KelabMama

Pembelajaran Bersama dan Komunikasi: Bagaimana Anda Boleh Mengikuti Tahap Kemajuan Pembelajaran Anak Anda?

Sebagai ibu bapa, kita sentiasa berusaha untuk menyediakan yang terbaik untuk anak-anak termasuklah dari segi pendidikan. Seboleh-bolehnya, kita mahu anak selesa dan cepat ‘tangkap’ apa yang mereka pelajari. Ada sesetengah ibu bapa yang mendaftarkan anak ke kelas tambahan bagi memastikan anak mereka mudah belajar.

Kebanyakan kelas tambahan sekarang diadakan secara atas talian dan kadang-kadang menyebabkan kesukaran untuk anak-anak memahami subjek yang diajarkan kepada mereka. Apabila belajar atas talian, adalah sangat penting untuk anak-anak boleh ‘adapt’ manakala ibu bapa pula boleh memantau kemajuan mereka dalam setiap subjek termasuklah bahasa asing.

Kredit gambar: story.motherhood.com.my

Tetapi bagaimana untuk memantau kemajuan berorientasikan kanak-kanak dan bernilai kepada ibu bapa? Ketua Pegawai Eksekutif Novakid Max Azarov dan Pengarah Pengajian Amy Krolevetskaya berkongsi pengalaman mereka.

Ubah pemantauan kemajuan menjadi pembelajaran bersama dan masa berkualiti dengan anak anda

Kredit gambar: story.motherhood.com.my

Memiliki sikap untuk belajar adalah salah satu elemen pembelajaran sepanjang hayat, konsep yang dapat dilihat dan diterapkan dari perspektif yang berbeza: Profesional, peribadi tetapi juga bersama keluarga.

“Belajarlah bersama anak anda! Proses pembelajaran bersama membantu membina semula model peranan ibu bapa dan anak untuk beralih arah daripada cara tradisional Saya memantau tahap kemajuan akademik anda dan menguji anda kepada Kita belajar daripada satu sama lain dan menerokai dunia bersama-sama”, kata Max Azarov, Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas untuk platform Novakid ESL dan bapa kepada 3 orang anak.

Dengan pendekatan ini, kawalan kemajuan digantikan dengan minat dan sifat ingin tahu dalam kejayaan kanak-kanak dan penglibatan secara langsung dalam proses tersebut. Ibu bapa juga dapat belajar banyak perkara daripada anak-anak mereka.

Kredit gambar: story.motherhood.com.my

“Jika ibu bapa dan anak-anak menggabungkan kemahiran mereka bersama, mereka boleh menjadi satu pasukan: menjadi lebih baik, belajar dengan lebih baik dan menyeronokkan. Contohnya, pembelajaran bersama adalah ketika ibu bapa bersama anak-anak mencuba permainan digital. Anak-anak secara naluri lebih baik sedikit daripada ibu bapa mereka. Sebaliknya, ibu bapa mungkin lebih reflektif, dan kadang-kadang juga dapat mengesan beberapa masalah, perangkap, seperti perkara yang berbahaya dalam talian. Mereka perlu menerima bahawa setiap dari mereka mempunyai kelebihan tersendiri di dalam sesuatu perkara”, kata Amy Krolevetskaya, Pengarah Pengajian di Novakid.

Sebaliknya, pembelajaran bukan sahaja mengenai ilmu pengetahuan sebagai perkara utama, tetapi juga mengenai pendekatan dan format pembelajaran baru. Sekiranya kita bercakap mengenai pembelajaran bahasa asing, maka kurikulum sekolah ibu bapa 20-30 tahun yang lalu sangat berbeza dengan format moden yang tersedia untuk kanak-kanak hari ini – platform digital, program ESL berasaskan permainan dan kaedah yang fokus kepada pertuturan. Belajar untuk belajar semula adalah sisi lain dari pembelajaran bersama.

