KelabMama

Tingkatkan Imuniti Anak dan Minda Yang Lebih Cerdas dengan Enfagrow A+ MindPro Baharu

budak lelaki minum susu

Berbekalkan kepakaran menjangkau lebih 100 tahun dalam nutrisi kanak-kanak dan sebagai pelopor yang melancarkan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak dengan DHA di pasaran lebih satu dekad dahulu, Enfagrow A+ terus merevolusikan tawaran produk mereka dengan memperkenalkan susu rumusan Enfagrow A+ MindPro baharu, satu-satunya jenama dengan kandungan Membran Globul Lemak Susu (Milk Fat Globule Membrane, MFGM) & kandungan DHA* tertinggi.

Kredit: Facebook @enfagrowmalaysia

“Di Enfagrow A+, matlamat kami adalah untuk memberikan permulaan yang terbaik kepada semua kanak-kanak yang sedang membesar di Malaysia. Dalam usaha ibu bapa mencari keseimbangan dalam penjagaan kesihatan dan keselamatan anak-anak mereka, di samping memastikan mereka bergiat cergas dan mencapai perkembangan yang menyeluruh,, Enfagrow A+ komited untuk menyokong mereka dengan produk bernutrisi yang tersesuaian untuk memberikan ketenangan fikiran kepada ibu bapa, serta membantu anak-anak mereka menyerlahkan potensi pembelajaran mereka,” kata Encik Oguzhan Silivrili, Pengurus Besar RB (Health) Malaysia Sdn Bhd.

“Kami sangat teruja untuk memulakan Tahun 2021 dengan pelancaran susu rumusan baharu hari ini. Kami percaya bahawa ibu bapa tidak perlu memilih antara kesihatan imun dan perkembangan intelektual, dan ini jelas diperlihatkan dalam usaha kami untuk terus membawakan inovasi rumusan nutrisi yang terbaik, dengan menerapkan kebaikan ramuan berteraskan sains seperti MFGM & DHA,” jelas Encik Silivrili.

PEMBINAAN IMUNITI BERMULA DENGAN ASAS PEMAKANAN YANG KUKUH

Sehingga 90% perkembangan otak kanak-kanak berlaku sebelum usia 5 tahun [1]. Sepanjang tempoh perkembangan yang pesat ini, keupayaan pembelajaran kanak-kanak boleh terjejas sekalipun dengan penyakit ringan kerana kanak-kanak berusia lebih 1 tahun belum disokong sepenuhnya dengan daya pertahanan untuk melindungi diri mereka [2].

“Pembinaan imuniti bermula dengan pemakanan yang betul. Lebih 70 hingga 80 peratus sel-sel imun didapati di dalam sistem penghadaman badan dan pemakanan dengan nutrien yang sesuai boleh membantu mengawal atur fungsi imun, mengurangkan risiko jangkitan dan meningkatkan tindak balas keradangan apabila badan kita diserang oleh patogen atau virus,[3-4]” kata Dr. Rakhee Yadav, Pakar Perunding Pediatrik, Pusat Perubatan Ara Damansara.

Dr. Rakhee Yadav

Gabungan MFGM & DHA Yang Tinggi Memberi Dwimanfaat Kepada Anak-anak

Kredit: Facebook @enfagrowmalaysia

Sebagai satu-satunya jenama dengan MFGM & tahap DHA tertinggi*, pelancaran susu rumusan untuk kanak-kanak membesar Enfagrow A+ Mindpro baharu adalah tepat pada masanya. Penyelidikan menunjukkan bahawa pengambilan susu yang diperkaya dengan MFGM oleh kanak-kanak kecil didapati memberi kesan perlindungan menentang jangkitan gastrousus, mengurangkan 35% bilangan hari deman [5]. Digabungkan dengan DHA, MFGM bertindak secara bersama untuk memberi dwimanfaat dalam membantu menyokong perhubungan sel-sel otak otak kanak-kanak [6-7].

“Dalam erti kata yang mudah, kurang hari sakit bermakna anak-anak sihat, cergas dan cerdas, dengan lebih banyak masa pembelajaran dan lebih banyak sambungan sel-sel otak untuk menyokong proses pembelajaran mereka. Selain pemakanan, ibu bapa boleh terus membimbing anak-anak mereka untuk menyemaikan tabiat gaya hidup sihat seperti rehat secukupnya, melakukan aktiviti fizikal dan menjaga kebersihan untuk membina sistem imun yang kuat,” tambah Dr Rakhee.

