dalam Al-Quran

  1. Ka’ab – Kemuliaan/terhormat
  2. Kaafil – Penjamin
  3. Kaafiy – Yang mencukupkan, akan mencukupkan keperluan orang lain sehingga orang itu tidak memerlukan bantuan lain lagi.
  4. Kaahil – Sahabat/kekasih
  5. Kaamil – Yang sempurna/kesayangan
  6. Kaamilin – Yang sempurna
  7. Kaarim – Pemurah/baik hati/mulia/cemerlang
  8. Kaariz – Yang berdakwah
  9. Kaasib – Yang menang
  10. Kaasih – Gemilang
  11. Kafil – Penjamin
  12. Kahul – Mata hitam yang cantik
  13. Kailani = Nama seorang ulama, nama kitab Shorof
  14. Kalaamuddeen – Kalam agama. Memahami ilmu-ilmu agama dan menyampaikannya.
  15. Kalim – Ahli pidato
  16. Kamaal – Sempurna/cukup/keseluruhan
  17. Kamayel – Sempurna tanpa cela
  18. Kameel – Sempurna/kesayangan
  19. Kamilan – Kecukupan
  20. Kamir – Yang berani
  21. Kamlan – Sempurna
  22. Kamush – Berani/tidak gentar
  23. Kanif – Penjaga
  24. Kanz – Khazanah/sangat dihargai/harta
  25. Kanzuddeen – Dia yang sangat berharga buat agama kerana nilai dirinya
  26. Karam – Pemurah
  27. Karamullah – Hadiah daripada Allah
  28. Karman – Memuliakan orang lain/pemurah
  29. Karram – Pemurah
  30. Karys – Yang penuh ilmu di dada
  31. Kashaaf – Yang menemukan sesuatu
  32. Kaathir – Banyak melimpah ruah
  33. Kasby – Kemenanganku
  34. Kasoor – Banyak melimpah ruah
  35. Kathran – Banyak melimpah ruah
  36. Kassab – Pemenang
  37. Kasyfa – Singkapan terbuka
  38. Katheer – Banyak melimpah ruah
  39. Katib – Ulamak/orang yang bijak pandai
  40. Kattam – Dia yang menjaga rahsia seseorang dan tidak menyebarkan tentangnya
  41. Kawnain – Merujuk kepada dua dunia iaitu dunia dan akhirat
  42. Kaazim – Dia yang dipuji dalam Al-Quran kerana mengawal amarahnya dan tidak bertindak atas emosinya
  43. Kahla = Dewasa
  44. Kayl – Ukuran
  45. Kays – Kecerdikan
  46. Kayyis – Dia yang sopan
  47. Khabir – Yang ahli, mempunyai banyak ilmu
  48. Khabur – Pokok yang berbau harum
  49. Khadi – Orang yang rendah hati
  50. Khafid – Tangkas
  51. Khafif – Lincah dan bijak
  52. Khair – Yang baik
  53. Khairi – Kebajikanku
  54. Khayrullah – Kebaikan daripada Allah
  55. Khoiruddin = Yang baik agamanya
  56. Khabir = Yang mengetahui dengan sebenarnya, pakar, berpengalaman
  57. Khalas – Yang selamat/selesai
  58. Khallad – Yang kekal
  59. Khaleef – Pegganti pemerintah, pewaris. Juga bermaksud jalanan di antara dua gunung.
  60. Khaleel – Sahabat yang rapat
  61. Khalid – Orang yang kekal di ingatan. Nama salah seorang panglima Islam Khalid Al-Walid R.A yang digelar pedang Allah yang terhunus. Khalid juga bermaksud kekal. Dianalogikan kepada hidup yang bermanfaat. Ia juga bermaksud daya tahan yang amat tinggi serta banyak budinya hingga dikenang-kenang orang.
  62. Khalili – Sahabat
  63. Khalis – Mempunyai kepakaran, sentiasa berjaga-jaga dan tidak gentar
  64. Khalfun – Pegganti pemerintah, pewaris.
  65. Khassab – Dipenuhi dengan rahmat
  66. Khaseeb – Tanah yang subur menghasilkan banyak tumbuhan, dipenuhi pokok dan rumput.
  67. Khashayar – Yang berani dan kuat
  68. Kasyi – Dia yang khusyuk dalam solat
  69. Khassal – Kemenangan
  70. Khateeb – Yang berbicara menyampaikan
  71. Khateer – Yang dimuliakan
  72. Khan = Ketua, pemimpin
  73. Khawli – Ketua
  74. Khayran – Kebaikan
  75. Khayru = Lebih baik
  76. Khayyar – Dia yang berbuat banyak kebajikan
  77. Khayyir – Baik
  78. Khazeer – Lautan
  79. Khazindar = Penjaga kekayaan
  80. Khazran – Rumput yang lembut
  81. Khazrat – Kelembutan
  82. Kheer – Pemurah
  83. Khidr – Nama yang diterangkan dalam Sahih Bukhari berkenaan seorang lelaki yang disebut Namanya di dalam Surah Al-Kahfi. Dikaitkan dengan kehijauan yang bermaksud di amna sahaja dia berdiri, tempat itu akan subur menghijau dengan tumbuhan.
  84. Khilaal – Sahabat
  85. Khisb – Kebaikan dalam kehidupan
  86. Khiyar – Dia yang berbuat banyak kebaikan
  87. Khobir = Yang mengetahui dengan sebenarnya, ahli mengetahui
  88. Khodim – Jejaka
  89. Khufaf – Bijak
  90. Khufair – Menjaga/memelihara/menunaikan janji
  91. Khulaif – Pewaris pemerintahan
  92.  Khulaifah – Pewaris pemerintahan
  93. Khulum – Sahabat yang setia
  94. Khulm – Sahabat setia
  95. Khusaib – Pokok yang menumbuhkan banyak buah/produktif
  96. Khusydil – Bahagia
  97. Khuwailid – Tidak luput dek zaman
  98. Kilfa  – Kekasih
  99. Kiram – Mulia
  100. Kiys – Yang sangat cerdik dan sopan
  101. Kuthaiyir – Yang banyak

Al-Quran Mengambil Berat Pemilihan Nama Anak

Dalam Al-Quran ada memberi gambarang pentingnya sebuah nama yang baik untuk setiap insan di dalam surah Ali-Imran ayat 36 yang berbunyi:

“(Ibu Maryam berkata) Dan sesungguhnya aku namakan dia Maryam, dan sesungguhnya aku melindungi dia dengan pemeliharaanmu, begitu juga zuriatnya, daripada syaitan yang direjam.”

Jika Mama berminat untuk membaca lanjut banyak lagi himpunan artikel tentang nama, boleh rujuk di sini.

Selamat memilih nama yang baik, Mama!