KelabMama

Nak Anak Putih, Kahwin Dengan Orang Putih!

Nak Anak Putih, Kahwin Dengan Orang Putih!

“Jangan makan banyak sangat kicap tu. Nanti anak jadi gelap. Ibu nak anak putih!”

Lagi-lagi kicap yang disalahkan. Mentang-mentanglah warna kicap tu hitam.

Masyarakat kita memang obses betul dengan anak yang berkulit putih ni. Kalau ada 4 anak, nak empat-empat tu putih. Tak nak ada yang gelap ke, sawo matang ke, kuning langsat ke. Nak putih juga. Awat yang degil sangat nak anak putih ni? Cantik sangat ke?

Sampaikan ada yang Mama Siti tengok telan berbotol-botol pil nak putihkan kulit anak kononnya. Astaghfirullah, orang makan minyak ikan, asid folik, baik untuk tumbesaran anak. Ni pergi telan pil pemutih pulak. Jangan nak obses sangat mama oii… Dr. Amalina pun dah tegur ni.

Dr Amalina telah memberi respon kepada mereka yang terlalu obses untuk anak berkulit putih.

Ha, Dr. Amalina ada sebut pasal genetik. Kalau mama nak tahu, warna kulit bayi bergantung pada faktor genetik dan bukannya pemakanan. Ia juga takkan menentukan peribadi anak-anak.

Air Soya Buatkan Anak Putih

Lepas tu ada pula mak cik-mak cik bawang yang cakap, air kacang soya yang putih ni boleh buat anak jadi putih kalau selalu minum ketika mengandung.

Minum air soya merupakan salah satu tips orang terdahulu yang dikatakan boleh mengelakkan anak mendapat kulit yang gelap.

IRONINYA, KEDUA-DUA BAHAN TERSEBUT IAITU KICAP DAN AIR KACANG SOYA INI BERASAL DARIPADA TUMBUHAN YANG SAMA IAITU SOYA.

Persoalannya disini, betul ke kalau makan atau minum bahan yang mempunyai warna gelap dan putih tu akan mempengaruhi warna kulit kanak-kanak?

Okay, jom Mama Siti kongsikan beberapa fakta daripada The Diagnosa :

1. Warna Makanan Tak Mempengaruhi Warna Kulit Bayi

Ini kerana sistem penghadaman di dalam badan tak bersambung dengan rahim. Makanan yang dimakan akan dicernakan di dalam sistem penghadaman dan diserap ke dalam badan.

Molekul yang sudah tercerna inilah yang akan diberikan kepada bayi melalui uri (placenta). Penggunaan molekul tersebut takkan mempengaruhi warna kulit

2. Kulit Gelap Akibat Sel Melanocytes

Warna kulit yang gelap adalah disebabkan kehadiran kompaun melanin yang terhasil daripada sel melanocytes. Ada sesetengah orang yang mempunyai masalah dalam penghasilan kompoun ini dan kulit mereka akan kelihatan sangat putih. Bukan setakat itu, rambut dan kening mereka juga akan kelihatan putih disebabkan kompaun melanin juga banyak pada tempat tersebut. Mereka yang ada masalah ini dikatakan mempunyai penyakit ‘Albino’.

3. Kuantiti kompaun melanin adalah berbeza

Kuantiti kompaun melanin yang dihasilkan inilah yang akan menentukan kecerahan dan gelapnya kulit seseorang. Dan perkara ini bergantung kepada GENETIK!

Sebagai tambahan, warna kulit diperturunkan kepada anak kita melalui ‘polygenic inheritence’. Bermaksud ada beberapa ‘gene’ pada baka kita yang terlibat dalam warna kulit. Berlainan pula bagi jenis darah. Ia hanya melibatkan sepasang ‘gene’. Iaitu satu daripada ayah dan satu lagi daripada ibu.

Warna Kulit Bergantung Kepada GENETIK

Pigmen kulit yang berbeza menyebabkan warna kulit anak berbeza.

Contohnya:

Seorang rakyat Afrika mempunyai kulit warna yang sangat gelap:
Kita anggap semuanya genenya adalah mewakili gelap iaitu AA AA AA

Saya tulis AA tu secara berpasangan disebabkan satu gene daripada ayah dan satu lagi gene daripada ibu.
Ada 3 pasangan disebabkan ‘polygenic inheritence’ seperti yang saya terangkan di atas.

Dia kahwin dgn perempuan Eropah yg sangat cerah:
Kita anggap semuanya gene warna kulitnya mewakili yg cerah sahaja: aa aa aa

Anak yang dilahirkan nanti akan mempunyai warna kulit di antara cerah dan gelap. Maksudnya tak ada yang terlampau cerah ataupun gelap sebab genetik anaknya telah bercampur iaitu: Aa Aa Aa

Sebab tu lah, penyelesaian sebenar untuk dapatkan anak yang putih adalah berkahwin dengan orang yang mempunyai kulit putih.

Sumber: Dr Amalina & The Diagnosa

BACA JUGA JANGAN MAKAN BANYAK KICAP, NANTI ANAK JADI GELAP!

Pesan Mama Siti:

Bak kata cerita Tamil Sivaji: The Boss, kulit putih ni cepat kotor. Jadi kenapa nak obses sangat dapatkan anak kulit putih. Cerah ke gelap ke sawo matang, kuning langsang, itukan anak mama? Bersyukur. Orang lain susah betul nak dapat anak. Bila dah dapat, kita minta macam-macam pula. Tak eloklah macam tu.