KelabMama

Nada Suara Lembut Tapi Tegas Cara Hanis Zalikha Didik Yusuf.Terbaiklah!

Orang dulu-dulu kata kalau nak melentur buluh tu biarlah dari rebungnya. Macam tu cara Hanis dan Hairul didik Yusuf dengan adab sejak dari Yusuf kecil lagi. Tak perlu nak tinggi suara macam tarzan. Cukuplah dengan nada suara yang lembut tetapi ada ketegasan. Seperti dalam video terbaru Yusuf ini, ramai orang yang kagum dengan cara Hanis serta Hairul dalam menegur kesilapan Yusuf.

Video Yusuf Iskandar ditegur Hanis dan Hairul

Yusuf menangis kena tegur dengan mummy dan daddy

Dalam video berkenaan, Yusuf mengalirkan air mata bila ditegur oleh Hanis kerana menyampuk cakap orang tua. Kita semua tahu menyampuk cakap orang apatah lagi yang lebih tua dari kita bukanlah amalan yang baik. Ye memang anak masih kecil tapi bukan bermakna kita sebagai ibu bapa harus membiarkan saja anak membuat salah tanpa perlu dibetulkan supaya ia tidak berulang lagi.

Menunjukkan teladan yang baik

Sikap Hanis sebagai seorang mummy harus dicontohi kerana menunjukkan teladan yang baik dengan menegur dalam nada yang lembut. Hairul juga sempat beri amaran tegas tapi masih ada kelembutan. Ini sekali gus menunjukkan bahawa kekerasan atau meninggikan suara pada anak bukan cara yang tepat untuk mendidik anak.

Ramai orang memuji termasuklah rakan artis

5 Cara ‘Halus’ Yang Untuk Mama Tegur Anak

1.Tegur secara sembunyi

Budak walaupun masih kecil dia juga ada perasaan malu bila dimarahi atau ditegur depan orang

2.Tanya dan dengar dulu

Jangan hanya fikirkan diri sendiri. Sebelum tegur anak kita tanya dan dengar dulu penjelasannya. Kemudian baru kita tegur dengan nada lembut

3.Fokus kepada kesalahan tersebut

Kalau nak tegur mama kena fokus pada kesalahan yang anak baru buat. Bukan ungkit kesalahan yang lepas-lepas ye.

4.Eye contact

Bila tegur anak kena eye contact dengan anak sebab itu cara efektif untuk buat anak beri perhatian kepada kita.

5.Peluk anak dan puji kebaikannya

Selalunya bila dah tegur tu terus peluk anak. Bila mama peluk anak akan rasa disayangi walaupun dia dah buat kesalahan. Pujilah kebaikan yang mama selalu nampak pada anak mama dan puji juga bila dia dah betulkan kesilapannya. Pasti anak akan rasa lebih dihargai.

Sumber : theyusufiskandar

BACA JUGA : BAGAIMANA UNTUK DIDIK ANAK-ANAK ZAMAN MILENIAL DENGAN BERKESAN?

Pesan Mama Siti

Suka betul Mama Siti tengok cara Hanis ni tegur Yusuf. Lembut je tak ada pun nak jerit atau naikkan suara. Budak-budak ni kalau kita lagi marah dia lagi dia buat. Jadi sebagai ibu bapa memang tak dinafikan akan timbul rasa geram bila anak buat perangai tapi kena selalu ingat kekasaran bukanlah cara yang tepat untuk mendidik. Gunakan kelembutan tapi ada ketegasan. Terangkan apa salahnya, kenapa tak boleh buat macam supaya anak tahu mana yang betul mana yang salah. InsyaAllah anak akan mendengar kata.