KelabMama

Nak Refill Air, Bawa Cawan Sendiri. Jangan Kongsi Cawan!

Ini BASIC! Nak Refill Air, Bawa Cawan Sendiri. Jangan Kongsi Cawan!

Bersih ke guna cawan ni? Ish bersih kut. Lagipun diorang ni semua minum air masak saja. Takpe kut kalau setakat nak kongsi cawan…

Begitulah situasinya kalau kita di tempat kerja atau di mana-mana restoran yang sediakan air secara percuma. Biasa kalau kat sesetengah restoran, akan sediakan cawan plastik. Lepas tu, kita pun ambil saja cawan tu padahal dah ramai sangat orang kongsi cawan yang sama. Apa alasan kita?

“Eh dah bersihlah! Dia cuci pakai sabun, so kuman tu mesti dah tak ada dah.”

Alahai mama, mana mama tahu yang kuman tu betul-betul dah dissapear dari permukaan cawan tu. Kalau cawan tu hanya dibilas, apa pula alasan mama? Masih bersih lagi ke?

Mama tahu tak yang cawan yang tak dibasuh dan digunakan berulang kali boleh menjadi punca penyebaran penyakit berjangkit. Bagaimana ia berlaku?

Sekiranya individu pembawa kuman menggunakan cawan, air liur dan cecair tubuh akan berada di permukaan cawan. Kuman ni boleh merebak dengan mudah kepada pengguna cawan berikutnya. Wabak penyakit berjangkit boleh berlaku bila kita kongsi cawan tau!

Rajinkan diri untuk bawa bekas minuman sendiri ke mana-mana saja.

Jangan Kongsi Cawan & Segala Alatan Peribadi

Penggunaan cawan milik sendiri dapat menjamin kesihatan mama.

Risiko Penyakit HMFD & Beguk

Mama atau keluarga mama berpotensi untuk dapat penyakit tangan, kuku dan mulut (HMFD) sekiranya terus berkongsi cawan macam ni. Virus HMFD merebak dari pesakit yang positif melalui cecair hidung seperti hingus, cecair tekak seperti kahak dan air liur serta najis mereka.

Mama juga berisiko terkena jangkitan beguk tau sebab jangkitan ni cepat merebak melalui cecair hingus, batuk atau air liur. Sebab tu lah amalan berkongsi peralatan harian seperti cawan, berus gigi, tuala, ubat gigi dan sikat tak digalakkan sangat-sangat sebab ia meningkatkan punca serangan.

Seeloknya hentikanlah amalan berkongsi cawan ni ye! Banyak sangat kuman berpindah randah kerana berkongsi cawan. Tak susah pun, mama ambil saja cawan dari rumah, bawa ke tempat kerja. Gunalah dari pagi sampai petang. Yang penting kesihatan terjamin.

Sumber: Public Health Malaysia, bharian

BACA JUGA SEMBURAN BEBAS KUMAN, DETTOL JADI PILIHAN MAMA!

Pesanan Mama Siti:

Bukan setakat cawan saja, alat mekap, berus gigi, tuala, deodoran. Semua barang ni tak elok dikongsi. Jangan pula mama apply rule tak boleh kongsi cawan saja. Kongsi barangan peribadi pun boleh menyebabkan kuman merebak tau!