KelabMama

Kemanisan Coklat: Menjadi Kegemaran Anak-anak Dan Kini, Mama Tak Perlu Risaukan Tentangnya Lagi (Betul!)

Sejak ‘post-MCO’ ini, kita sudah boleh mula bergerak (agak) bebas dengan kembali melakukan pelbagai aktiviti harian seperti sebelumnya. Saya percaya salah satu cabaran terbesar buat Mama semua adalah untuk memastikan anak-anak tidur awal dan bangun pagi untuk ke sekolah keesokkan harinya.

Kenapa ia merupakan cabaran buat para ibu? Setelah beberapa bulan berada di rumah, waktu tidur dan bangun anak-anak pun sudah tidak teratur. Sekarang sudah boleh mula bersekolah, pasti mereka lebih ‘liat’ untuk bangun pagi.

Emak dengan anak-anak yang masih bersekolah pasti pernah mengalami keadaan ini bukan?

Mama cubalah pelbagai taktik, pujuk rayu, malah tahap bising macam mana pun, tidak ada satu pun yang mudah, yang dapat membuatkan anak anda bangun. Tetapi, sekiranya mereka berjaya bangun dan terus bersiap tanpa sebarang tantrum atau mood yang tidak baik, Mama harus bersyukur (dan menganggap diri anda sangat bertuah pagi itu!). 

Keadaan akan menjadi lebih mencabar sekiranya anak-anak tidak mahu makan sarapan yang sudah kita sediakan. Eh, takkan taknak sarapan? Penat tau Mama masak. Nak makan tengah hari atau waktu rehat nanti lambat lagilah! Hati seorang ibu pasti risau dan tidak tenang jika anak-anak ke sekolah dalam keadaan yang tidak bersarapan dengan betul sejak pagi.

Sarapan pagi merupakan waktu makan yang sangat penting, terutamanya buat anak kecil yang sedang membesar. Mereka memerlukan sumber tenaga dan nutrien yang mencukupi sejak awal pagi untuk memulakan hari mereka. 

Sebagai seorang ibu, setiap malam sebelum tidur mesti otak ligat memikirkan menu sarapan yang harus saya sediakan untuk anak-anak dan suami; sehinggalah suatu hari si cilik saya yang berusia 5 tahun bertanyakan mengenai satu menu yang tidak pernah difikirkan oleh sesiapa sahaja:

 “Mommy, boleh tak kalau esok nak sarapan coklat brownies?” 

Coklat…pagi-pagi? Alahai si anak….

Kebanyakan orang sukar untuk mengatakan ‘tidak’ kepada coklat, lebih-lebih lagi kalau kanak-kanak. Tetapi, sama seperti gula-gula dan snek, setiap ibu bapa pasti akan memberi pelbagai alasan dan taktik apabila bercakap mengenai ‘coklat’. Hal ini kerana, coklat bukanlah sumber diet ruji yang digalakkan. 

Malah, jika difikirkan secara rasional, sehingga ke sesuatu tahap, ia adalah benar. 

Coklat yang dihasilkan menjadi coklat bar yang manis, gula-gula, malah minuman coklat malt harus dimakan dalam kadar yang tertentu sahaja – bukan selalu. Tetapi, biji koko yang masih mentah sebenarnya merupakan makanan semula jadi yang sangat berkhasiat!

Coklat yang Bagus Sebenarnya Sangat Bagus untuk Kesihatan! 

Satu berita baik mengenai coklat adalah, serbuk koko yang berkualiti tinggi sebenarnya mengandungi pelbagai vitamin dan mineral, seperti selenium, zink, ‘potassium’, magnesium, zat besi, ‘phosphorus’, serat, dan lain-lain, yang memberikan pelbagai manfaat kepada kesihatan seisi keluarga!

TAHUKAH ANDA? Coklat gelap atau ‘dark chocolate’ mengandungi ‘flavonoid’ (agen antioksidan yang kuat), yang merangsang ‘hippocampus’ otak, boleh membantu menghasilkan daya tumpuan dan ingatan yang lebih baik.

Sesetengah ‘flavonoid’ berperanan dalam meningkatkan sifat mencegah keradangan dan pembekuan darah, dan meningkatkan kepekaan tahap insulin, yang membantu mengurangkan kemungkinan diabetes pada masa akan datang. 

Ia juga dikatakan dapat membantu memulihkan kesihatan kulit tanpa menyebabkan berlakunya jerawat sementara magnesium dalam koko pula membantu mengekalkan fungsi saraf dan otot kita.

Itu baru sikit. Dibawah merupakan ‘FUN FACTS’ mengenai coklat yang ramai orang masih belum tahu:

Tanpa ragu lagi, coklat merupakan makanan atau snek yang sangat digemari ramai, membantu dalam menenangkan diri dan juga berkhasiat!

Mama, nak coklat lagi, please!

Sejurus sahaja saya mengetahui fakta-fakta menarik mengenai coklat, terus saya mendapat idea menu sarapan pagi terbaru untuk anak-anak! 

Tak salah untuk menjamu makanan yang anak-anak sendiri gemarkan sebagai sarapan, yang dapat meningkatkan semangat mereka di waktu pagi dan lebih penting, cukup berkhasiat untuk memenuhi keperluan aktif harian mereka? 

