KelabMama

Terokai Dunia Pembelajaran Yang ‘Fun & Entertaining’ Dengan Minecraft Education di Sunway Pyramid

Zaman sekarang ni, Mama Siti lihat anak-anak kita dapat belajar bermacam perkara melalui pelbagai jenis kaedah dan bukan hanya melalui buku sahaja.

Lagi menarik kalau mereka dapat belajar dan bertambah minat untuk belajar jika ia berkaitan dengan sesuatu yang mereka suka seperti permainan game kegemaran mereka. 

Anak-anak Mama Siti memang gemar bermain Minecraft, dan dengar je Sunway Pyramid ada menganjurkan Minecraft Education bermula 16 Jun hingga 2 Julai 2023 ni, terus Mama Siti tetapkan satu hari khas untuk bawa anak-anak ke sana. 

Pelbagai Jenis Pembelajaran di Minecraft Education 

Di Minecraft Education yang berlangsung di ruang LG2 Blue Concourse Sunway Pyramid ni, para peserta boleh alami dunia Minecraft dalam mod pendidikan yang berbeza dan mengikut citarasa—ada yang berkaitan dengan Sains, Matematik, Sains Komputer, dan juga Seni & Reka Bentuk. 

Yang paling menarik, anak-anak Mama berpeluang untuk mempelajari kemahiran digital dan coding di Minecraft Education Corner yang dibawakan khas oleh pihak Microsoft Global Training Partners (GTP) dan Microsoft Innovative Educator Experts (MIEE). 

Ini termasuklah Hour of Code, di mana para pelajar akan didedahkan dengan konsep coding, melengkapkan cabaran puzzle, dan banyak lagi aktiviti lain. Selesai sahaja program, mereka akan diberikan e-sijil bagi mengesahkan penyertaan mereka. 

Mama boleh book slot untuk anak Mama di SINI. Jangan lambat-lambat tau kerana slot adalah terhad. 

Untuk menambah keseronokan acara ini, Kementerian Pendidikan dan Sunway Malls turut menganjurkan Minecraft Education Challenge 2023 khusus untuk pelajar sekolah dengan tema, “Pusat Membeli-belah Lestari Futuristik”. Untuk maklumat lanjut, Mama boleh layari https://mcedumy.com/minecraft-edu-challenge

Ada Aktiviti Dengan Hadiah Misteri Juga! 

Selain itu, para pengunjung juga berpeluang untuk menikmati pengembaraan Minecraft dengan menyelesaikan empat misi ini:

#1 Steve’s Crafting Station 

Di sini, para peserta harus menyediakan alatan dan senjata Minecraft yang boleh digunakan dengan menggabung bahagian-bahagian mengikut gambar rajah yang disediakan.

#2 LEGO Stick & Build

Di bahagian ini pula, para peserta harus membina item yang terdapat dalam Minecraft dengan hanya menggunakan LEGO. 

#3 Mining Corner

Bukan nak melombong tau! Tetapi, para peserta hanya perlu mengambil gambar bersama Minecraft mobs bersaiz sebenar yang direka khas oleh Mattel, labah-labah, blok TNT dan Enderman.

Pose Minecraft yang paling kreatif dan menarik bakal memenangi barangan eksklusif!  

#4 Alex’s Weapon Range

Di ruang ini, para peserta boleh melatih kemahiran membidik mereka sambil mempelajari tentang fungsi Redstone Dust.

Yang penting, para peserta perlu selesaikan keempat-empat misi Build Together: Minecraft Mall Discovery Journey ini, imbas kod QR dengan menggunakan aplikasi Sunway Pyramid bagi setiap misi yang berjaya, dan terus ke Kaunter Penebusan untuk mendapatkan hadiah misteri anda!

Ada Workshop, Playground & Pelbagai Ganjaran Menarik Untuk Seisi Keluarga

Dalam pada itu, para pengunjung yang lain juga boleh mencuba aktiviti kraftangan di *Perler Beads Workshop dengan membuat Perler Bead Key Chain untuk diri sendiri dan juga mencipta karakter Minecraft di Box Art Workshop.

Tapi Mama take note ya. Box Art Workshop adalah eksklusif untuk ahli Sunway Super App sahaja. Sekiranya Mama belum lagi menjadi ahli, jangan risau. Mama boleh je daftar sebelum menyertai kelas ini tanpa perlu membuat sebarang pra-tempahan dan tunjukkan Sunway Super App anda semasa pendaftaran.

*Slot adalah terhad

Bagi anak-anak yang lebih kecil pula, Mama dan Papa boleh menghabiskan masa mereka di  Minecraft Legends Playground. 

Sambil itu, bolehlah anda seisi keluarga bergambar dan merasai sendiri dunia Minecraft melalui dekorasi Minecraft Mobs bersaiz sebenar, Forest Garden yang direka dengan penuh teliti, set Nether and Lava dan juga set lombong dan bawah tanah sama seperti dalam game Minecraft yang anak-anak Mama main. 

Barulah Mama dapat gambaran serba sedikit mengenai game kegemaran anak-anak Mama bukan? Semua ini ada direka khas di ruang Blue Concourse Sunway Pyramid sehingga 2 Julai 2023 ini. 

Oh,ya! Sambil Mama muat naik gambar-gambar tersebut di media sosial Mama, Mama boleh follow Facebook dan Instagram Sunway Pyramid. Mana tahu Mama antara yang bertuah memenangi goodies menarik melalui platform media sosial mereka nanti.

Sebelum Mama pulang, jangan lupa untuk menebus beberapa ganjaran menarik yang lain apabila anda membeli-belah di Sunway Pyramid. Dengan setiap pembelian RM300 (RM250 untuk pemegang kad kredit UOB) dalam 2 resit* anda dapat menebus barangan Minecraft edisi terhad. 

Kalau Mama rasa tak cukup dan ingin mendapatkan barangan Minecraft yang lain, Mama juga boleh membeli-belah di Sunway eMall. Dengan setiap pembelian minima sebanyak RM150, anda boleh mendapat baucar RM20 untuk pembelian seterusnya dan bagi pembelian minima RM300, baucar RM50 untuk pembelian anda yang seterusnya.

Kalau ikutkan hati, banyak lagi Mama Siti nak kongsi mengenai acara Minecraft Education di Sunway Pyramid ni. Tak cukup dengan satu entri! 

Apa kata Mama dan anak-anak rasai sendiri pengalaman belajar yang menyeronokkan di Minecraft Education yang bermula dari hari ini hingga 2 Julai 2023. Layari https://minecrafteducation.sunwaymalls.com/ untuk maklumat lanjut. 

Jumpa anda di sana!