Cipta ruang selamat antara anda dan anak-anak: Menjadi diri sendiri dan fokuskan kepada pengalaman dan emosi mereka

Kredit gambar: story.motherhood.com.my

Sentiasa dekat dengan anak anda semasa mereka belajar menjadikan mereka selesa ketika sesi pembelajaran. Kepercayaan dan komunikasi berterusan adalah komponen yang sangat penting dalam proses pembelajaran. Tanpa dua perkara asas ini, boleh timbulnya risiko salah faham dan halangan dalam komunikasi antara anak dan ibu bapa.

“Soalan yang seringkali ditanyakan Apa yang kamu belajar di sekolah pada hari ini? boleh mengelirukan, kerana bagi kanak-kanak itu sendiri, proses pembelajaran adalah lebih penting daripada hasil. Sebaliknya, tanyakan mereka jika mereka berminat dengan pelajaran tersebut, jika mereka menyukai topik itu atau jika mereka ingin mengetahui lebih lanjut mengenainya pada masa lapang mereka”, kata Max Azarov.

Kredit gambar: story.motherhood.com.my

Adalah sangat penting untuk dapat bertanya soalan, menjadi kreatif, dan menarik emosi dan pengalaman anak-anak. Minat untuk belajar bukan diukur dengan bilangan subjek atau pembelajaran yang dipelajari, tetapi dengan rasa ingin tahu dan pandangan penuh minat seorang kanak-kanak.

“Kebanyakkan ibu bapa terus bertanyakan kepada soalan yang mereka ingin tahu, tetapi ideanya adalah untuk mengetahui sedikit sebanyak mengenai kehidupan seorang anak, tetapi dalam perspektif yang berbeza. Ia bukan tentang menjadi penyoal siasat, tetapi anda perlu berada bersama anak-anak, agar lebih mudah untuk mereka mendekati anda. Mencipta ruang untuk hubungan antara anda dan anak-anak adalah strategi yang baik. Ketahui apa yang anak anda sukai dan cuba fahami dan ‘masuk’ ke dunia mereka. Cari aktiviti yang menarik untuk anda berdua, kemudian lakukannya, praktikkannya, dan bincangkan mengenainya”, tegas Amy Krolevetskaya.

Berusaha untuk menjadi pihak ketiga dalam model pembelajaran digital: Mengambil bahagian dalam proses dan bersikap proaktif

Kredit gambar: story.motherhood.com.my

Begitu juga dengan pembelajaran secara dalam talian, iaitu e-pembelajaran yang turut memerlukan sikap proaktif ibu bapa secara berterusan. Peranan ibu bapa tidak boleh terhad kepada “pemerhatian luar” dan “penilaian keputusan” sahaja.

Untuk membolehkan ibu bapa mengambil bahagian secara aktif dalam proses pembelajaran bahasa Inggeris, platform ESL Novakid telah membangunkan akaun khusus untuk ibu bapa. Ia adalah ruang untuk komunikasi antara guru, sekolah, kanak-kanak dan ibu bapa, dan sistem navigasi yang mudah untuk melihat jadual, kandungan kursus, bonus dan langganan.

“Komen guru berkenaan perkembangan anak dalam setiap kelas boleh dilihat dalam akaun peribadi, ada juga ruangan chat dengan pihak sokongan sekolah Novakid. Segala cadangan daripada ibu bapa pelajar juga akan diambil kira. Kami sangat memerlukan maklum balas dan penglibatan ibu bapa dalam proses pembelajaran secara atas talian ini”, ulas Max Azarov.

Untuk maklumat lanjut, tonton video ini:

Dalam bahagian “pencapaian”, anda boleh melihat kemajuan anak anda dalam program kursus, mengetahui topik pembelajaran yang seterusnya dan juga kerja rumah. Di bahagian ‘Library’ pula mengandungi buku mewarna, video dan bahan tambahan untuk pembelajaran bahasa Inggeris. Novakid mengesyorkan membuat kerja rumah sambil bermain permainan pendidikan bersama-sama dengan anak anda. Kongsi pengalaman pembelajaran untuk menjadikannya lebih menyeronokkan, menghiburkan dan berkesan kepada kedua-duanya!

Untuk maklumat lanjut mengenai Novakid, layari www.novakid.my hari ini.

Artikel ini disediakan oleh platform ESL Novakid.