Minuman coklatlah jawapannya! 

Eh, nanti dulu. Bukan sebarang minuman coklat tau Mama! Minuman coklat yang dimaksudkan haruslah yang berkualiti tinggi dan juga mengandungi sumber nutrien yang terbaik, malah mudah dan sesuai untuk anak-anak. 

Kebanyakkan minuman coklat yang terdapat dipasaran sekarang merupakan minuman malt dan tinggi kandungan gula – sudah semestinya bukanlah minuman coklat yang anda mahu berikan kepada anak anda. 

Setelah beberapa soal selidik dan kajian yang dilakukan, akhirnya pencarian saya terjawab selepas saya diperkenalkan dengan Chek Hup® Kokoo 3 Dalam 1 Minuman Coklat oleh rakan-rakan ibu yang juga pengguna tegar minuman ini. Dan kini, saya memahami mengapa minuman coklat ini menjadi pilihan mereka. 

Chek Hup® Kokoo 3 Dalam 1 Minuman Coklat dihasilkan dengan menggunakan 100% ‘fully-fermented’ biji koko yang bermutu tinggi. Oleh kerana produk ini tidak mengandungi perasa koko tiruan tambahan, proses fermentasi telah menambah rasa koko dan mengurangkan rasa pahit. 

Malah, tanpa penambahan malt, apa yang anda bakal dapat ialah secawan minuman coklat asli, kaya dan berkrim dengan semua kebaikannya. Apa yang membuatkan saya lebih tertarik dengan Chek Hup® Kokoo 3 Dalam 1 Minuman Coklat ini adalah, ia menggunakan gula batu sebagai pemanis. Ini memberikan rasa manis koko dan bukannya manis gula kepada sesiapa sahaja yang meminumnya. 

Sedikit ‘Treat’ Istimewa Pasti Membuatkan Anak Lebih Bahagia 

Aroman Chek Hup® Kokoo 3 Dalam 1 Minuman Coklat ini boleh dinikmati sebagai minuman panas atau sejuk. Ketika hari-hari yang kita terlambat atau ‘rushing’, secawan minuman coklat panas dapat membantu mengekalkan tenaga anak-anak saya sehingga waktu rehat; atau apabila dihidangkan sejuk, minuman coklat Kokoo sangat tepat diwaktu petang setelah usai beriadah bersama ahli keluarga. 

Memandangkan cuaca di Malaysia sentiasa panas dan lembab, anak-anak menjadi lebih gembira (dan sayangkan Mamanya!) apabila saya menghidangkan minuman coklat sejuk di waktu tengah hari! 

Untuk hari-hari yang seisi keluarga menginginkan sesuatu yang lebih istimewa atau ‘fancy’, saya akan sediakan bubur oat coklat dengan menggunakan Coklat Kokoo dan dihidangkan bersama beberapa hirisan pisang dan buah blueberry! Dan sekiranya kehabisan susu, anak-anak saya akan menikmati bijirin kegemaran mereka dengan satu mangkuk Coklat Kokoo yang sejuk. 

Yang lebih menarik, oleh kerana Chek Hup® Kokoo 3 Dalam 1 Minuman Coklat ini telah dibungkuskan dalam bungkusan yang kecil, ia juga sangat memudahkan saya untuk menikmatinya ketika bekerja! 

Satu tip yang saya ingin kongsikan dengan ibu bapa diluar sana: Hidangkan anak-anak dengan secawan Chek Hup® Kokoo 3 Dalam 1 Minuman Coklat panas sebagai minuman petang dengan beberapa taburan marshmallow mini dan lihat bagaimana mata anak-anak bersinar kegembiraan! 

Kini, dengan adanya Chek Hup® Kokoo 3 Dalam 1 Minuman Coklat sebagai menu sarapan pagi, saya boleh katakan waktu bangun pagi anak-anak menjadi lebih ceria dan bersemangat bukanlah lagi hanya satu ‘impian’. Mama, cuba hari ini dan mulakan pagi anak-anak dan encik suami dengan minuman yang bertenaga dan berkhasiat ini!

Meraikan 55 Tahun Legasi Chek Hup®

Ditubuhkan di Ipoh, Malaysia pada tahun 1965, Chek Hup® adalah jenama minuman unik yang terkenal dengan biji kopi panggang istimewa. Jenama ini diasaskan oleh peminat kopi sejati yang berjaya menggabungkan rasa dan budaya tempatan dengan biji kopi premium yang baru dipanggang.

Sentiasa berinovasi dan meningkatkan kualiti produk keluaran mereka, Chek Hup® telah menghasilkan pelbagai minuman yang menyelerakan, bukan sahaja di Malaysia, malah di Indonesia, Thailand, Singapura, Brunei, Filipina, Hong Kong, Taiwan dan juga Tanah Besar China. 

Dapatkan pelbagai pilihan minuman Chek Hup® yang sesuai dengan citarasa anda dan ketahui dimana anda boleh mendapatkannya di laman web rasmi Chek Hup®, Facebook dan Instagram Chek Hup® hari ini. 

Artikel ini telah diolah daripada versi Bahasa Inggeris di Motherhood Story