KelabMama

MITOS DAN FAKTA BERSALIN CAESAREAN

Meskipun pembedahan caesarean kelihatan mudah dan menyenangkan wanita melahirkan anak, kaedah ini mempunyai risiko tersendiri. Caesarean juga sering dikaitkan dengan mitos tertentu yang menyebabkan sesetengah wanita bimbang dan takut akan tahap kesihatan mereka setelah menjalani pembedahan tersebut. Kebanyakan perkara yang menjadi kebimbangan terhadap wanita yang menjalani pembedahan ini adalah mitos semata-mata tapi mungkin juga ada kebenarannya. Semak fakta ini. Anda juga boleh rujuk doktor yang merawat anda.

Apakah risiko yang paling berbahaya? Masalah jahitan rahim terbuka semula (USR). Lazimnya, wanita yang hamil selepas 18 bulan dari tarikh pembedahan, kurang berisiko berhadapan dengan masalah tersebut berbanding mereka yang hamil dalam tempoh kurang daripadanya. Justeru jika seseorang wanita itu hamil sebelum tempoh 18 bulan, doktor yang merawatnya perlu lebih berhati-hati dalam mengawasi kehamilan kali ini. Masalah USR dikatakan berlaku antara 1 dalam 200 sehingga 1 dalam 3,000 kelahiran. Namun, risiko berlakunya perkara ini dikatakan lebih tinggi kepada wanita yang menjalani pembedahan classical caesarean section (CCS). Jika ia berlaku, terdapat beberapa komplikasi yang mungkin terjadi kepada ibu dan bayi. Kesan USR ke atas ibu ialah pendarahan dari rahim, trauma ke atas pundi kencing, kehilangan rahim, jangkitan kuman selepas pembedahan dan yang paling teruk ia boleh mengakibatkan kematian. Manakala kesan pada anak ialah masalah bayi lemas dan kematian bayi. Sehubungan itu, amat penting bagi wanita menjaga kesihatan diri selepas melahirkan anak menerusi pembedahan terutamanya aspek merancang jarak kehamilan seterusnya dan pemakanan.

 

Ramai di kalangan wanita yang terlalu berpantang dalam soal makanan hingga menyebabkan mereka kekurangan zat atau nutrien yang perlu untuk kembali cergas. Ini kerana mereka terlalu mengikutkan petua orang zaman dahulu dalam tempoh berpantang. Sebenarnya dalam sains perubatan, tiada istilah berpantang atau tidak boleh makan sebarangan makanan. Wanita yang bersalin secara normal atau caesarean boleh makan apa sahaja kecuali benda yang baru dikeluarkan dari peti sejuk. Mereka perlu memperbanyakkan pengambilan makanan berprotein dan vitamin C kerana kedua-duanya membantu memulihkan parut luka pembedahan atau luka jahitan dengan cepat.

 

Benarkah kelahiran secara normal, kesakitan yang dialami hanya pada waktu melahirkan? Jika melalui pembedahan caesarean kesannya berpanjangan? Begitu juga dengan pendapat mengenai kesan yang diterima oleh wanita yang menjalani caesarean berbeza dengan mereka yang bersalin normal. Ia tidak boleh diterima pakai kerana perkara itu bergantung kepada ketahanan wanita itu sendiri terutamanya dalam aspek penjagaan diri seperti pemakanan, kesihatan dan sebagainya.

Adakah pembedahan caesarean ini boleh memberi kesan kepada bentuk tubuh wanita? Dalam soal ini, ia sebenarnya berbalik sendiri kepada wanita tersebut. Jika mahu mengembalikan bentuk tubuh kepada yang asal, mereka harus rajin bersenam dan mengawal kalori. Selain untuk merampingkan badan, ia juga boleh membantu mengelakkan sebarang penyakit seperti diabetes atau hipertensi.

 

PESANAN KEPADA WANITA YANG BERSALIN CAESAREAN

 

 

Sumber: Internet