Anzalna Nasir, yang hadir di majlis pelancaran maya, berkata, “Sebagai ibu, saya amat mengutamakan kesihatan imun dan perkembangan intelektual si manja saya. Enfagrow A+ menjadi jenama susu untuk membesar yang saya percayai untuk anak saya. Saya yakin bahawa dengan pemakanan dan persekitaran yang betul, si manja saya akan dapat mencapai mercu perkembangan dengan sewajarnya.”

Majlis pelancaran Enfagrow A+ Mindpro membuka tirai aktiviti realiti maya yang akan berlangsung dalam tempoh sebulan, iaitu dari 19 Januari hingga 18 Februari 2021, yang dianjurkan sempena pelancaran susu rumusan baharu dan boleh disertai oleh semua rakyat Malaysia. Pendekatan realiti maya (VR) bertujuan untuk membolehkan ibu bapa dan anak-anak menyertai permainan dan merebut peluang untuk memenangi banyak hadiah menarik dari keselesaan rumah mereka.

Selain itu, majlis pelancaran juga memaparkan perbincangan yang menarik dengan pakar pediatrik terkenal di Malaysia, Dr. Rakhee Yadav dari Pusat Perubatan Ara Damansara, serta dua pelakon popular dan juga ibu yang berpengaruh, Debbie Goh dan Anzalna Nasir.

Enfagrow A+ MindPro kini boleh didapati di semua pasar raya besar dan pasar raya besar utama, kedai ubat Cina, gedung produk bayi dan kedai dalam talian rasmi Enfagrow A+ termasuk Lazada.

Sertai aktiviti realiti maya yang pertama oleh Enfagrow A+ MindPro di www.enfagrowmindpro.com. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila ke http://www.enfagrow.com.my/ dan Enfagrow Facebook.

Penafian: Maklumat yang terkandung di dalam siaran akhbar ini adalah untuk tujuan pendidikan dan komunikasi sahaja untuk kanak-kanak berumur satu (1) tahun ke atas sahaja dan tidak sewajarnya dianggap sebagai nasihat perubatan peribadi, atau diagnosis atau rawatan perubatan. Pada setiap masa, sila pastikan anda mendapatkan nasihat daripada pakar penjagaan kesihatan profesional anda apabila anda memerlukan nasihat perubatan dan lakukan dengan segera dalam kes-kes kecemasan.

Rujukan:
*Dibandingkan dengan jenama-jenama utama susu rumusan untuk kanak-kanak di pasaran pada Ogos Enfagrow A+ membekalkan 120mg DHA dalam 3 hidangan sehari. Untuk Langkah 3 dan Langkah 4 sahaja.

  1. Kuratko CN, et al. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. Nutrients. 2013;5(7):2777–2810
  2. University of Virginia. STUDY: IMMUNE SYSTEM HAS DRAMATIC IMPACT ON CHILDREN’S BRAIN DEVELOPMENT. (https://news.virginia.edu/content/study-immune-system-has-dramatic-impactchildren-s-brain-development)
  3. Vighi G, Marcucci G, SensiL et al. Allergy and the gastrointestinal system. Clin Exp Immunol 2008;153:3-6. McKenzie C, Tan J, Macia L et al. The nutrition gut microbiome physiology axis and allergic diseases. Immunol Rev 2017, 278:277295.
  4. Veereman-Wauters G et al. Milk fat globule membrane (INPULSE) enriched formula milk decreases febrile episodes and may improve behavioural regulation in young children. Nutrition. 2012;28:749-752 (https://www.sciencedirect.com/science/article/abs/pii/S0899900711003741?via%3Dihub)
  5. Connye N. Kuratko, Erin Cernkovich Barrett, Edward B. Nelson, and Salem Norman, Jr. The Relationship of Docosahexaenoic Acid (DHA) with Learning and Behavior in Healthy Children: A Review. Nutrients, 5(7): 2777–2810 (2013).
  6. Hussain, G., Wang, J., Rasul, A. et al. Role of cholesterol and sphingolipids in brain development and neurological diseases. Lipids Health Dis 18, 26 (2019).