KelabMama

Minum Botol Susu Sampai Tertidur Punca Gigi Si Manja Rosak

Kita selalu biarkan anak terlena dengan botol susu masih dimulut kan. Tapi tahukah mama tabiat minum botol susu sampai tertidur ni punca gigi rosak? Menurut Dr Iqbal Rosali, seorang Pegawai Pergigian dari Pusat Sejahtera, Universiti Sains Malaysia, tabiat ini akan membuatkan gigi anak mama rosak kerana terdedah kepada karies botol susu.

BACA LAGI : SI KECIL SUDAH TUMBUH GIGI? ANDA PERLU LAKUKAN INI!

Apa karies botol susu tu?

Siapa lagi yang akan pantau anak-anak kalau bukan mama papa sendiri. Jadi sebagai ibu bapa kena selalu pantau apa yang anak buat. Walaupun anak tertidur pastikan anak tak tertidur bersama dengan botol susunya.

BACA LAGI : BERSIHKAN GIGI ANAK SEBAIK GIGI TUMBUH

APA YANG SEPATUTNYA DILAKUKAN OLEH MAMA PAPA?

1) Jangan biarkan bayi mama tertidur dengan botol yang mengandungi susu atau air manisan.

2) Bersihkan mulut bayi selepas meminum susu dengan menggunakan kain lembap yang dibalut pada jari manis anda dan digosok pada gigi dan gusi bayi untuk membuang sisa susu.

3) Kurangkan penggunaan botol susu secara berperingkat. Galakkan minum menggunakan cawan atau sudu seawal usia 6 bulan.

4) Bilas mulut bayi mama dengan mengggalakkan meminum air kosong selepas menghabiskan susu.

5) Elakkan memasukkan gula ke dalam susu bayi anda.

6) Mama papa digalakkan memberus gigi anak-anak berusia di bawah 6 tahun.

7) Bawa anak untuk pemeriksaan gigi di klinik gigi setiap 6 bulan.

Mesti ada diantara mama yang berhadapan dengan situasi anak tak mahu menggosok gigi. Sampai kena paksa. Alahai si manja nak suruh gosok gigi pun macam nak berperang. Ini tips yang mama boleh cuba supaya si manja mama jadi suka menggosok gigi.

TIPS UNTUK PUJUK ANAK GOSOK GIGI

Apa-apa pun sebagai ibu bapa kena banyak sabar dalam melayan kerenah anak-anak ni. Ada yang suka gosok gigi, ada yang tak suka. Mama papa kena pujuk slow-slow dan beri ganjaran setiap kali mereka menggosok gigi. Confirm setiap kali nak gosok gigi si manja akan teruja. Semoga bermanfaat!