KelabMama

Betul ke Papa Merokok Luar Rumah Tak Memudaratkan Kesihatan Anak-Anak?

merokok luar rumah juga bahaya kepada bayi

Betul! Merokok luar rumah pun masih boleh memberikan risiko kepada kesihatan bayi tau Papa! Walaupun asap rokok luar rumah mungkin kurang pekat daripada asap rokok aktif, tapi masih mengandungi bahan kimia berbahaya.

Sebab dalam asap perokok mengandungi lebih dari 7,000 bahan kimia berbahaya, dan bayi yang terdedah kepada asap ini boleh mengalami pelbagai masalah kesihatan.

Sebenarnya Papa yang merokok di luar rumah ni masuk ke dalam rumah bersama dengan 250 jenis bahan kimia yang melekat ada baju, seluar, rambut, badan dan kulit jugak.

Perokok Aktif dan Perokok Pasif

Perokok pula ada dua kategori yang berbeza iaitu perokok aktif dan perokok pasif dalam konteks merokok.

1. Perokok Aktif

Seseorang yang secara sengaja merokok dan menghisap tembakau atau produk tembakau lainnya. Mereka secara langsung terlibat dalam tindakan merokok dan mendedahkan dirinya kepada asap tembakau.

2. Perokok Pasif

Mereka yang tak merokok sendiri, tetapi terdedah kepada asap rokok yang dihasilkan oleh perokok aktif. Mereka mungkin berada di sekitar perokok aktif semasa merokok atau berada dalam ruang yang tercemar oleh asap rokok.

Terdedah kepada asap perokok pasif dapat berlaku di rumah, di tempat kerja, di tempat awam, atau di tempat lain di mana perokok aktif hadir.

Kesan Sisa Asap Rokok kepada Bayi

1. Kematian Mengejut (SIDS)

Sudden Infant Death Syndrome (SIDS) adalah kejadian kematian mendadak dan tidak dijelaskan pada bayi yang tidur. Pendedahan kepada asap rokok, sama ada dalam rumah atau luar rumah, telah dikaitkan dengan peningkatan risiko SIDS.

Asap rokok boleh merosakkan sistem pernafasan bayi dan mempengaruhi mekanisme pengawasan pernafasan semasa tidur walaupun bayi dalam keadaan sihat.

Ini kerana pendedahan kepada asap rokok, sama ada dalam rumah atau luar rumah, telah dikaitkan dengan peningkatan risiko SIDS.

2. Masalah Saluran Pernafasan

Bayi yang terdedah kepada asap rokok pasif boleh mengalami gejala seperti batuk, selsema, dan sakit tekak. Asap rokok boleh mengiritasi saluran pernafasan bayi yang masih sensitif.

Selain tu, berisiko lebih tinggi untuk mendapat dijangkiti bronkitis dan pneumonia.

Sistem pernafasan mereka masih belum sepenuhnya matang dan asap rokok boleh melemahkan pertahanan semulajadi mereka terhadap jangkitan.

Asap rokok luar rumah mengandungi bahan-bahan beracun seperti karbon monoksida dan bahan kimia berbahaya lain yang boleh merosakkan saluran pernafasan bayi dan kanak-kanak.

Bukan tu je, baby yang terdedah kepada asap perokok boleh meningkatkan risiko mengalami asma atau masalah pernafasan yang berlarutan sepanjang hidup.

4. Merencatkan Perkembangan Otak

Terdedah kepada asap perokok boleh merencatkan perkembangan bayi. Ini termasuk masalah seperti kecerdasan yang lebih rendah dan masalah pembelajaran.

5. Jangkitan Paru-paru

Asap rokok pasif boleh merosakkan perkembangan paru-paru bayi. Di mana anak Papa mungkin akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis).

Lebih kronik lagi, ia boleh bertukar kepada penyakit lebih serius seperti pneumonia yang akan mula mengalami demam, batuk, meragam, tak mahu minum susu dan tidak aktif seperti biasa.

Papa, sisa asap rokok luar rumah pun masih boleh menjadi ancaman kepada kesihatan kepada bayi. Sam jugak kalau Papa duduk dalam kalangan perokok aktif, itu pun tidak selamat juga kepada kesihatan bayi.

Kesihatan bayi perlulah Mama Papa utamakan dan elakkan terdedah kepada asap rokok adalah penting untuk pastikan anak-anak tumbuh dengan sihat.


Penafian: Sebarang maklumat, informasi serta perkongsian yang terdapat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak KelabMama. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, anda dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan sah.


Apa langkah pencegahan kepada anak-anak musim jerebu ni? Klik di SINI.